Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, April 30, 2012

Ini bukti video paling jelas, DSAI arahkan peserta ke Jalan TAR "Pusing Kanan"... Bukan ke Dataran Merdeka!! (video menjawab fitnah lawan)

5 Minute Before Tear Gas Fired At Bersih 3.0 Supporter


#Anda Bakal Jutawan Online##
    

Ahad, April 29, 2012

Siasat Segera!!! keganasan polis - DSAI

Siasat keganasan polis terhadap peserta himpunan Bersih – Anwar

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa supaya siasatan bebas dan menyeluruh diadakan bagi menyiasat punca serta pihak yang bertanggungjawab peserta perhimpunan Bersih 3.0.

“Dimaklumkan ada kemalangan membabitkan peserta perhimpunan aman. Saya menggesa agar siasatan yang bebas dan menyeluruh diadakan bagi menyiasat punca serta pihak yang bertanggungjawab,” katanya pada kenyataan media.
Beliau juga mengucapkan syabas kepada Jawatankuasa Pemandu Bersih yang tuntas menuntut reformasi pilihan raya yang menyeluruh dan tahniah kepada rakyat Malaysia yang hadir memberi sokongan.

Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata serangan yang dilakukan polis ke atas wartawan yang membuat liputan menunjukkan kerajaan tidak ikhlas dalam meningkatkan kebebasan media.

Dalam kenyataan media, beliau berkata polis sengaja dan secara sistematik menjadikan wartawan sebagai sasaran serangan dalam perhimpunan semalam.
“Motif gangguan dan serangan fizikal ini adalah untuk mengelakkan wartawan  merakam kekerasan, keganasan dan serangan polis ke atas orang awam,” katanya.

Kesal kerana polis menahan wartawan Malaysiakini, akhbar Guan Ming dan Malay Mail, katanya, polis juga merosakkan kamera dan merampas rakaman wartawan Nanyang, TV Channel News Asia, Al Jazeera, Makkal Osai dan Merdeka Review.
Beliau menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab atas ‘tindakan jenayah’ ke atas petugas media.

“Serangan yang diselaras sebegitu dan serangan yang dialami tidak mungkin dijalankan tanpa arahan daripada pemimpin polis dan menteri dalam negeri.
“Kami tuntut Najib mengeluarkan jaminan segera, kerajaan BN akan menghormati kebebasan media dan menghenti campur tangan dengan media yang menjalankan tugas mereka,” katanya./KeadilanDaily

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)     
 
   Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!    
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Anda Bakal Jutawan Online##
    

Sabtu, April 28, 2012

Jumaat, April 27, 2012

Berita Panas!!!!! Kenyataan Media Terkini DSAI

Kenyataan Media
27 April 2012

Menteri Dalam Negeri Mesti Jawab Dakwaan Hilangnya Organ Dalaman Dari Mayat Tenaga Kerja Indonesia Dan Kaitannya Dengan Pasukan Polis

Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) mendakwa organ tubuh tiga warga Indonesia yang ditembak mati baru baru ini didapati hilang. Isu ini mendapat liputan meluas dari media Indonesia.

Sekiranya dakwaan ini benar, kami mengecam perbuatan jelek ini serta menggesa agar satu siasatan bebas dijalankan untuk menyiasat dakwaan berkaitan insiden kematian tiga warga Indonesia tersebut serta samada organ dalaman dikeluarkan dari tubuh mereka. Oleh kerana polis didakwa terlibat makanya hanya satu siasatan yang bebas akan menjernihkan nama baik dan persepsi umum terhadap pihak Polis.

Manakala demi memastikan hubungan baik rakyat Malaysia-Indonesia, serta nama baik Pasukan Polis, Parti Keadilan Rakyat bersedia menawarkan bantuan guaman dan bersedia bekerjasama dengan Kedutaan Indonesia di Malaysia bagi menemui kebenaran di sebalik kematian tiga warga Indonesia tersebut dan samada mayat mereka diuruskan secara tidak bertanggungjawab.

Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang
Dewan Rakyat Malaysia
 Sumber: SINI


KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)     
 
 
   Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!  
   DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Anda Bakal Jutawan Online##
    

Khamis, April 26, 2012

Berita Panas!!!!!!!!!!!!!!!! 770 peneroka saman Felda RM422 juta

Peneroka daripada lapan tanah rancangan di Pahang menyaman Felda atas dakwaan terlibat dalam penipuan dan pecah amanah yang dikatakan melibatkan nilai sehingga RM433 juta.

palm oil palm kelapa sawit 201107Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuantan oleh 770 peneroka daripada Felda Chini dan Felda Chini Timur di Pekan melalui tetuan Daim & Gamany tengah hari ini.

Mereka mendakwa ditipu dalam kadar perahan minyak kelapa sawit.

Peneroka menamakan Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defendan dan mendakwa kedua-dua pihak menggredkan hasil minyak sawit lebih rendah daripada sepatutnya sejak 17 tahun lalu.

Peguam R Sivarasa berkata, kadar perahan digredkan secara purata 18.5 peratus ketika Lembaga Minyak Sawit Malaysia mencadangkan kadar sekurang-kurangnya 22 peratus./MalaysiaKini
 

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)   
   
 
   Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!  
   DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Anda Bakal Jutawan Online##
    

SU Agung PKR jawab BN


Saifuddin
Negeri Pakatan: SU Agung PKR jawab BN
 
PETALING JAYA -  Pakatan Rakyat (PR) menolak keras keyakinan Barisan Nasional (BN) boleh merampas semula Kedah dan Selangor dan menegaskan, tiada sebarang faktor kukuh yang ia akan jatuh melainkan adanya penggunaan unsur-unsur memanipulasi proses pilihan raya kelak.
Keyakinan balas itu dilahirkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam satu temu bual dengan Sinar Harian di sini, semalam.

"Saya menolak sama sekali tanggapan dan ramalan serta keyakinan (Setiausaha Agung BN dan Umno, Datuk Seri) Tengku Adnan (Tengku Mansor) kerana pada saya (kalau) perubahan politik (hendak) berlaku, mesti satu isu fundamental betul-betul yang boleh menggegar dan menggugat, penolakan total terhadap kerajaan yang memerintah hari ini," kata beliau.
PR dianggotai PKR, DAP dan Pas.

Saifuddin berkata, beliau tidak nampak wujudnya persekitaran sedemikian iaitu faktor penolakan terhadap Kerajaan Negeri Selangor pada hari ini.
"Faktor penolakan total akan disumbangkan oleh skandal dalam sesuatu kawasan yang membabitkan soal urus tadbir yang baik, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, rasuah dan pengkhianatan kepada amanah rakyat.

"Selama empat tahun tiada isu yang menggegar," katanya sambil menegaskan, memang wujud unsur yang Umno 'spin', seperti isu pasir.
"Dia nak rakyat percaya (isu pasir), tetapi akhirnya dia yang percaya isu itu.
"Saya optimis mereka tidak akan dapat balik Selangor, saya tidak yakin Selangor akan kembali kepada BN," katanya.

Tengku Adnan dalam temu bual bersama Sinar Harian Isnin lalu berkata, BN yakin dapat merampas semula Selangor dan Kedah dalam PRU13 berdasarkan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat terhadap perikatan itu.
Beliau berkeyakinan begitu sebab pengundi di kedua-dua negeri telah menyedari kesilapan mereka dengan menyokong PR.

Selangor dan Kedah adalah antara empat negeri kini dikuasai PR. Dua negeri lain ialah Kelantan dan Pulau Pinang
Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, kerajaaan Kedah dan Selangor dalam keadaan yang baik dan tiada skandal besar, yang boleh menghakis dokongan rakyat.
"Kerajaan Selangor sekarang, terkini dapat menyimpan RM1.9 bilion berbanding zaman Umno hanya RM800 juta," katanya lagi./SinarHarian

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)     
 
   Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!    
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Anda Bakal Jutawan Online##
    

Berita Panas!!!!! PKR dakwa timbalan, pengerusi SPR ahli Umno

PKR dakwa timbalan, pengerusi SPR ahli Umno

Setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution mendakwa pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof serta timbalan, Datuk Wan Ahmad Wan Omar merupakan ahli Umno.

Saifuddin yang mendakwa mempunyai bukti kukuh berhubung keahlian tersebut, turut mencabar kedua-dua peneraju SPR itu supaya menafikan perkara itu, lapor akhbar Sinar Harian hari ini.

NONE"Saya tahu Aziz ahli Umno, cawangan mana, nombor ahli Umno. Satu-satu SPR di dunia, ketua dan timbalannya secara rasmi menjadi ahli politik yang bertanding dalam pilihan raya.

"Saya juga ada maklumat di cawangan mana Tan Sri Aziz dan timbalannya (Wan Ahmad) menjadi ahli (Umno)," kata Saifuddin seperti dipetik akhbar tersebut.

Beliau menimbulkan perkara itu ketika perhatian umum pada waktu ini tertumpu kepada perhimpunan untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil, BERSIH 3.0 yang akan berlangsung pada Sabtu.

Katanya lagi, beliau akan mendedahkan nama cawangan Umno berkenaan sekiranya Abdul Aziz dan Wan Ahmad tidak menafikan perkara itu.

"Saya minta, esok, mereka menafikan yang mereka bukan ahli Umno. Jika tidak, saya akan dedahkan di cawangan mana mereka menjadi ahli Umno."

Anggota panel SPR tidak sepatutnya condong kepada mana-mana parti politik agar dilihat berkecuali dan bertindak dengan tidak memihak, kata ahli parlimen Machang itu lagi dalam laporan tersebut./MalaysiaKini

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)     
 
 
   Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!    
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Anda Bakal Jutawan Online##
    

Bagaimanakah saham FGVHB bakal diagihkan?

Akhbar media baru, Malaysiakini semalam (Rabu, 25 April 2012) melaporkan Pengerusi Felda sebagai berkata bahawa FGVHB bakal di senaraikan Jun ini tanpa penglibatan KPF bagi mengambil manfaat maksimum dari  harga komoditi yang memuncak  sekarang. Selepas bulan Jun, harga komoditi dijangka menurun dan dikhuatiri harga saham syarikat berasaskan komoditi seperti FGVHB, akan turut jatuh. Juga dilaporkan pengumuman Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa Perdana Menteri Malaysia akan mengumumkan durian runtuh kepada peneroka dalam satu program di Felda Jengka 8 pada 8 Mei ini.  Durian runtuh itu akan dibayar dalam bentuk tunai dan saham – mungkin tunai sebelum penyenaraian dan saham selepas penyenaraian.

Tiada keraguan peneroka pasti mendapat durian runtuh kerana Perdana Menteri telah menjanjikan demikian. Seluruh Malaysia malah seluruh dunia sudah tahu. Tidak boleh beliau “flip-flop” lagi. Kalau tidak ditunai, ia pasti akan membawa padah buruk kepada Perdana Menteri. Ingat, undi warga Felda adalah simpanan tetap UMNO.
Soalnya: Berapa banyakkah durian runtuh itu? Sebelum ini pernah dilaporkan bahawa durian runtuh yang bakal diterima peneroka “bukan kecil tetapi besar dan dibayar bukan sekali tetapi dua kali.”  Malah Perdana Menteri pernah berkata bahawa “tidak terbayang oleh peneroka betapa besarnya durian runtuh itu.”  Bloger-bloger pro-UMNO meramalkan antara RM10,000 ke RM50,000.

Sumber terpercaya memberitahu saham FGVHB bakal diagihkan seperti Jadual 1:
Jadual 1: Agihan Terbitan Primari Saham FGVHB

Pemegang Saham
Selepas Terbitan Awam (IPO), Tawaran untuk Jualan (OFS) oleh Felda tetapi tidak termasuk Tawaran Greenshoe Option oleh IHC


Unit Saham (j.)
Nilai Saham @RM5.85 se unit (RM b.)
%
1
Felda
0
0
0
2
IHC (Memegang bagi pihak KPF dan ASF)
1,265
7.4
37.0
3
Kerajaan-Kerajaan Negeri
513
3.0
15.0
4
Rakan Kongsi Strategik
684
4.0
20.0
5
Pekerja (Pink Form)
86
0.5
2.5
6
Pelabur Runcit (pengundian)
68
0.4
2.0
7
Pelabur Bumiputera (MITI)
393
2.3
11.5
8
Pelabur Institusi Lain
411
2.4
12.0

Jumlah
3,420
20.0
100.0

Dari jadual 1 di atas perkara berikut boleh diperhatikan:

Felda melupuskan segala kepentingannya di dalam FGVHB. Sebagai balasan, Felda mendapat bayaran sekali sahaja (one-off payment) berjumlah RM10 bilion terdiri dari RM2.4 bilion (bayaran pelupusan kepentingannya dalam FHB kepada FGVHB dan RM7.6 bilion (penjualan sahamnya dalam FGVHB sebanyak 1.3 bilion unit pada harga RM5.85 se saham). Tinggallah Felda sebagai badan berkanun tanpa sebarang perniagaan kecuali – mungkin – menguruskan tanah peneroka sahaja.  Jumlah ini hanya mampu menampung 5 tahun perbelanjaan Felda (purata RM2 bilion setahun) pada saiz Felda yang ada sekarang. Itu pun sekiranya wang itu tidak digunakan untuk maksud-madsud lain. Selepas ini, kalau Felda mahu terus wujud, ia perlu disuntik dengan wang pembayar cukai.

Dua bakal pemegang saham terbesar FGVHB ialah IHC dan rakan kongsi strategik, masing-masing memegang 37% dan 20% saham FGVHB dengan jumlah kawalan majoriti sebanyak 57%. Saham 37% itu adalah balasan bagi pelupusan 51% harta  KPF di dalam FHB.  IHC memegang saham berkenaan kononnya bagi pihak KPF dan Amanah Saham Felda (ASF) yang bakal ditubuhkan supaya “saham itu tidak tergadai.” Sebagai balasan, IHC bakal “membayar” KFF dan ASF dengan redeemable preference shares (RPS) yang tidak membawa kuasa mengundi. Maknanya, kuasa menguruskan saham itu diberikan kepada IHC secara mutlak.  Kecuali saham itu dijual, KPF tidak mendapat apa-apa “capital gain” dari penyenaraian FGVHB. Apabila FGVH mengeluarkan dividen nanti, KPF akan mendapat 37% dari jumlahnya ditolak fi perkhidmatan dan lain-lain caj oleh IHC. Saham milik KPF, kalau diagihkan kepada 209,913 ahli KPF, maka pada puratanya, setiap orang bakal mendapat 6,026 unit saham se orang (kira-kira 6 lot). Ini hanya milikan atas kertas yang tidak boleh dijual, bermakna ahli koperasi tidak mendapat apa-apa keuntungan pun daripada penyenaraian.

Pekerja Felda sebagai satu kumpulan, melalui borang merah jambu bakal diperuntukkan 86 juta saham (2.5%), bermakna, secara purata, setiap pekerja berpeluang membeli 3,440 unit saham atau lebih kurang 3 lot (jumlah pekerja Felda berjumlah 25,000). Pada harga terbitan RM5.85 se saham, pekerja perlu menyediakan RM20,124 seorang (jumlah:  RM0.5 bilion) untuk membeli saham ini. Tentunya pinjaman bank akan disediakan tetapi bila membeli saham dengan pinjaman, kemungkinan untuk menjual saham dengan segera amat tinggi kerana peminjam ingin mengurangkan beban hutang. Boleh dijangkakan saham ini akan dijual di pasaran sekondari. Jika selepas disenarai, saham ini boleh dijual pada harga RM8.00 se saham, pekerja Felda akan mendapat keuntungan (lepas tolak hutang bank) sekitar RM200 juta, atau RM8,000 se orang.

Tiada peruntukan melalui borang merah jambu kepada peneroka. Kalau peneroka berminat untuk membeli saham FGVHB, mereka kenalah bertanding dengan orang ramai. Kerana saham yang diperuntukan kepada pelabur runcit amat kecil (68 juta unit atau 2%), peluang untuk mendapat saham amat tipis. Kalau bernasib baik, pembeli runtik akan dapat sekadar satu lot (1,000 unit saham).

Saham yang diperuntukkan khusus kepada Bumiputera (melalui MITI) agak besar – 393 juta unit atau 11.5%. Hatta, kalau saham ini kesemuanya diagihkan kepada peneroka Felda yang seramai 112,635 orang itu, setiap seorang, pada puratanya, akan mendapat 3,489 unit saham (hampir 4 lot). Kecuali diagihkan secara percuma, tidak ramai peneroka yang mampu membeli sampai 4 lot kerana kosnys ialah RM23,400.  Tetapi sumber terpercaya memberitahu saham ini bakal diperuntukkan kepada “sekumpulan pelabur terpilih” (bukan peneroka) yang besar kemungkinan terdiri daripada penama-penama yang mewakili sebuah parti politik yang pinjaman banknya telah disediakan untuk mereka. Pada harga RM5.85 se saham, pembelian saham ini melibatkan kos RM2.3 bilion. Kalau selepas penyenaraian, saham ini boleh dijual pada harga, misalnya, RM8.00 se saham, ialah menghasilkan keuntungan kasar hampir RM850 juta.   Oleh yang demikian, yang bakal mengaut keuntungan besar dan segera dari penyenaraian FGVHB ialah “sekumpulan pelabur terpilih” ini. Ini untuk belanja PRU13.

Pelabur institusi bakal menguasai saham FGVHB bila disenaraikan. Sebagai satu kumpulan, kerajaan-kerajaan negeri (15%), IHC (37%), pelabur-pelabur institusi yang lain (12%) dan rakan kongsi strategik (20%), mengawal 84% dari jumlah saham.   Pelabur-pelabur ini sedia membolot saham-saham yang bakal dijual pelabur peruncit.

Wang yang masuk ke akaun FGVHB dari penyenaraian berjumlah RM4.4 bilion dan kalau ditolak hutang bank sebanyak RM2.4 bilion (digunakan untuk membuat bayaran prapenyenaraian kepada Felda), tinggallah RM2 bilion sahaja. Inilah yang akan digunakan untuk mengembangkan aktiviti perniagaannya ke peringkat global. Jumlah ini dikira kecil. (Nota: RM2.4 bilion dipinjam dari bank untuk membayar Felda apabila Felda melupuskan kepentingan dalam FHB). Oleh yang demikian, tujuan utama penyenaraian FGVHB bukanlah untuk menjana dana bagi mengembangkan perniagaan.

Agihan di atas adalah pada peringkat terbitan primari (primary issues).  Tentunya bila perdagangan bermula (pasaran sekondari), saham FGVHB akan bertukar tangan – ada yang menjual dan ada yang membeli dan ada pula yang  tidak menjual mungkin menunggu harga naik ke paras cukup tinggi baru hendak dijual. Pendeknya, bila disenaraikan, sesiapa sahaja boleh memilik sekeping kertas bernama saham itu.  Sudah tidak ada jaminan bahawa harta peneroka akan kekal di dalam tangan mereka. Pelabur bukan dari kalangan peneroka boleh menguasai kepentingan di FGVHB.

Adalah diyakini bahawa wang sejumlah RM2.4 bilion bakal diperolehi Felda sebelum penyenaraian adalah untuk membayar durian runtuh kepada peneroka. Kalau wang ini dihabiskan, peneroka Felda yang seramai 112,635 orang itu bakal menerima RM21,307.76 seorang. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri “tidak terbayang oleh peneroka betapa besarnya durian runtuh itu.”   Ada kemungkinan peneroka akan dibayar jumlah ini kerana “undi mereka telah menjadi mahal” kerana ianya amat diperlukan oleh UMNO-BN yang sudah terlalu tersepit (desparate) untuk mempertahankan kuasa.

Dimanakah Felda akan mendapatkan saham FGVHB untuk diagihkan kepada peneroka? Sumber terpercaya memberitahu, FGVHB memiliki opsyen untuk menerbitkan 100 juta unit saham lagi kepada IHC di bawah “greenshoe option” (kebenaran menerbitkan lebih saham dari jumlah asal). Ini bermakna setiap peneroka akan diperuntukkan 8,878 unit saham (kira-kira 9 lot). Ini melibatkan kos RM51,936. Dirasakan tidak ramai peneroka yang mampu walaupun pinjaman bank disediakan. Sepatutnya, saham itu diagihkan percuma kepada setiap peneroka kalaulah sebeanrnya ia durian runtuh. Kalau peneroka kena bayar, itu bukan durian runtuh.

Jelas, FGVHB disenaraikan dan mesti disenaraikan dalam bulan Jun ini juga kerana UMNO memerlukan dana segera untuk membeli undi warga Felda dalam PRU13 yang telah terlalu hampir./HarakahDaily
 
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)   
  
 
 Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!      
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Anda Bakal Jutawan Online##
    

Rabu, April 25, 2012

BERSIH 3.0: SPR Takut Kerana Salah....

 

PETALING JAYA, 25 APRIl: Kegagalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mahupun wakilnya untuk hadir sebagai panelis dalam Forum BERSIH 3.0 anjuran Tindak Malaysia nyata mengecewakan pelbagai pihak.
Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 3.0, Dr Wong Chin Huat berkata pihak SPR sepatutnya hadir bagi membuktikan keyakinan kepada orang ramai terhadap mereka memandangkan sebelum ini banyak pendedahan keraguan di dalam sistem pilihanraya di negara ini.

“Bak kata pepatah Melayu, berani kerana benar, takut kerana salah. Kalau Tan Sri Abdul Aziz percaya apa yang dilakukan itu sah seharusnya di datang ke sini,” katanya.
Sebelum ini, Tan Sri Abdul Aziz dalam satu wawancara menegaskan bahawa daftar pemilih sekarang bersih dan tiada negara lain dalam dunia lebih bersih daripada Malaysia.

Hampir 100 orang yang hadir bersorak kecewa bila penganjur mengumkan Pengerusi SPR tidak bersama dalam forum berkenaan.
Dalam pada itu, Chin Huat berkata, pola pengundi Melayu mampu berubah sekiranya mereka mendapat akses maklumat yang lebih tepat dan luas memandangkan selama ini mereka terlalu bergantung kepada media arus perdana yang dimonopoli oleh pihak kerajaan.

Katanya, masalah yang dihadapi pengundi Melayu terutamanya di kawasan luar bandar mampu diatasi sekiranya ahli keluarga yang merantau di bandar dapat membawa balik maklumat terkini berhubung isu semasa lalu disampaikan kepada ahli keluarga.
“Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan negeri seperti Selangor memperbanyakkan kemudahan jalur lebar bagi memudahkan capaian maklumat kepada orang ramai sekaligus menyukarkan kerajaan persekutuan untuk mengawal aliran informasi,” katanya.

Tegas beliau, kerajaan Pakatan Rakyat tidak perlu turut serta bersama dalam pilihanraya akan datang sekiranya Parlimen dibubarkan memandangkan terlalu banyak keraguan yang ditemui terutamanya mengenai daftar pemilih.
Katanya, Selangor menjadi tumpuan penipuan pilihanraya dan kemungkinan besar Pakatan akan tumbang sekiranya turut sama menyertai pilihanraya serentak dengan kerajaan persekutuan jika diadakan sekarang ditambah dengan kegagalan SPR membersihkan segala keraguan yang telah dibongkarkan selama ini./MediaSelangorKu

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)     
 
 
   Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!  
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Anda Bakal Jutawan Online##