Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, April 16, 2012

Agihan kerusi melibatkan PKR hampir selesai - DSAI

Pembahagian kerusi dalam Pakatan Rakyat melibatkan PKR secara umumnya hampir selesai kecuali di beberapa negeri seperti Perak dan Pulau Pinang, kata ketua umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pembahagian kerusi di kebanyakan negeri sudah hampir selesai, cuma ada satu dua kerusi saja lagi yang masih belum muktamad seperti di Perak ada dua dan Pulau Pinang, satu yang masih perlu dibincangkan.

"Kedah umpamanya daripada 40 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), mungkin ada satu dua lagi yang belum selesai. Ini bermakna kemajuannya sangat baik dan membanggakan," katanya pada sidang media selepas melancarkan jentera pilihan raya PKR Terengganu di Kuala Terengganu semalam.

Turut hadir pada majlis itu Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail.

Mengenai dakwaan sesetengah pihak hubungan pemimpin PAS dan PKR tidak seakrab dulu, Anwar berkata beliau tidak setuju dengan kenyataan itu.

Katanya, semua mesyuarat yang diadakan bersama berjalan mengikut jadual dan tidak timbul sebarang masalah.

"Hubungan saya dengan Tok Guru Nik Aziz (Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dan Tuan Guru Abdul Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang) bukan sahaja baik seperti biasa malah lebih akrab lagi," katanya.

Mengenai PKR Terengganu yang hanya akan diberi tujuh kerusi oleh PAS iaitu dua Parlimen dan lima kerusi DUN untuk dipertandingkan pada pilihan raya umum nanti sedangkan PKR negeri mahu bertanding di tiga kerusi Parlimen dan 11 DUN, Anwar berkata, PAS ada hak untuk berbuat demikian, tetapi perkara itu masih boleh dirundingkan.

"Kita boleh minta dan boleh berunding," katanya.

Ketika ditanya mengenai ada pemimpin pembangkang yang berkelakuan biadap ketika majlis Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah baru-baru ini, beliau berkata itu adalah fitnah Umno.

"Saya juga ada pada majlis itu dan berbisik-bisik serta senyum, tetapi kita bukan menghina. Adakah pemimpin Umno tahu apa yang kita berbisik antara kita. Saya tidak mahu komen kerana ini semua angkara Umno," katanya.

- Bernama

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)     
 
 
   Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!    
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Anda Bakal Jutawan Online##
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...