Iklan Penaja 1

Picture

Selasa, Januari 31, 2012

Apa sebenarnya Asia Wall Street Journal (wajib baca)

Hishamuddin Rais1:34PM Jan 31, 2012The Asia Wall Street Journal (AWSJ) menjadi buat mulut pada minggu ini. Jarang sekali akhbar luar negara dibincang begini hebat terutama oleh orang-orang yang tidak membaca akhbar ini. Dari Pemuda PAS hingga ke menteri luar Malaysia semua ada memiliki pandangan tentang AWSJ. Pandangan ini berkaitan dengan kenyataan temubual Anwar Ibrahim yang baru dilaporkan dalam akhbar itu.

Saya juga memiliki pandangan tentang AWSJ. Saya juga memiliki pandangan tentang Israel. Saya juga memiliki pandangan tentang peranan zionis Israel di Timur Tengah dan di seluruh dunia. Saya juga memiliki pandangan tentang perjuangan adil rakyat Palestin. Saya juga memiliki pandangan tentang homoseksual. Pandangan-pandangan saya ini mungkin tidak selari dengan pandangan Anwar Ibrahim, atau dengan pandangan pandangan Dewan Pemuda PAS. Mustahil pandangan saya akan sama dengan pandangan menteri luar Malaysia.

Tetapi di sini bukan pandangan tentang zionis Israel atau tentang hubungan homoseksual yang ingin saya lakar. Saya ingin menggarap tentang apa dia akhbar ASWJ. Untuk saya jika warga Malaysia memahami apa dia ASWJ maka dengan serta merta kita akan sedar betapa bangangnya heboh-heboh kita minggu ini. Saya juga berharap apa yang saya lakar ini akan membawa pencerahan fikrah untuk membantu kita memahami realpolitik - memahami peranan media dan modal.

ASWJ ini bukan secara tiba-tiba wujud di Asia untuk menjadi bacaan wajib kepada politikus dan kaum pemodal di Asia Tenggara. Sebelum meluasnya pengaruh ASWJ ini telah wujud satu majalah yang dipanggil Far Eastern Economic Review (FEER). Majalah mingguan terbitan Hong Kong yang dimulakan dari tahun 1946.Majalah FEER ini cukup berpengaruh di kalangan kaum pemodal dan politikus di Asia Tenggara.

FEER adalah suara dan lambang keagungan empayar British. FEER mewakili kepentingan kaum pemodal Anglo-Amerika. Majalah ini menjadi suara dan nadi kaum pemodal British yang ketika itu masih banyak menguasai gedung-gedung perniagaan di China dan Asia Tenggara.Pada tahap gemilangnya FEER pernah mencecah lebih dari 90,000 naskhah jualan untuk satu minggu. Dan jangan terperanjat, warga yang paling banyak membeli dan membaca FFER ialah warga Malaysia. Ini pada ketika pengaruh kaum pemodal British di Tanah Melayu kemudian Malaysia masih mencengkam kukuh.

FEER kemudian telah dibeli oleh syarikat Dows Jones & Company pemilik ASWJ. Nampak atau tidak apa ertinya pembelian ini? Tauke AWSJ membeli FEER bukan hendak memastikan majalah ini laris dan terus berkembang. Niat pembelian ialah untuk memautkan majalah ini. Apabila FEER tutup kedai pada tahun 2009 maka berkembanglah akhbar AWSJ yang seratus peratus mewakili kepentingan ekonomi kaum pemodal multinasional dari Wall Street Amerika. Kematian FEER adalah tanda bahawa pengaruh kaum pemodal British telah malap dan pengaruh kaum pemodal Amerika melonjak naik di Asia dan Asia Tenggara.Hubungan Wall Street-Rumah PutihAWSJ - namanya sahaja telah menunjukkan bahawa akhbar ini tanpa segan silu mengatakan kepada dunia bahawa ianya mewakili kepentingan Wall Street.

Untuk Mak Cik Felda dan Pak Cik Felda yang tidak tahu - Wall Street ialah nama satu jalan di New York. Di jalan ini ialah rumah Bursa Saham Amerika, NASDAQ , New York Mercantile Exchange. Jalan ini adalah tempat di mana lanun dan penyangak-penyangak kapitalis bertelur, mengeram dan menetaskan kerenah, masalah dan bala bencana kepada muka bumi ini.Wall Street tempat berjual beli. Wall Street juga menjadi reban utama kaum Zionis Antarabangsa. Di Wall Street kaum Zionis berkumpul bersama kaum kapitalis antarabangsa untuk membuat duit dan mencari laba.

Penyangak dan lanun besar di Wall Street ini akan menjual apa sahaja yang boleh dijual. Mereka akan membeli apa saja boleh dibeli dengan murah dan dijual dengan mahal.Tepung, sawit, minyak, candu, bom, kapal terbang, China doll, hutang, kokain, ganja, arak - malah apa sahaja yang mendatangkan keuntungan akan diniagakan di Wall Street. Warga di Wall Street ini tuhannya bernama dolar. Kiblat mereka ialah Federal Reserve. Nabi mereka ialah pada ketika ini ialah Ben Benarke, seorang Zionis. Sebelumnya Allen Greensopan, juga seorang Zionis.Kalau di zaman Nabi. Wall Street ini ialah jalan ke rumah Abu Jahal. Kalau di zaman kerajaan Melayu Melaka Wall Street ialah jalan ke rumah Kitul dan Mendeliar. Kalau di Malaysia Wall Street ini ialah jalan ke rumah Mahathir.Di Wall Street ini akan dirancang siapa naik dan siapa turun.

Bukan hanya siapa naik dan siapa turun di Rumah Putih sahaja yang dirancang di Wall Street malah kuasa politik dunia pun akan diniagakan di Wall Street. Di sini akan dirancang siapa mendapat kuasa di negara Dunia Ketiga atau siapa yang wajib dijatuhkan dan negara mana wajib diserang.Untuk pembaca budiman biar saya nyatakan di sini, pintu Rumah Putih dan pintu Wall Street saling berhubung. Masuk pintu hadapan Rumah Putih akan membuka pintu belakang Wall Stret. Kadangkala masuk pintu hadapan Wall Stareet akan membuka pintu belakang Rumah Putih.

Ini realpolitik dalam dunia hari ini. Ini kuasa politik, kuasa ekonomi dan kuasa bala tentera empayar Amerika dan kuasa Wall Street.Akhbar ASWJ journal ini ada edisi Eropah, ada edisi khusus untuk dunia termasuk Amerika Latin. Tuan empunya AWSJ ini ialah Dow Jones & Company - syarikat penerbitan gergasi yang berpangkalan di Amerika. Kaum pemodal dan kaum kapitalis selain dari melanggan dan mengupah ‘tukang lobi' mereka juga memiliki akhbar dan media yang bertujuan untuk mengolah pandangan dan pendapat untuk memastikan kepentingan modal mereka didahulukan. Media kapitalis ini mengolah pandangan untuk memastikan kaum pemodal akan mendapat keuntungan maksimum.Juga wawancara NajibPeranan AWSJ ini tidak jauh bezanya dari peranan Utusan Malaysia.

AWSJ melakar pandangan untuk kaum pemodal antarabangsa. Utusan Melayumelakar pandangan untuk kepentingan United Malay National Organisation. Yang berbeza hanyalah Utusan ditulis oleh penulis lekeh hinggakan tak ada sesiapa membeli dan membaca Utusan. AWSJ dengan dana yang lumayan mengupah penulis yang licik lagi berpengalaman hinggakan agenda jahat kaum pemodal dan kaum Zionis antarabangsa ini tidak dapat dilihat.Ramai yang lupa atau sengaja tidak mahu ingat bahawa sebelum Anwar ditemubual, AWSJ juga telah menemubual Najib Razak. AWSJ memberi nasihat agar Najib meneruskan ‘dasar terbuka - dasar liberal' sehingga ‘terkangkang' luas agar kaum kapitalis antarabangsa dapat mengaut keuntungan maksimum.

Menurut AWSJ Najib hanya berkemungkinan menang pilihan raya jika Najib berani melupuskan kepentingan dasar pro-Bumiputera. Dasar pro-Bumiputera ini menyusahkan kaum pemodal antarabangsa untuk meniaga di Malaysia, menurut pandangan AWSJ.Dari bacaan saya, ini bukan nasihat. Ini tekanan. Tetapi temubual ini tidak menjadi buah mulut kerana dalam negara kita ini para pemikir Melayu yang pro-Bumiputera ‘kecut telor' tak berani bersuara takut tersalah cakap. Jika silap cakap mungkin tidak lagi akan dijemput untuk menjadi ahli panel di rancangan forum RTM atau tidak dipilih untuk menjadi juri di pertandingan Juara Lagu.Temu bual Anwar Ibrahim di AWSJ ini juga adalah satu tekanan untuk memastikan kepentingan kaum pemodal antarabangsa didahulukan. Perhatikan betul betul buah butir yang dilapor.

Anwar berkata ‘lebih banyak lagi penswastaan akan dilakukan'. Ini untuk menyedapkan hati kaum pemodal antarabangsa kerana Anwar sedar dan tahu siapa di belakang AWSJ ini.Mengenai Israel dan Zionis, saya harap telah jelas dari apa yang telah saya lakar. Kepentingan kaum kapitalis antarabangsa dan kaum Zionis adalah pada ketika ini ikat mengikat. Hari ini enam buah syarikat Yahudi Zionis menguasai 96 peratus saluran semua bentuk media di dunia. Sayugia cukup untuk saya menuliskan bahawa New York Times, Wall Stret Journal dan Washington Postadalah milik Yahudi yang pro-Israel.

Melalui temubual dengan pemimpin politik Malaysia AWSJ ingin melihat apakah Najib Razak akan memberi keuntungan dan laba yang lebih berbanding dengan Anwar Ibrahim. Ini agenda asasi AWSJ. Akhbar ini tidak akan mempedulikan tentang kezaliman ISA atau AUKU atau Akta Cetak atau jumlah bayi mati dibuang.AWSJ sedar pada ketika ini politik di Malaysia sedang cair. Penyelidik dan pemerhati politik di AWSJ melihat tahun ini adalah tahun pilihan raya. AWSJ ingin memastikan jika Najib Razak atau Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri kepentingan kaum kapitalis akan terjaga rapi. Inilah makna temubual dari Asia Wall Street Journal./malaysikini



KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)

Kenyataan Anwar Ibrahim selari Hamas, gerakan Islam

KUALA LUMPUR 30 Jan:  Pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan isu Palestin-Israel adalah selari dengan Inisiatif Keamanan Arab, malah didokong gerakan Islam seluruh dunia termasuk Hamas- sebuah gerakan yang mempelopori perjuangan rakyat Palestin.

Kenyataan Anwar, yang disiarkan oleh Wall Street Journal melalui satu wawancara 26 Januari lalu bagaimanapun diputarbelitkan media milik Umno, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.
Beliau ditanya mengenai prinsip Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution yang  turut dipersetujui Hamas dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Hamas pernah menyatakan kebarangkalian untuk melihat realiti kewujudan dua buah negara yang berasingan, tetapi pemimpin Hamas mahu memastikan Israel benar-benar jujur untuk mengiktiraf negara Palestin menurut Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1967,
“Bagaimanapun sekiranya kedaulatan negara Palestin ini tidak dijamin, Hamas tidak bersetuju.
“Jadi tidak menjadi kehairanan apabila Datuk Seri Anwar, dengan mengambil kira politik semasa menyebut mengenai isu ini yang tidak terkeluar dari pandangan gerakan Islam seluruh dunia termasuk Hamas,” kata Muhammad Nur.

Menurutnya lagi, ketua pembangkang itu juga sentiasa dimaklumkan mengenai pandangan dan dasar gerakan-gerakan Islam dalam konteks menyelesaikan konflik antara Palestin-Israel.
Tambah beliau, pendirian Anwar mengenai isu itu juga sangat konsisten dan tidak perlu dipertikaikan.
“Pendirian Anwar supaya rakyat Palestin mendapat hak balik mereka dari segi kesahihan sebagai warganegara tidak perlu dipertikaikan kerana beliau memang konsisten sejak berjuang dalam gerakan Islam dan arena politik.

“Ideanya tentang formula bagi menyelesaikan konflik Palestin dan Israel sentiasa selaras dengan gerakan Islam sedunia. Beliau mendahulukan tentang keselamatan negara palestin yang dijamin resolusisi PBB,” kata beliau yang juga bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Bagaimanapun katanya, kenyataan Anwar mengenai isu sekuriti Israel cuba diputarbelitkan oleh media Utusan yang dimiliki Umno, seolah menggambarkan Anwar mementingkan keselamatan rejim itu.
“Sedangkan kerajaan sendiri dalam dasar luar menangani konflik Palestin-Israel sebelum ini tunduk kepada formula dengan mengiktiraf kedua negara, tetapi perkara ini dinafikan menteri luar, Datuk Seri Hanifah Aman,” ujar beliau.

Anwar dalam kenyataannya Sabtu lalu berkata, pendirian beliau sejajar dengan prinsip perjuangan  KEADILAN yang menjunjung tinggi prinsip keadilan sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.
“Selain itu, pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.

“Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York.
Bagaimanapun kata Anwar, kesediaan untuk mematuhi prinsip itu bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi.
“Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin,” tegas beliau./KeadilanDaily

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)

Isnin, Januari 30, 2012

Panas!!! Isu NFC Semakin Teruk!!!!

Shamsubahrin: Ketua NFC paksa saya 'rasuah' polis

Ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail, yang dituduh menipu pengerusi eksekutif Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) Datuk Mohamed Salleh Ismail, mendakwa bahawa suami ketua wanita Umno itu memaksa beliau merasuah polis bagi menutup skandal syarikat berkenaan.

NONEBeliau membuat dakwaan itu pada polis laporan yang dibuat di Hospital Besar Klang Jumaat lalu. Perkara itu didedahkan oleh PKR di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.

Dalam laporan polis itu, Shamsubahrin didakwa berkata beliau menerima mesej dan tekanan dari Salleh yang memintanya supaya kes NFC dengan pihak polis ditutup.

"Salleh, melalui panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS), mendesak saya untuk memberi rasuah kepada polis untuk menutup kes itu."
Dalam laporan itu, Shamsubahrin mendakwa beliau telah dilantik oleh NFC sebagai penasihat korporat dan perunding untuk "membersihkan" masalah dalaman NFC.

Beliau menambah bahawa telah bertemu dengan pihak polis untuk membantu siasatan mereka tetapi memaklumkan kepada Salleh bahawa beliau tidak akan memberi rasuah.

NFC dituduh menyalahgunakan pinjaman mudah RM250 juta oleh kerajaan dengan berbelanja ke atas aset mewah dan bukannya terhadap projek pusat ternakan lembu di Gemas, yang ditugaskan.

Ditanya jika PKR mempunyai bukti dalam bentuk SMS itu, naib presiden PKR N Surendran berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyimpan telefon yang mengandungi mesej berkenaan.

"Beberapa telefon telah dirampas dari Shamsubahrin dan semua telefon kemudiannya dikembalikan kecuali satu. Yang disimpan oleh SPRM adalah telefon yang mengandungi bukti  penting ini.

"Ia di tangan pihak berkuasa tetapi kita mempunyai rekod, kita mempunyai salinannya," katanya./MalaysiaKini
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)

PAS tidak iktiraf kewujudan Israel

KUALA LUMPUR, 30 Jan: Sekalipun atas nama untuk mengambil hati Amerika Syarikat demi masa depan Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, tidak sekali-kali wajar dan layak untuk pimpinan parti untuk menyokong Israel apa lagi untuk memberikan perlindungan kepada golongan yang dilaknak Allah SWT.

Itulah ketegasan yang diambil para pemimpin PAS dalam kontroversi yang dicetuskan melalui putar belit media terhadap artikel Wall Street Journal (WSJ) yang memetik kata-kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong segala usaha mempertahankan Israel.

Media milik Umno dan para pemimpinnya sedang giat menggunakan petikan kata-kata Anwar di WSJ yang berbunyi I support all efforts to protect the security of the state of Israel untuk melakukan serangan bertubi pada beliau sebagai penyokong zionis.

Ketua Umum PKR itu turut mengeluarkan satu kenyataan mengecam pihak-pihak yang memutarkan kenyataannya dan menjelaskan bahawa beliau ada menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi ketika ditemubual oleh WSJ pada hari Khamis, 26 Januari 2011.

“Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati,” kata beliau, sambil menegaskan bahawa pendirian beliau selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.

WSJ turut menyatakan bahawa Anwar tidak berkata beliau akan membuka pertalian diplomasi dengan Israel.

Dalam reaksi spontan di Facebook, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi (kanan) mengingatkan para pimpinan bahawa “Israel adalah sebuah entiti haram.”

“Ia terlalu besar dosanya terhadap ummat Islam seaqidah meskipun kita berada jauh di Tanah Melayu,” tegas beliau.

Ketika dihubungi Harakahdaily, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan pendirian PAS yang tidak mengiktiraf kewujudan Israel.

“Mereka mendapat tanah itu secara kejam, membunuh dan menghalau rakyat Palestine daripada buminya sendiri. Bukan menjajah, tapi secara merampas secara kejam bersama tentera Haganah pada tahun 1948.

PAS tidak akan mengiktiraf kewujudan Israel,” tegas beliau.

Dalam pada itu, Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mahfodz Mohamad (kiri) menegaskan pendirian Pakatan Rakyat adalah untuk berdiri di tempat orang yang ditindas, dan bukannya yang menindas, di mana dalam isu ini ialah Israel.

“Sejarah telah menunjukkan bahawa untuk meluaskan negerinya, Israel telah menghalau rakyat Palestine keluar daripada tanah mereka ketika peperangan meletus pada 1948.

Ramai rakyat Palestine dihalau keluar dari rumah mereka untuk membuka ruang kepada Israel. Mereka sampai hari ini masih dalam kesusahan. Sebagai warga Muslim, kita mesti bersama mereka, dan bukan sebaliknya,” tegas beliau yang dipetik News Straits Times./HarakahDaily

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)

DAP: Kuasa Umno, kemudaratan Melayu

January 29, 2012
Zairil Khir Johari, setiausaha politik kepada Setiausaha Agung. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 29 Jan - DAP hari ini menegaskan Umno sudah tidak layak membela nasib masyarakat Melayu di negara ini kerana parti politik Melayu itu dikatkan mengamalkan dasar pemerintahan yang berat sebelah. Setiausaha politik kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari menjelaskan, pemimpin Umno sebenarnya telah melemahkan masyarakat Melayu, dan orang Melayu sekarang sudah mampu menilai serta tidak teragak-agak untuk menyokong DAP.


"Kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah menganaktirikan sesiapa pun, yang melemahkan orang Melayu adalah pucuk pimpinan Umno yang mahu mengekalkan kuasa melalui kebergantungan orang Melayu kepada Umno. Dalam erti kata lain, kuasa Umno adalah kemudaratan orang Melayu.
"Kerana itu, tidak hairanlah kenapa orang Melayu yang makin celik dan sedar akan kemungkaran Umno dan sekutu-sekutunya tidak akan takut lagi untuk memilih DAP yang mengutamakan rakyat Malaysia dan menawarkan siasah baru yang berteraskan demokrasi, hak asasi dan peluang saksama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Zairil, Umno hanya tahu mengamalkan satu jalan penyelesaian iaitu dalam bentuk skim cepat kaya dan menguntungkan kroni mereka seperti Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan syarikat-syarikat penjana tenaga elektrik bebas (IPP), konsesi-konsesi berat sebelah dengan syarikat-syarikat pengendali tol lebuhraya, skandal RM250 juta National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkan keluarga seorang menteri dan juga penyenaraian Felda Global Ventures Holdingd (FGVH) yang bakal menguntungkan segelintir kroni elit.

Menurut Zairil lagi, kerajaan negeri Pakatan Rakyat pimpinan Lim giat melaksanakan program-program kebajikan sosial yang disasarkan kepada pelbagai golongan adalah contoh-contoh dasar yang membantu golongan masyarakat yang paling memerlukannya.
"Dasar yang dilaksanakan ini jelas tidak bersifat perkauman. Namun, rata-rata golongan yang paling banyak menerima bantuan adalah masyarakat Melayu yang selama ini dipinggirkan dan disia-siakan oleh Umno yang kononnya memperjuangkan kepentingan mereka.

"Bagi hal-ehwal agama Islam pula, kerajaan Umno - Barisan Nasional (BN) hanya memperuntukkan RM12 juta setahun. Di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, jumlah ini telah dinaikkan setiap tahun sehingga peruntukan untuk tahun 2012 sudah pun mencecah RM64 juta, iaitu lebih lima kali ganda," katanya.
Tambahnya, peruntukan besar ini merangkumi usaha-usaha untuk, antara lainnya, pembesaran tapak perkuburan Islam, pembangunan Sekolah Agama Rakyat,elaun-elaun untuk pega wai masjid, guru KAFA, para Huffaz serta progam-program sambutan kebesaran Islam.

"Program-program seperti ini sekiranya  mengikut fitnah Umno, dikatakan tidak disambut sama sekali di Pulau Pinang. Tidakkah ini membantu masyarakat Islam yang rata-ratanya orang Melayu?" soalnya.
"Sekiranya pemimpin-pemimpin Umno merasa bahawa warga Melayu di Pulau Pinang berada dalam keadaan tertindas dan tidak maju, bukankah itu salah kerajaan BN yang telah memerintah selama lebih 50 tahun di Pulau Pinang?" soalnya lagi.
Isu penyertaan beberapa orang Melayu ke dalam DAP baru-baru ini sedang hangat dibicarakan, terutama sekali di kalangan pemimpin-pemimpin Umno.

Kenyataan  terbaru, yang dikeluarkan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri dilihat seperti telah menyindir bahawa DAP tidak pernah membela kepentingan orang Melayu, manakala Ketua Puteri Umno pula menuduh kerajaan negeri Pulau Pinang menganaktirikan masyarakat Melayu di sana.
"Tuduhan pemimpin-pemimpin Umno ini jelas palsu kerana sejarah jelas membuktikan bahawa DAP adalah parti yang membela sesiapa sahaja yang ditindas, tanpa mengira warna kulit atau agama," tegas Zairil menepis dakwaan tersebut./TheMalaysiaInsider

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)

Anwar: Kenyataan Saya Mengenai Israel Diputar Belit Media Umno!!

PETALING JAYA 29 JAN: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan media berhubung putar belit fakta dan kenyataan beliau yang di siarkan melalui media arus perdana.
Berikut adalah kenyataan penuh menerusi kenyataan media beliau.
Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin.

Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.
Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians."

Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.

Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.

Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY). Beliau menyebut:

"..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine)."

Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian. Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi.

Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.
Pendirian Parti Keadilan Rakyat adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.

ANWAR IBRAHIM

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)

Ahad, Januari 29, 2012

Anwar Ibrahim berharap Presiden PAS, menarik balik hasrat beliau

KUALA LUMPUR, 28 Jan: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menarik balik hasrat beliau untuk berundur dalam Pilihan raya Umum ke-13 nanti."Saya berharap Ustaz Hadi menarik balik hasrat tersebut kerana beliau penting buat PAS dan Pakatan Rakyat," kata Anwar dalam sms beliau kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ketua Umum PKR berkata, peranan Presiden PAS itu kritikal buat pemuafakatan Pakatan Rakyat."Saya akan bertemu dengan Ustaz Hadi dalam waktu terdekat demi memastikan Ustaz Hadi kekal bersama pimpinan Pakatan Rakyat," tegas Anwar.

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)

Sabtu, Januari 28, 2012

Jumaat, Januari 27, 2012

Media setan!!! Umno kena saman lagi!!!!

Syed Husin saman Utusan, Zul Noordin RM10j

Bekas timbalan presiden PKR Senator Syed Husin Ali hari ini memfailkan saman fitnah RM10 juta terhadap ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan Utusan Melayu (M) Berhad.

Saman tersebut berhubung tulisan Zulkifli dalam blognya yang mendakwa Syed Husin pernah berjumpa untuk menawarkan supaya mengosongkan kerusinya.

Turut dinamakan dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini, ialah ketua pengarang kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak.
   
Writ saman tersebut difailkan pagi ini melalui firman guaman Tetuan M/s Edwin Lim Suren dan Soh.

NONESaman itu difailkan ekoran penyiaran artikel oleh Utusan Malaysia
bertajuk "Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin" dan satu posting dalam blog oleh Zulkifli.

Tulisan dalam blog itu, yang turut disiarkan oleh Utusan Malaysia, mendakwa Syed Husin berjumla dengan Zulkifli dan meminta ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu itu mengosongkan kerusinya.

Jika beliau berbuat demikian, Zulkifli akan ditawarkan jawatan dalam anak syarikat milik kerajaan Selangor oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan imbuhan bulanan antara RM50,000 dan RM60,000 sebulan.

Zulkifli juga mendakwa dalam tulisan blog tersebut bahawa Anwar menjanjikan pampasan yang sama kepada Syed Husin sekiranya beliau mengosongkan kerusi timbalan presiden untuk memberi laluan kepada Azmin Ali./MalaysiaKini

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)

Khamis, Januari 26, 2012

Umno/Najib sengaja tempah maut!!!!!!!!!!


 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan seolah-oleh membuat pusingan U apabila berdepan tuduhan sodomi II membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.Apabila keputusan yang mengejutkan itu (pembebasan Anwar) diumumkan pada 9 Januari lalu, Najib bersama pemimpin Umno yang lain tenggelam dengan pujian yang datang mencurah-curah dari seluruh pelusuk dunia kerana keadilan untuk Anwar dikotakan walaupun prosiding perbicaraan menunjukkan wujud penganiayaan politik.
Najib kelihatan berbangga dengan penghakiman ini apabila beliau mendakwa bahawa keputusan ini menunjukkan transformasi yang diperkenalkan kini membuahkan hasil.
Dalam wawancara dengan Wall Street Journal pada 13 Januari lalu, Najib memberitahu pewawancara James Hookway bahawa penghakiman ini “membuktikan kesungguhan kerajaan dalam menjalankan proses reformasi.”

Kata Najib, beliau serius tentang reformasi politik, sehingga ke tahap beliau sanggup menanggung risiko hilang kuasa pada pilihan raya umum akan datang.

Najib melahirkan perasaan lega bahawa isu Anwar sudah selesai dan negara boleh menangani isu-isu serius yang lain seperti ekonomi.

“Apa yang penting sekarang kita bergerak menuju ke hadapan,” katanya.

Tidak dapat dinafikan bahawa dari wawancara ini Najib mengambil manfaat dari berakhirnya perbicaraan ini sebagai perkembangan yang positif yang boleh melonjakkan agenda reformasinya.

Malahan, beliau memberitahu Hookway bahawa melalui perubahan-perubahan ini, beliau berharap dapat membuka lembaran baru dengan

Amerika Syarikat sebagai “rakan mempromosi politik demokrasi dan perdagangan bebas merintasi Asia dan negara-negara Islam di Timur Tengah.”

Pusingan U rosakkan Najib
Dengan kata-kata Najib ini yang masih terngiang-ngiang di telinga, adalah sesuatu yang memeranjatkan apabila Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memfailkan permohonan rayuan pada 20 Januari lalu.

Lebih memeranjatkan apabila Najib menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau terlibat dengan permohonan rayuan ini pada keesokan harinya.

Akhbar New Straits Times dilaporkan memetik Najib sebagai berkata, bahawa rayuan ini adalah urusan di antara pihak pengadu dengan
Peguam Negara dan tidak ada kena mengena dengan kerajaannya dan Barisan Nasional (BN).

Berdasarkan rasional Najib ini, keputusan hakim Dato’ Mohamad Zabidin Mohd Diah untuk melepas dan membebaskan Anwar, memberi gambaran seolah-olah penglibatan Najib, BN dan kerajaannya agak sukar untuk dipercayai.

Makanya atas asas apakah dakwaan Najib bahawa keputusan hakim itu adalah bukti wujud reformasi politik yang meluas yang didakwa Najib bahawa beliau telah melaksanakannya di negara ini?

Tidakkah jelas bila Najib mendakwa bahawa penghakiman itu bermakna beliau telah melakukan perubahan dan memberitahu dunia bahawa sebenarnya beliau tidak mempunyai kuasa ke atas proses penyiasatan dan kehakiman?

Najib juga menyedari bahawa adalah suatu kesalahan untuk mengawal institusi kehakiman untuk tujuan politik secara tidak sah dan beliau juga bersetuju untuk menghentikan sebarang campur tangan sebagai langkah ke arah memulihkan sistem demokrasi dan peraturan undang-undang.
Anwar dianiaya
Malahan seluruh dunia tahu perbicaraan ini merupakan suatu bentuk penganiayaan sejak dari hari pertama lagi yang terpaksa diharungi dengan pahit oleh Anwar selama tiga setengah tahun.

Ini dilakukan apabila Anwar ditangkap dan kemudiannya didakwa tanpa bukti yang kukuh, selain dari dakwaan pengadu yang dilihat tidak jujur. Jika tidak, kenapa seluruh dunia terperanjat dengan penghakiman itu?

Apabila pihak polis bertindak tidak adil dan pihak pendakwaraya serta hakim bertindak di luar batas kelaziman, maka tidakkah semua pihak menjangkakan bahawa Anwar akan dihukum, berbanding dengan keputusan yang memeranjatkan ini?

Kini tibalah masanya Najib dan rakan-rakannya keluar dari kepompong pemikiran yang salah yang menganggap rakyat tidak tahu semua ini.

Ini adalah untuk kebaikan mereka sendiri supaya tidak salah anggap tentang wujudnya kesedaran tentang kebenaran dalam era Internet yang memboleh maklumat diperolehi secara pantas.
Jika apa-apa mesej yang boleh perolehi dari tindakan terbaru ini (membuat permohonan rayuan terhadap pembebasan Anwar) ialah rayuan ini membuktikan bahawa dalam banyak insiden dan peristiwa kata-kata Najib tidak boleh dipercayai.

Sekali lagi, ini menunjukkan bahawa reformasi politiknya tidak lebih dari satu ilusi dan bukannya realiti.

Memancing di air keruh

Mari kita lihat gelagat Peguam Negara, bagi saya beliau cuba memancing di air yang keruh dengan memfailkan permohonan rayuan.  Biar saya terangkan.

Pada hari kamar Peguam Negara memfailkan permohonan rayuan pada 20 Januari, agensi berita nasional Bernama menggeluarkan buletin berita pada jam 7.36 malam.

Bernama memetik kenyataan yang tidak diketahui nama pegawai berkenaan dari pejabat Peguam Negara sebagai berkata, di bawah Akta

Mahkamah Kehakiman 1964 hakim perbicaraan dikehendaki menyediakan penghakiman bertulis untuk membolehkan, sama ada pihak pendakwaraya atau pihak pembelaan untuk memfailkan notis rayuan dalam masa 14 hari.”

Menurut Bernama, pegawai berkenaan menyatakan bahawa “selepas membaca laporan penghakiman bertulis, mereka akan membuat keputusan sama ada untuk memfailkan petisyen rayuan.”

Bagaimanapun, dua jam kemudian, buletin berita Bernama yang dikeluarkan pada jam 9.51 malam melaporkan kamar Peguam Negara membuat kenyataan yang berbeza, Bernama melaporkan.”

Bukti undang-undang

“Pejabat Peguam Negara berkata hari ini bahawa keputusan untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi untuk melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah berdasarkan bukti undang-undang.”

Kata kenyataan itu, dalam membuat keputusan ini, Jabatan bertindak semata-mata berdasarkan bukti menurut undang-undang, tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak ataupun emosi.

Bernama seterusnya memetik kenyataan Kamar Peguam Negara sebagai berkata:

“Keputusan untuk memfailkan notis rayuan akan membolehkan Jabatan ini mendapatkan laporan penuh penghakiman bertulis dari hakim berkenaan dan rekod prosiding dari Mahkamah Tinggi.

“Dan keputusan ini juga adalah sejajar dengan hasrat kami untuk memberi penghargaan terhadap fakta dan hujah yang dikemukakan hakim berkenaan bagi membuat penghakiman itu.”

Adalah jelas pihak kamar Peguam Negara menyedari akan kesilapan dari kenyataan pertama yang menyebut bahawa keputusannya untuk membuat rayuan adalah bergantung kepada kandungan penghakiman bertulis, tanpa menyebut “fakta dan undang-undang” sebagai asasnya. Kenyataan kedua dibuat bagi membetulkan kesilapan dan kekurangan kenyataan yang pertama.

Begitu pun, kenyataan sampingan yang menambah “fakta dan undang-undang” sebagai rasional untuk rayuan, pejabat Peguam Negara menegaskan bahawa apa yang membuat pihaknya memfailkan notis rayuan ialah agar pihaknya mempunyai peluang untuk meneliti laporan penghakiman bertulis.

Inilah yang cuba ditonjolkan untuk memberi gambaran bahawa Peguam Negara akan menunggu laporan penghakiman bertulis sebelum akhirnya membuat keputusan untuk membuat permohonan rayuan.

Ini menimbulkan persoalan: perlukah kamar Peguam Negara mempunyai pendiriannya sendiri, sebagai pihak yang mengambil inisiatif untuk mendakwa dan bersusah payah untuk meneruskan pendakwaan?

Pejabat Peguam Negara seharusnya merupakan pihak yang paling mengetahui berbanding orang lain di atas kekuatan dan kelemahan bukti-buktinya.

Makanya tidak ada sebab kenapa pihaknya tidak boleh membuat keputusan sama ada, penghakiman itu adil atau tidak adil tanpa laporan penuh penghakiman bertulis kecuali tentunya pihaknya menantikan peluang untuk mengambil kesempatan dari kelemahan-kelemahan teknikal dalam penghakiman bertulis itu.

Kelemahan kes pendakwaan
Hakim menjelaskan bahawa keputusannya membebaskan Anwar adalah kerana terdapat bukti pemalsuan terhadap bukti utama perbicaraan – DNA.

Beliau menjustifasikan kenyataannya dengan menyatakan bahawa secara saintifik adalah mustahil untuk air mani boleh hidup lebih dari 100 jam bagi mengenal pasti DNA di bawah suhu tropikal seperti dalam kes Anwar.  Perkara ini disebut oleh pakar DNA dari Australia, Dr Brian McDonald.

Adakah Peguam Negara bersetuju atau tidak dengan pandangan ini? Jika jawapannya negatif, bolehkah beliau menamakan satu pihak yang mempunyai autoriti untuk menyokong pandangannya? Jika jawapannya positif, bolehkah beliau memberitahu kita kenapa beliau membuat rayuan?

Dan apa “fakta dan undang-undang” yang dikatakannya apabila bukti DNA telah didedahkan sebagai palsu?

Tidakkah ini jelas menunjukkan bahawa dengan memfailkan notis rayuan, Peguam Negara mengekalkan haknya dengan harapan kemudian nanti dapat menemui kelemahan-kelemahan teknikal dalam penghakiman bertulis itu bagi tujuan menolak penghakiman itu?

Sebab itu, Peguam Negara menekankan bahawa dokumen-dokumen ini sangat penting kepadanya untuk membuat keputusan nanti.

Dengan bersikap demikan, layakkah seseorang yang cuba menafikan tertegaknya keadilan menjadi ketua penasihat kepada Yang DiPertuan Agong dan anggota kabinet, yang telah bersumpah untuk menjunjung Perlembagaan?

Atau tingkah laku beliau ini lebih mencerminkan sebagai seseorang yang taat mengikut arahan untuk meneruskan kerja-kerja menghapuskan pencabar utama musuh politik tuannya?

Jawapannya terdapat dalam bukti yang tidak perlu dijelaskan lagi dari prosiding mahkamah dan tindakan terbaru untuk membuat rayuan terhadap pembebasan Anwar.

Satu tragedi buat Umno

Peristiwa ini merupakan satu tragedi buat Najib dan Umno kerana bila mana peluang mula terbuka untuk Najib membuat beberapa perubahan dan transformasi dengan keputusan hakim itu, pintu itu cepat-cepat ditutup semula dengan rayuan ini.

Lebih buruk lagi, ini membuktikan Umno memang tidak boleh berubah.

Peristiwa ini bakal memusnahkan Umno akhirnya apatah lagi muncul ditengah-tengah kuasa rakyat yang bangkit menentang regim yang korup.

Gelombang perubahan yang telah mentransformasi negara-negara di Afrika Utara dan Timur Tengah yang mula melanda di rantau ini, kini telah tiba di pesisiran pantai negara ini./Sumber : SINI


KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)

Rabu, Januari 25, 2012

Rayuan Fitnah II: Peguam Anwar tunggu alasan penghakiman

KUALA LUMPUR 25 Jan: Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menunggu alasan penghakiman oleh mahkamah tinggi,  ekoran rayuan yang difailkan peguam negara terhadap keputusan membebaskan ketua pembangkang itu.
Peguam Anwar, Sankara Nair berkata, tindakan susulan pihaknya berhubung perkara itu akan hanya dibuat selepas mahkamah memberikan alasan penghakiman tersebut.

“Kita masih menunggu apa alasan-alasan penghakiman yang akan diberikan mahkamah berhubung kes Fitnah II ini.
“Selepas itu, barulah kita berbincang dan menentukan apa langkah susulan,” katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.
Rekod rayuan tidak lengkap selagi alasan penghakiman tidak difailkan bagi membolehkan mahkamah rayuan menentukan tarikh dan  masa perbicaraan.

Pada 20 Januari lalu, peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memfailkan notis rayuan terhadap kes fitnah II, selepas mahkamah tinggi mendapati Anwar tidak bersalah dan membebaskan beliau dari tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sebelum ini pelbagai pihak mengecam langkah peguam negara memfailkan rayuan tersebut termasuk Majlis peguam dan pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia.
Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee misalnya berkata, tindakan itu menyemarakkan lagi kepercayaan rakyat bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak berusaha menamatkan karier politik Anwar.

Manakala Peguam Hak Asasi Manusia, N Surendran dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), ALIRAN sepakat menyatakan bahawa tindakan itu adalah taktik berterusan perdana menteri, Najib Razak untuk memenjarakan Anwar./KeadilanDaily



KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)

Isu NFC: Kit Siang gesa pengerusi PAC letak jawatan

Penasihat DAP Lim Kit Siang mahu pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid meletak jawatan kerana didakwa melambatkan "penyiasatan penuh" terhadap dakwaan salah urus projek Fidlot Kebangsaan.

pac meeting on rmaf engine missing 200110 azmi khalidAhli parlimen Ipoh Barat itu menggesa Azmi (kiri) supaya "jangan
menjadi halangan" kepada siasatan segera PAC terhadap tuduhan itu agar jawatankuasa berkenaan boleh membentangkan penemuannya di Parlimen apabila ia bersidang semula Mac ini.

Lim membuat gesaan itu ekoran Azmi, yang juga ahli parlimen Padang Besar, menghentikan siasatan PAC terhadap pengurusan projek lembu itu, sehingga polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyelesaikan siasatan mereka.

"Keputusan PAC menghenti atau menggantung siasatannya terhadap pendedahan Ketua Audit Negara berhubung skandal itu hanyalah kecenderungan peribadi Azmi dan bukan keputusan kolektif PAC, kerana PAC tidak mengadakan mesyuarat selepas bermulanya siasatan polis dan SPRM terhadap NFC," katanya.

"Azmi tidak seharusnya mengenakan kehendak peribadi ke atas PAC apabila kepentingan negara menuntut PAC melaksanakan kewajipannya menjalankan siasatan penyiasatan segera dan serta-merta terhadap skandal tersebut."/MalaysiaKini

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)

Selasa, Januari 24, 2012

Kajian: Profesional Melayu mahu Najib, Anwar sertai debat

January 24, 2012SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar mengadakan satu debat terbuka berkenaan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara, demikian menurut firma kajian pendapat awam, Merdeka Center.Pengarah Eksekutifnya, Ibrahim Suffian berkata, maklumat yang dikumpulkan hasil perbincangan kumpulan berfokus melibatkan profesional-profesional Melayu menunjukkan, mereka berminat untuk melihat satu debat membabitkan kedua-dua pemimpin berkenaan.

"Maklumat ini, kami peroleh hasil perbincangan dengan kumpulan profesional Melayu baru-baru ini, mereka mahu kedua-dua Anwar dan Najib mengadakan debat, membincangkan isu-isu yang besar, isu rakyat dan isu negara... bukannya isu-isu peribadi tetapi lebih kepada kepentingan rakyat."Saya nampak seolah-olah ada satu perubahan dalam kehendak dan keinginan di kalangan rakyat, mereka mahu satu budaya baru, diadakan debat (seperti di negara-negara lain), daripada kempen memburuk-burukkan satu sama lain," kata Ibrahim kepada Sinar Harian Online.

Kedua-dua Anwar dan Najib sudah memasuki gelanggang politik negara lebih empat dekad lalu.Najib menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno pada awal 2009 dan akan mengetuai Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum pertamanya dalam waktu terdekat. Anwar, bekas timbalan perdana menteri, mengetuai Pakatan Rakyat (PR) awal 2008 dan menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen pada Ogos tahun yang sama.Permintaan dan undangan agar kedua-dua pemimpin itu berdebat bukan perkara baru. Ia pernah menjadi perhatian tahun lalu.

Dan, pada pertengahan bulan ini, Anwar yang juga Ketua Umum PR mengulangi cabarannya kepada Najib, yang juga Pengerusi BN untuk debat secara terbuka mengenai dasar-dasar kerajaan pimpinannya.Anwar berkata, beliau memandang serius perkara itu kerana ia akan membolehkan rakyat membuat penilaian terhadap pertembungan dua sistem yang wujud di negara ini antara Umno dan BN serta PR.Pelawaan itu dibuat kira-kira seminggu selepas Anwar dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat.

"Jika benar Najib ikhlas dan jujur ketika memperkatakan sebelum ini bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi terbaik di dunia, jadi, kita nak tahu huraiannya," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pemimpin pada Konvensyen PR pada 14 Januari lalu.Anwar berkata, PR juga ingin mendengar penjelasan atau jaminan Najib mengenai amalan demokrasi itu dengan memastikan pilihan raya umum akan datang bersih, dan adil tanpa sebarang penipuan sama sekali.Mengulas lanjut isu debat ini, Ibrahim juga berkata, keinginan itu dilahirkan selepas wujud pandangan dan hebahan mengenai perkara itu baru-baru ini, lebih-lebih lagi ketika negara bersiap sedia untuk berhadapan dengan pilihan raya umum.

"Saya pun berpandangan bahawa kita perlu bergerak ke arah itu. Saya berharap akan ada pihak yang akan menganjurkan debat-debat melibatkan pemimpin negara supaya rakyat dapat menilai kemampuan dan kebolehan pemimpin menawarkan dasar dan pendekatan pengurusan dan pentadbiran terbaik kepada negara," katanya lagi.www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.SinarHarian



KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)

Isnin, Januari 23, 2012

Kelemahan Kerajaan umno/bn rakyat kena tolak pada PRU13

Cermin 28 kereta pecah
Mengamuk pecah cermin 28 kereta
SEREMBAN – Hanya kerana mahu mencari seorang penduduk Pangsapuri Lobak di Jalan Tan Sri Manickavasagam, dekat sini, sekumpulan lelaki bertindak memecahkan beberapa kereta yang diletakkan di kawasan rumah pangsa berkenaan.

Kejadian berlaku kira-kira 2 pagitadi apabila sekumpulan kira-kira 30 lelaki yang membawa senjata tajam seperti parang dan kayu mengamuk dan memecahkan 28 kereta diletakkan sepanjang jalan sejauh kira-kira satu kilometer.

Kumpulan terbabit dilihat menaiki motosikal dikatakan mencari seseorang yang tinggal di pangsapuri berkenaan, sebelum bertindak liar memecahkan cermin kereta dengan menggunakan senjata tajam dan topi keledar.

Bagaimanapun, penduduk mendakwa mereka tidak mengenali individu yang dicari kumpulan terbabit.
Seorang penduduk, R.Parthiban, 31, berkata, semasa kejadian dia terdengar bunyi bising di luar rumah lalu menjenguk keluar.
"Saya terkejut apabila melihat sekumpulan lelaki memecah cermin kenderaan milik penduduk satu-persatu,” katanya.
Menurutnya, keseluruhan cermin kereta jenis Nissan Sunny miliknya juga dipecahkan.

“Ketika itu, keadaan begitu huru-hara sekali dan saya melihat beberapa cermin kenderaan lain yang diletak berdekatan turut dipecahkan satu-persatu.
"Apabila abang saya menegur salah seorang lelaki daripada kumpulan itu, mereka terus mengertak kami supaya diam sekiranya tidak mahu diapa-apakan," katanya kepada Sinar Harian di lokasi kejadian, hari ini.
Seorang lagi penduduk, S.Mrugan, 43, berkata, dia tersedar dari tidur selepas terdengar bunyi bising dari arah luar rumah.

“Saya dan keluarga terus bangun daripada tidur dan melihat keadaan di luar rumah begitu kecoh sekali. Ramai penduduk terkejut dan marah dengan tindakan kumpulan lelaki berkenaan," katanya.
Difahamkan, selepas memecahkan cermin kereta terbabit, kumpulan berkenaan terus beredar meninggalkan kawasan berkenaan.
Berikutan kejadian itu, penduduk terus melaporkan kejadian berkenaan di balai polis berdekatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan menerima laporan kejadian.

Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan ia bermotifkan dendam, bagaimanapun kes ini masih dalam siasatan.
"Kes akan siasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki objek berbahaya dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya./SinarHarian

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)

Ahad, Januari 22, 2012

Perutusan Tahun Baru Cina - DSAI


Saya mengucapkan Xin Nian Kuaile dan Gong Xi Fa Cai kepada semua kaum cina di Malaysia. Adalah diharapkan sambutan Tahun Baru Cina tahun ini lebih meriah dengan sambutan bersama rakyat Malaysia keseluruhannya.

Tahun ini merupakan tahun Naga. Ianya melambangkan, antaranya Keadilan, Keberanian dan Berhikmah buat masyarakat Cina. Oleh kerana itu sempena sambutan tahun baru, yang selalu dianggap sebagai satu titik permulaan serta memperkukuh azam, saya berharap kita bersama beriltizam membentuk Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum yang adil dan saksama.

Perpaduan perlu dijalin demi kemaslahatan negara. Kita berhasrat Malaysia yang dicintai ini senantiasa makmur, bebas dari rasuah dan rakyatnya hidup dalam kerukunan serta harmoni. 

ANWAR IBRAHIM

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)

'Rayuan kes liwat untuk penjarakan Anwar' - N Surendran.

Tindakan Jabatan Peguam Negara membuat rayuan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan kes liwatnya bertujuan memenjara tokoh pembangkang itu, kata PKR dan Aliran.

"Motif rayuan itu adalah untuk memenjarakan Anwar dan menghalang Pakatan Rakyat daripada menguasai kuasa kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum akan datang," kata naib presiden PKR N Surendran.

Beliau juga mendakwa rayuan itu menunjukkan slogan pembaharuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hanyalah sekadar janji-janji penuh kemunafikan dan penipuan.

Mengulas pembebasan Anwar awal bulan ini, Najib dalam satu wawancara dengan harian perniagaan berpengaruh Wall Street Journal pernah mengatakan keputusan itu bolehkan memberikan tanggapan umum bahawa sistem kehakiman kita tidak dipengaruhi kerajaan.

Dalam kenyataan berasingan, badan bukan kerajaan yang berpangkalan di Pulau Pinang itu juga mendakwa rayuan kes tersebut bertujuan menghalang kebebasan bergerak pemimpin PKR berkenaan demi "kelangsungan hidup BN."

"Satu-satunya individu yang boleh menggegarkan dan memusnahkan teras kuasa BN melalui Pakatan Rakyat hanyalah Anwar dan oleh itu beliau mesti disisihkan (dipenjarakan)," kata presiden Aliran P Ramakrishnan hari ini.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula dilaporkan berkata, tindakan Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan "satu tindakan yang tepat".

"Bagi saya rayuan itu bukan satu isu kerana sesiapa sahaja yang dalam keadaan seperti itu, Anwar pun tetap akan merayu," naib presiden Umno itu dipetik sebagai berkata./MalaysiaKini

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)

Sabtu, Januari 21, 2012

Jumaat, Januari 20, 2012

DS Anwar Ibrahim saman Utusan Malaysia RM150 juta


Anwar saman Utusan Malaysia RM150 juta
 
Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah RM150 juta terhadap akhbar milik Umno - Utusan Malaysia - dengan mendakwa akhbar itu telah "mereka pembohongan" yang beliau mahu menghalalkan homoseksual.

joint action group utusan malaysia memo politik baru ybJ 241008 02Dalam kenyataan tuntutannya yang difailkan oleh firma guaman M/s
Daim & Gamany, ketua pembangkang itu menuntut RM50 juta sebagai gantirugi, serta kos-kos lain yang akan ditentukan oleh pihak mahkamah.

Bercakap kepada pemberita selepas memfailkan saman tersebut hari ini, peguam dan naib presiden PKR, N Surendran berkata, mereka juga akan meminta mahkamah menganugerahkan RM50 juta gantirugi teruk dan RM50 juta lagi gantirugi teladan.

"Kami menuntut jumlah yang tinggi kerana dakwaan-dakwaan tersebut telah sampai ke peringkat antarabangsa dan juga telah menjejaskan imej Anwar sebagai seorang negarawan," kata Surendran.

Anwar menamakan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarang akhbar harian bahasa Melayu itu, Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan.

Utusan telah menyiarkan berita muka depan bertajuk "Tolak Anwar - Hasan" pada 17 Januari di mana Anwar telah dikritik oleh Dr Hasan Ali kerana mendakwa ahli parlimen Permatang Pauh dan ketua umum PKR itu, mempersoalkan undang-undang anti-homoseksual di negara ini dan dikatakan mahu menghalalkan lesbian, gay, biseksual dan aktiviti transgender (LGBT).

Ia turut menyiarkan satu lagi artikel yang bertajuk "Parasit ancam PAS, Anwar mesti tolak" di muka surat 10 pada hari yang sama.

Komen Hasan - bekas pesuruhjaya PAS Selangor yang telah dipecat oleh parti itu - disiarkan selepas wawancara Anwar disiarkan di BBC minggu lepas di mana beliau menggesa disemak semula "undang-undang lapuk"./MalaysiaKini

VIDEO | 8.41 min

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)

Khamis, Januari 19, 2012

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive