Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Jun 29, 2012

Bekas menteri Kabinet pun cuba sogok ahli parlimen Pakatan Rakyat – Azan

KUALA LUMPUR 29 Jun: Selain Zamil Ibrahim, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mendedahkan seorang bekas menteri Kabinet turut terlibat dalam menyogok ahli parlimen Pakatan Rakyat untuk lompat parti.

“Mulanya malas mahu layan ajakan itu tapi  atas dasar ingin tahu, saya ikut ke sebuah hotel.
“Ada ahli parlimen lain di tempat perjumpaan dan kami semua ditawar untuk lompat parti tetapi tidak berbuat demikian.

“Kita juga akan buat pendedahan dalam bentuk visual yang lebih jelas, tepat dan nyata,” katanya kepada Keadilan Daily.

Beliau sebelum ini, mendedahkan, pernah ditawar RM5 juta untuk lompat parti pada tengah hari 27 Januari 2010 di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Kuala Lumpur.

Azan juga mendedahkan perbuatan Zamil yang sebelum ini didedah sebagai ejen Umno untuk melakukan hal sama, didalangi seorang timbalan menteri sebuah negeri Barisan Nasional.

Beliau juga menyifatkan bekas Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Kedah itu, sebagai seorang personaliti yang hanya layak menjadi ejen ‘jual-beli’ kambing.
“Zamil bukan sesiapa, hanya ambil kesempatan untuk ‘makan atas angin’ kerana mungkin diberi komisyen,” katanya./KeadilanDaily


KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...