Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Ogos 07, 2012

Tak perlu j/kuasa, royalti Kelantan mesti diserah tanpa kompromi - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Guchil, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria.

KUALA LUMPUR 6 Ogos: Perdana Menteri dituntut menjelaskan segera wang royalti minyak kepada kerajaan Kelantan sebelum Parlimen dibubar tanpa perlu menubuhkan jawatankuasa khas, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Guchil, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria.

“Kalau Datuk Seri Najib (Razak) ikhlas, berikan sahaja wang royalti kepada rakyat Kelantan, selesai masalah. Malangnya beliau hanya bermain politik dengan mewujudkan pula jawatankuasa khas.
“Bagi kami, jawatankuasa ini tidak perlu kerana perjanjian bertulis mengenai pembayaran ini sudahpun wujud sejak 12 Disember 1975 iaitu di zaman Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri,” katanya dihubungi Keadilan Daily.

Sabtu lalu, Najib mengumumkan akan membentuk jawatankuasa khas bagi mengkaji isu bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung.

Menurut Najib, jawatankuasa itu akan dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.
Najib berkata, jawatankuasa itu akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada Kerajaan Persekutuan.

Zamri turut menyokong kenyataan Menteri Besar (MB), Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu Najib memendek tempoh kajian jawatankuasa itu mengenai pembayaran hasil petroleum dari enam bulan kepada tiga bulan.

Katanya, keengganan Perdana Menteri membuktikan Presiden Umno itu sengaja bertindak demikian demi kepentingan sempit politiknya menjelang pilihan raya umum akan datang.
“Tubuh jawatankuasa ini hanya helah politik Najib menjelang PRU kerana enam bulan itu merujuk kepada tempoh Parlimen dibubarkan, maka kita sokong kenyataan MB agar tempoh kajian jawatankuasa hanya tiga bulan.

“Apa yang penting bagi rakyat Kelantan, wang royalti itu harus segera disalur kepada kerajaan negeri bagi memastikan pembangunan segera boleh dilakukan,” kata Zamri lagi.
Sejak Umno BN tumbang di Kelantan pada 1990 hingga kini, parti itu terus menekan dan menafi hak rakyat negeri itu dari pelbagai sudut termasuk enggan membina lebuh raya walaupun ia dijanjikan Kerajaan Persekutuan./KeadilanDaily

#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!! 
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
 
    

1 ulasan:

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...