Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Oktober 29, 2012

DR Asri dijemput berwacana bersama Ulamak PAS


KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menjemput Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin untuk menyampaikan pandangan dan kritikannya kepada dewan itu dalam wacana ilmu bersama ahli-ahli Dewan Ulamak.

“Saya merujuk kepada kebimbangan Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa ulama-ulama dalam PAS dibimbangi tidak boleh ditegur apabila memerintah kerajaan pusat nanti  dalam satu wacana baru- baru ini,” kata setiausahanya, Dr Mohd Khairuddin A. Razali (gambar) kepada Harakahdaily.

Menurutnya, oleh kerana kebimbangan tersebut dilontarkan dalam wacana awam yang disiarkan isinya dalam media perdana dan mendapat respons umum pula, maka sayugia Dewan Ulamak PAS Pusat menyatakan pandangan balas terhadap kenyataan tersebut.

Jelasnya, Dewan Ulamak PAS Pusat sentiasa berlapang dada dengan sebarang pandangan, teguran dan kritikan luar terhadap apa jua tindakan yang diputuskan secara jamaei dan pandangan yang dilontarkan oleh Dewan Ulamak dengan merujuk kepada al-Quran, al-Hadis, Ijma dan Qias di samping pandangan dan ulasan ulamak-ulamak muktabar sepanjang zaman.

Hal ini, katanya sesuai dengan akhlak Islam yang menganjurkan konsep nasihat-menasihati dan arahan agar berbincang sesama muslim, antaranya Alllah berfirman yang bermaksud: “Demi masa. Sesungguhnya manusia pasti dalam kerugian melainkan orang yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran”. (Surah Al-Asr)

Selain itu, katanya Dewan Ulamak PAS Pusat berbesar hati menjemput Dr Asri untuk menyampaikan pandangan dan kritikan beliau terhadap Dewan Ulamak PAS Pusat dalam wacana ilmu bersama ahli-ahli Dewan Ulamak sebagai satu medan perbincangan dan bertukar-tukar pandangan.

Tambahnya, tarikh wacana boleh diberikan berdasarkan kelapangan masa Dr Asri.

“Saya akan berhubung dengan Dr Asri secara personal untuk urusan lanjut wacana tersebut. Semoga dengan itu kita boleh terus membudayakan akhlak berbincang dan bertukar-tukar pandangan seperti dianjurkan oleh Islam,” ujarnya./HarakahDaily

BERIKLAN SAMBIL BERNIAGA.... CEPAT TERKINI!!

    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...