Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Julai 13, 2012

Wooooiiii SPRM dan Polis.... Siasat Segera!!!!

Pemuda PAS: Siasat dakwaan cubaan beli MP

Ketua penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Riduan Mohd Nor berkata, dakwaan bahawa Umno sedia membayar sehingga RM160 juta kepada MP PKR supaya melompat parti perlu disiasat kerana melibatkan jenayah rasuah.

"Bagi DPPM, pendedahan ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia melibatkan jenayah rasuah yang secara jelas mencemar institusi Parlimen di negara ini.

"Ahli-ahli parlimen telah dihinakan dengan dakwaan rasuah, seolah-olah mereka adalah barangan dagangan yang boleh dijual beli dengan mudah.

"SPRM (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia) seharusnya tidak berdiam diri dengan pendedahan ini, kerana ia adalah jenayah rasuah secara besar-besaran yang dilakukan oleh pemimpin negara dan gejala ini boleh merosakkan negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas pendedahan berkenaan MP Tanah Merah, Amran Ab Ghani yang mendakwa beliau dan tujuh lagi MP PKR didakwa didatangi individu yang mahu mereka keluar parti beramai-ramai untuk membantu BN mendapatkan kembali majoriti dua pertiga./MalaysiaKini

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...