Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Ogos 26, 2012

Isu Hudud: Umno terus amal politik melulu, kata Anwar Ibrahim


SHAH ALAM - Pendirian Umno dalam isu berkaitan dengan hukum hudud sejak kebelakangan ini membuktikan parti teras Barisan Nasional (BN) itu terus mengamalkan gejala politik melulu, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu menurut beliau, Umno juga kelihatan mengamalkan politik terdesak dan ugutan untuk "membangkitkan persengketaan agama dan etnik" ketika negara bakal menyaksikan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Kita tak seharusnya terpengaruh dengan keterdesakan politik serta ugutan oleh Umno-BN.

"Keyakinan dan kepercayaan sewajarnya diletakkan terhadap kematangan dan kebijaksaan rakyat untuk menilai dan membuat pilihan mereka sendiri," kata beliau dalam satu kenyataan lewat malam ini menjawab siri polemik terbaru - yang berlarutan hampir dua dekad selepas Kerajaan Pas Kelantan meluluskan undang-undang berkaitan dengan hukum hudud.

Semalam, Pas mengadakan mesyuarat Biro Politik, yang antara lain membincangkan polemik hukum hudud, yang antara lain siri serangan menjadikan parti itu dan DAP sebagai sasaran.

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) ini menambah, percubaan terkini Umno menyemai sentimen perkauman dan kesangsian agama seperti yang dipaparkan menerusi permainan isu hudud dan Negara Islam dalam media-media kawalan Umno sekali lagi membuktikan gejala politik melulu yang membudaya di kalangan mereka.

"Percubaan keji bersifat ugutan dan hasutan bertujuan membangkitkan persengketaan agama dan etnik merupakan langkah terdesak untuk mengalih perhatian rakyat dari isu-isu berkaitan rasuah dan penyalahgunaan kuasa," katanya.

Jelas beliau, tidak kira bagaimana sesuatu isu itu diputar belit oleh media kawalan Umno, "kami dalam Pakatan Rakyat kekal komited terhadap prinsip asas yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan; kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan manakala pada masa sama menjamin kebebasan agama-agama lain untuk diamalkan dalam keadaan aman dan harmoni; Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan kebebasan untuk menggunakan bahasa ibunda pelbagai kaum; kedaulatan raja-raja Melayu berserta kedudukan hak istimewa kaum Melayu dan Bumiputera dan hak-hak kaum lain seperti yang dilindungi oleh Perlembagaan."

Katanya, Dasar bersama PR dan Buku Jingga tetap kekal sebagai pernyataan rasmi piahknya tentang kebijakan dan prinsip tadbir urus mereka.

"Marilah kita mengekalkan tumpuan terhadap agenda perubahan.
"Kita seharusnya perlu terus komited dalam meningkatkan daya saing negara, nilai pendapatan rakyat, mutu pendidikan dan kesihatan serta peningkatan kos hidup yang semakin membebankan rakyat," kata beliau.

Berkaitan persoalan syariah, hudud dan Negara Islam, kata Anwar, pihaknya mengiktiraf serta menghormati perbezaan pandangan dan kedudukan parti-parti komponen dalam PR.
"Ini mencerminkan penerimaan kami terhadap amalan konsensus politik.

"Sebagai seorang Muslim, saya tetap meyakini al-Quran dan Sunah; dua asas yang membangunkan prinsip-prinsip syariah," kata beliau sambil menambah, "saya percaya bahawa Maqasid al-Shariah adalah prinsip penting dalam tadbir urus dan tidak bercanggah dengan amalan demokrasi."/SinarHarian


ORANG ISLAM AYUH BERSATU!! SOKONG SILA KLIK!!  
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...