Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Oktober 12, 2012

Kajian buktikan Himpunan Bersih 3.0 jejaskan Umno/BN pada PRU 13

Kajian Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati isu Himpunan Bersih 3.0 yang diadakan pada 28 April lalu, mampu menjejaskan undi BN pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Kajian yang meletak persoalan: “Adakah demonstrasi Bersih 3.0 yang menuntut pilihan raya bersih boleh menjadi isu yang akan menjejaskan prestasi BN dalam PRU13?” itu ditanya kepada 1,536 responden.
Ia  dijalankan pada 1 September 2012 hingga 16 September 2012 di seluruh Semenanjung Malaysia menggunakan kaedah temu bual secara bersemuka dan soalan kaji selidik berstruktur.

Dipetik Harakah Daily, hasil kajian mendapati, 52 peratus responden bersetuju dengan menyatakan isu himpunan itu memberi kesan kepada BN.
Mengikut pecahan kaum, 62 peratus kaum Cina menjawab ‘Ya’ diikuti India (51 peratus) manakala Melayu (49 peratus).

Kajian juga merekod 60 peratus pengundi kali pertama bersetuju bahawa himpunan berkenaan menjejaskan BN manakala pengundi kali kedua (52 peratus).

Selain isu Himpunan Bersih 3.0. kajian juga dibuat terhadap isu lain seperti NFC, Lynas, kebanjiran pendatang asing tanpa izin, kegagalan mengurangkan kadar jenayah dan integriti pemimpin BN.

Isu paling menjejaskan BN ialah isu berkaitan integriti pemimpin BN dengan kadar 66 peratus.
Ia diikuti isu kebanjiran pendatang tanpa izin (60 peratus), Lynas (59 peratus), NFC (55 peratus), kegagalan mengurangkan kadar jenayah (54 peratus)./KeadilanDaily


    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...