Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Mei 14, 2012

Pakatan Rakyat angkat profesionalisme polis jika diberi mandat - Anwar Ibrahim


MELAKA 13 Mei: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat berjanji akan mengangkat profesionalisme polis ke tahap yang lebih baik sekiranya gabungan itu diberi mandat pada pilihan raya umum nanti.

Berucap di hadapan lebih 2000 hadirin di Klebang, Melaka malam tadi, Anwar menyeru anggota polis supaya berhemah dan tidak sekadar menjadi alat parti pemerintah.
“(Sebab itu) saya nak ingatkan, polis jangan bersikap tidak adil dan terlalu mengikut telunjuk kerajaan Umno BN.

“Kita pula jangan sesekali anggap polis sebagai musuh, kerana sebilangan besar mereka sebenarnya baik. Hanya mereka yang bersalah sahaja perlu dihukum.
“Kita juga perlukan mereka, justeru antara jaminan kita selepas membentuk kerajaan nanti adalah mengangkat profesionalisme polis ke tahap yang lebih baik,” kata Ketua Pembangkang itu lagi.

Beliau merujuk tindakan polis membelasah peserta dan petugas media semasa perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu sehingga sehingga menyebabkan kecederaan.
Polis juga melanggar garis panduan operasi polis (SOP) apabila merampas kamera dan kad memori wartawan yang merakam keganasan mereka.

Anwar berkata, 300,000 peserta yang menghadiri Bersih 3.0 bagi menuntut pilihan raya yang lebih adil membuktikan landskap politik negara sudah berubah.
“Inilah semangat baru rakyat Malaysia, dan untuk itu saya ‘salute’, terutamanya kepada golongan muda,” katanya yang dibalas tepukan gemuruh hadirin.

Antara pemimpin yang hadir di program ‘Merdeka Rakyat – Pasca Bersih 3.0′ itu ialah Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Melaka, Ustaz Mohd Noor Omar dan dan Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him.

Umno cuba mencetuskan kekacauan sepanjang program, apabila menganjurkan ceramah pada jarak kurang 50 meter dan memenuhi jalan ke tapak ceramah Pakatan sehingga mengganggu penduduk yang menuju ke sana./KeadilanDaily
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...