Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Mac 31, 2012

Maklumat terkini..bubar parlimen 11 Mei

Amizudin Sharpshooter
Maklumat terkini..bubar parlimen 11 Mei, mengundi 3 Jun..siap sedia utk lawan habis2an tumbangkan umno b-end..
Sumber : SINI

#Anda Bakal Jutawan Online##
    

DS Anwar Ibrahim dedah cara tangani PTPTN

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) bernilai RM43.6 bilion dapat dilepaskan dalam masa tiga tahun.

Jika kita dapat memperuntukkan beberapa bilion daripada RM150 bilion pendapatan negara setiap tahun, beban itu mampu dibersihkan dalam tiga tahun, kata Anwar dalam dialog bersama lebih 100 profesional muda di Putrajaya.

anwar ceramah at melakaDana itu, katanya, akan diperoleh daripada pemotongan perbelanjaan yang membazir seperti pembayaran untuk meningkatkan imej negara di mata dunia dan daripada syarikat kerajaan yang membuat keuntungan tinggi seperti Petronas.

Anwar mendedahkan, sebuah jawatankuasa ditubuhkan pembangkang untuk melihat persoalan sekitar isu itu, antaranya termasuk pendapatan keluarga peminjam.

Ditemui selepas itu, Anwar bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut berhubung perkara itu dan hanya akan memaklumkan sehingga penggubalan dasarnya siap./MalaysiaKini





#Anda Bakal Jutawan Online##
    

Pas akan terus guna kempen 'undi, syurga'


Nik Aziz Nik Mat
KOTA BHARU - Pas tetap dengan pendiriannya meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan soal syurga apabila seseorang itu melahirkan sokongan kepada parti itu semasa pilihan raya, kata Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Berang dengan dakwaan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Nik Aziz berkata, pemimpin Barisan Nasional (BN) perlu mempelajari agama terdahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
“Tiap-tiap orang yang bercakap soal Islam dia akan sebut soal syurga dan neraka, dia (Datuk Abd Rahman) kena ingat, bercakap ini ada soal pahala dan dosa, jangan cakap sembarangan,” kata beliau ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di Dataran Ilmu pagi ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Abd Rahman ketika Wacana Sinar Harian ke-12 kelmarin, yang mendakwa Pas melakukan rasuah politik paling tinggi dengan menjanjikan syurga kepada pengundi.
Abdul Rahman berkata, pembangkang menuduh BN rasuah, namun mereka sendiri terlupa turut melakukan perkara sama pada setiap pilihan raya.

Nik Aziz berkata, Nabi Muhammad SAW sebagai contoh pemimpin yang sentiasa mengingatkan umatnya mengenai hal dosa dan pahala yang membawa manusia itu ke syurga atau neraka.
Dalam pada itu, Nik Aziz melahirkan rasa gembira dengan tindakan Kerajaan Pusat yang membantu dalam membangunkan Pelabuhan Tok Bali di Pasir Puteh yang dilancarkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V semalam.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau meminta projek itu dibangunkan sejak pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, namun bekas Perdana Menteri itu memberikan pelbagai alasan tidak munasabah.
Melalui projek itu katanya, beliau mengharapkan Kelantan terkenal di peringkat antarabangsa dengan menjadi persinggahan kapal-kapal dagang dari negara-negara Timur.

“Insya-Allah selepas ini kita akan mendapat persinggahan kapal-kapal dari negara Arab dan negara jiran Asia seperti China dan Kemboja.
“Kita bukan sahaja nak eksport barang kita sahaja, tetapi kita nak eksport perangai sekali, jangan menipu, berbohong dan caj keting, insya-Allah, ia jadi buah mulut, kepada masyarakat antarabangsa,” katanya./SinarHarian

#Anda Bakal Jutawan Online##
    

PM penakut umum awal tarikh pilihan raya

KOTA BHARU, 31 Mac: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, semua Perdana Menteri Barisan Nasional (BN) ‘penakut’ lantaran tidak berani mengisytiharkan lebih awal tarikh pilihan raya.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan mendakwa sehingga kini tidak ada seorang pun daripada mantan PM itu yang memberitahu tarikh pilihan raya di Malaysia lebih awal.

Katanya, bukan Najib sahaja, bahkan semua PM Malaysia penakut untuk mengisytiharkan tarikh pilihanraya lebih awal walau pun sampai ‘bab pilihan raya’.

“Maknanya, semua PM BN penakut belaka, sebab itu tidak berani memberitahu awal,” ujarnya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pelan Strategik Kecemerlangan Maahad Muhammadi (MM) dan Pelancaran Buku Khas Biodata 100 Tokoh Guru MM di Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) di sini, petang semalam. (Gambar atas)

Majlis tersebut diadakan sempena Sambutan Jubli Intan Maahad Muhammadi.

Turut hadir Pengetua Maahad Muhammadi Lelaki dan Perempuan serta tokoh guru dan mantan guru yang sejarahnya dimuatkan dalam buku khas itu.

Mandat BN menerajui Kerajaan Pusat berakhir pada April 2013.

Pada pilihan raya umum 8 Mac 2008 yang lalu, Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya menjadi Perdana Menteri menggantikan Abdullah Ahmad Badawi pada April 2009.

Najib mendakwa beliau perlu meneliti beberapa faktor sebelum mahu mengadakan pilihan raya umum (PRU) ke-13 dalam waktu terdekat.

Selepas Pilihanraya Umum kedua belas (PRU-12) pada Mac 2008, terdapat spekulasi bahawa Najib mungkin membubarkan Parlimen tahun ini walaupun tempohnya hanya berakhir 2013.

Apakah benar kajian mendakwa bahawa keadaan menunjukkan Najib masih gagal mendapatkan sokongan masyarakat Cina dan India menyebabkan beliau lambat mengumumkan tarikh PRU13?/HarakahDaily

#Anda Bakal Jutawan Online##