Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Julai 18, 2012

Terkini!!!! Anwar Ibrahim saksi pertama kes saman fitnah terhadap Utusan

KUALA LUMPUR 18 Julai: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta pagi ini sebagai saksi pertama kes saman fitnah beliau terhadap Utusan Malaysia berkaitan isu memutar belit kenyataannya dalam wawancara BBC.

Tindakan ini ekoran akhbar milik Umno itu mengatakan beliau “menghalalkan homoseksual” dalam terbitannya 17 Januari lalu.
Dalam laporan muka depan bertajuk “Tolak Anwar – Hasan” mengatakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali membidas Anwar kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.

Isu ini berbangkit selepas Mingguan Malaysia, edisi mingguan Utusan Malaysia mendakwa Anwar semasa temubual bersama BBC mengatakan Ketua Pembangkang itu mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.

Akhbar itu dalam laporan muka depan bertajuk “Anwar ulas isu gay” turut mengatakan undang-undang berkaitan homoseksual di Malaysia tidak boleh diterima dan sudah lapuk.

Peguam Anwar, N Surendran menjelaskan, semasa temubual bersama BBC, Anwar meminta agar undang-undang lapuk dikaji semula dan menegaskan: “Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita. Kami tidak menggalakkan homoseksual di khalayak.”
“Ini jelas menunjukkan apa yang dilaporkan Utusan Malaysia tidak benar,” katanya.

Terdahulu, Anwar tiba di mahkamah kira-kira jam 9.30 ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Kemudian diikuti anaknya, Nurul Izzah Anwar.
Beliau turut diwakili peguam Latheefa Koya dan Murni Hidayah.

Dalam pernyataan tuntutan yang diserahkan kepada pengurusan Utusan Malaysia, Anwar menuntut ganti rugi sebanyak RM50 juta dan memberikan tempoh 48 jam untuk melaksanakan tuntutan tersebut.

Anwar menuntut Utusan Malaysia menarik balik segala laporan palsu dan permohonan maaf terhadap dirinya dan menuntut permohonan maaf disiarkan di muka hadapan akhbar itu.
Anwar menamakan editor Utusan Malaysia sebagai defendan pertama dan Pengarah Urusan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd/KeadilanDaily
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...