Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Julai 02, 2012

Terkini!!!! BERSIH 3.0: Anwar, Azmin hadapi tuduhan baru

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dua lagi pemimpin PKR hari ini didakwa dengan satu lagi tuduhan atas dakwaan bersubahat memecahkan sekatan ketika perhimpunan BERSIH 3.0.

Dakwaan baru itu merupakan tuduhan ketiga yang dihadapi tiga pemimpin berkenaan yang sebelum ini didakwa atas tuduhan menyertai perhimpunan haram dan melanggar perintah mahkamah.

Anwar dan dua pemimpin PKR – timbalan presiden Azmin Ali dan bekas anggota majlis pimpinan tertinggi parti itu, Badrul Hisham Shaharin – merupakan antara yang terawal didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman.
Ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah atas dakwaan berkenaan.
Anwar yang berang dengan tuduhan baru hari ini menyifatkan tindakan berkenaan merupakan satu lagi penganiayaan politik.
Mahkamah menetapkan 3 September untuk sebutan kes berkenaan.

Pada 22 Mei lalu, mereka dituduh mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam yang perhimpunan BERSIH 3.0 dan melanggar perintah mahkamah yang menghalang perhimpunan tersebut.
Majistret Zaki Asyraf Zubir dalam perintah bertarikh 26 April itu melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab antara jam 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April.

Anwar dan Azmin boleh didenda RM10,000 jika sabit kesalahan di bawah akta tersebut dan boleh kehilangan jawatan mereka sebagai wakil rakyat jika didapati bersalah.

Wakil rakyat secara automatik hilang jawatan jika disabit oleh mahkamah dan didenda lebih RM2,000 atau penjara lebih setahun./MalaysiaKini


KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...