Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Jun 09, 2012

Pemuda PAS Selangor Puji MB Selangor

PTPTN-Unisel: Hargai langkah MB, Khairy
Hasbullah Mohd Ridzawan
8 Jun 2012
DEWAN Pemuda Pas Selangor mengecam tindakan zalim Kerajaan Pusat terhadap penuntut-penuntut Universiti Selangor (Unisel) yang ingin memohon pinjaman PTPTN hanya kerana disebabkan oleh perbezaan ideologi politik di antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Hanya disebabkan ‘dendam politik’ maka Umno dan Barisan Nasional bertindak membekukan pinjaman kepada pelajar-pelajar UNISEL tersebut. 

Dewan Pemuda Pas Selangor menganggap ‘keseronokan’ Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mohamed Khaled Nordin di atas arahan untuk ‘membekukan’ pinjaman tersebut dan kenyataan dangkal Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang menyatakan bahawa pinjaman tersebut akan hanya disambung sekiranya PKR mengaku salah secara jelas menunjukkan bahawa Umno dan BN mempraktikkan budaya politik ‘zaman batu’ yang cukup jijik.

Hanya kerana dendam kesumat disebabkan perbezaan pandangan politik menyebabkan Umno dan BN hilang pertimbangan kewarasan selaku pemerintah sehingga sanggup untuk menzalimi rakyat sendiri.

Dewan Pemuda Pas Selangor mengingatkan Umno dan BN bahawa sejarah telah menunjukkan para penzalim akan dibiarkan berleluasa dan berseronok dengan kezaliman yang mereka lakukan sebelum daripada mereka ‘dijatuhkan’ dengan secara hina oleh ALLAH Taala tanpa mereka sedari.

Dan, insya-Allah hasil daripada kezaliman Umno dan BN ini, seluruh rakyat dan para mahasiswa pasti akan bangkit untuk menumbangkan Umno dan BN dalam pilihan raya umum yang akan datang.
Dewan Pemuda Pas Selangor turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor di atas kenyataan beliau yang menyatakan bahawa pihak Unisel akan menggunakan aset mereka untuk membantu menangani kesusahan yang menimpa pelajar-pelajar tersebut sebagai langkah jangkamasa pendek.

Proses perbincangan dengan pihak kerajaan pusat untuk menyelesaikan masalah ini masih terus dijalankan.

Semoga keprihatinan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh kerajaan PR (PR) Selangor akan dapat meringankan beban pelajar-pelajar Unisel yang dizalimi oleh Umno dan BN.

Juga sekalung tahniah diucapkan kepada Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang turut tidak bersetuju dengan pembekuan pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel.

Dewan Pemuda Pas Selangor menasihatkan Umno dan BN  supaya berubah kepada politik yang lebih matang dan berhemah serta meninggalkan budaya politik dendam dan fitnah kerana ianya tidak membawa kebaikan kepada pembangunan masyarakat yang bertamadun.

Sudah tiba masanya untuk rakyat ‘menurunkan’ Umno dan barisan nasional daripada tampuk kekuasaan negara kerana mereka kini semakin dikuasai oleh nafsu serakah untuk terus memerintah kerana hendak menjaga kepentingan diri dan kroni semata-mata dan bukan lagi memberikan khidmat untuk keselesaan rakyat seluruhnya.

Rakyat perlu memberikan sokongan dan undian kepada Pakatan Rakyat untuk menggantikan BN selaku pemerintah negara bagi merealisasikan pendidikan percuma kepada seluruh rakyat sepertimana yang diperjuangkan oleh PR./SinarHarian

Hasbullah Mohd Ridzawan, Ketua Pemuda Pas Selangor

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...