TOLONG!! SILA KLIK BANNER INI..

Taip Tajuk Untuk Cari Di Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, November 30, 2011

PRU 13: Apa maksud Najib!!!!!! kata ‘luar biasa’

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) merasa terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya jentera Umno bersiap sedia menghadapi Pilihan raya Umum ke-13 yang disifatkan sebagai ‘luar biasa’ dengan tindakan ‘luar biasa’.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, DPP Malaysia menganggap kenyataan Datuk Seri Najib sebagai bahaya kerana boleh disalah tafsir oleh pelbagai pihak, memandangkan beliau adalah Perdana Menteri dan mempunyai kuasa di negara ini.

“DPP Malaysia hairan, bagaimana ungkapan sedemikian boleh keluar dari mulut Perdana Menteri Malaysia,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, walaupun ia diucapkan terhadap jentera dalaman Umno, namun ia sudah menjadi berita yang semua rakyat membaca dengan pelbagai persepsi.
Bagi sesetengah pihak, ujarnya ucapan Najib boleh memberi makna akan berlaku sesuatu yang buruk terhadap rakyat dan negara.

Justeru, katanya DPP Malaysia mempersoalkan, apakah PM sudah meramalkan sesuatu yang luar dari kebiasaan akan berlaku dalam PRU ke 13 kali ini.
“Mungkinkah akan berlaku insiden-insiden buruk dalam PRU ke 13 nanti?” tanya beliau lagi.
Bagi DPP Malaysia, ujarnya ucapan itu tidak sepatutnya keluar dari mulut Perdana Menteri, seakan-akan mengejutkan serta memakutkan rakyat.

Sepatutnya, beliau berkata Najib menenangkan rakyat dengan jaminan PRU ke 13 adalah PRU yang terbaik, paling aman, serta berlangsung dalam suasana penuh demokrasi.
Untuk itu, tambahnya DPP Malaysia telah sedia mempersiapkan jentera pemuda PAS diseluruh peringkat juga dengan persiapan ‘luar biasa’.
“Kali ini seluruh jentera pemuda PAS diingatkan supaya bersedia menghadapi apa juga serangan yang bakal dilakukan oleh Umno BN dalam pelbagai bentuk,” ujarnya.

Menurutnya, sudah 12 kali PRU dihadapi, dan sudah acap kali juga serangan bertali arus dikenakan terhadap jentera PAS khususnya pemuda PAS di seluruh negara.
Malah, ujarnya pemuda PAS pernah dipukul seperti di Pilihan Raya Kecil Ijok, Bagan Pinang dan lain-lain lagi.
Tambahan pula, katanya PRU ke 13 nanti akan berlangsung dalam suasana sistem pilihan raya yang masih tempang dan pincang dan dalam keadaan demokrasi yang kontang dari kebenaran.
Justeru, katanya tidak hairanlah jika berlaku sekali lagi manipulasi undi, undi pos yang meningkat mendadak, pengundi hantu yang kembali turun mengundi, beli undi, rasuah pilihanraya, rakyat negara asing yang turun mengundi, fitnah melalui media, akses media yang berat sebelah dan lain-lain lagi.
“Semua insiden ini pernah berlaku sebelum ini dan tidak mustahil akan berlaku lagi nanti.

“Insya Allah, DPP Malaysia telah mempersiapkan mental kesemua petugas dengan kesemua kemungkinan sesuatu yang ‘luar biasa’ yang akan berlaku,” katanya lagi.
Beliau menambah, PRU 13 adalah masa terbaik untuk menukar kerajaan yang sudah tamat tempoh.
“Selamatkan Malaysia dari pemimpin yang korup, rasuah dan mementingkan diri sendiri,” katanya.HarakahDaily

Pil Power Untuk Lelaki!!!! 

PKR dedah pula pembelian tanah, kenderaan mewah oleh lembu umno........Wooiii Hebat Lembu!!!!!!!!!

PKR hari ini meneruskan pendedahan berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek fidlot yang diusahakan keluarga menteri pembangunan wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil – kali ini didakwa melibatkan pembelian kereta mewah dan juga lot tanah di Putrajaya.

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa dana National Feedlot Corporation (NFC) itu digunakan untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz berharga RM534,622 pada Disember 2009.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini, Rafizi mendakwa pembelian itu dibuat oleh National Meat and Livestocks Corporation, sebuah syarikat milik penuh keluarga Shahrizat.

Dakwanya, bayaran untuk membeli kenderaan terbabit pada Disember 2009 dibuat NMLC melalui dana yang disalurkan melalui NFC.

"(Bayaran untuk) menyelenggara pula dibuat terus daripada akaun NFC. Saya pasti ia adalah untuk kegunaan pengarahnya," dakwanya lagi.

Selain itu, Rafizi juga mendakwa, NMLC telah membeli dua bidang tanah di Presint 10, Putrajaya dengan bayaran berjumlah RM3,363,507.MalaysiaKini

Memo Untuk Rakyat Malaysia!!

Panas!!!! Fitnah jahat TV3 terhadap "Walk for democracy 2011" (video)



Temuramah dengan pencacai Umno


Kopi Power Untuk Anda!!!!!

Selasa, November 29, 2011

Kongres PKR -Ucapan Power!! Penggulungan oleh Saifuddin Nasution (video)

20111127 Kongres PKR - Penggulungan oleh Saifuddin


Melayu Dalam Umno Hanya Tinggal Melayu Lembu!!!!!!!!!!!

Kenyataan Ketua Penerangan UMNO di jelas membuktikan bahawa kini UMNO sedang cemas - sedang resah gelisah kerana nyawa UMNO semakin menipis...

Kita khabarkan kepada Ketua Penerangan UMNO itu bahawa Melayu di luar UMNO bukan bodoh macam lembu seperti Melayu dalam UMNO. Jangan cuba hendak heret semua orang Melayu untuk masuk kandang lembu UMNO - jangan cuba hendak memperbodohkan semua orang Melayu.

Segala apa yang berlaku adalah kerana tindakan UMNO selama ini yang telah begitu lama melembukan Melayu, menzalimi bangsa Melayu. Lantaran itu anda akan dihukum - dengan hukum kebenaran dan keadilan - lantaran kezaliman dan kekejaman kamu ke atas bangsa Melayu sendiri.

Bukti? Itu royalti minyak Kelantan, apa pasal sampai kini belum dibayar? Bukankah itu kezaliman UMNO yang amat nyata terhadap orang melayu sendiri?


Sumber : Ulasan GB 

Pil Power Untuk Lelaki!!!!

Perjuangan demi rakyat - Nurul Izzah Anwar

Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 29, 2011
NURUL IZZAH
JOHOR BAHRU – PKR mendakwa perjuangan dibawa parti itu sejak beberapa tahun lalu bagi memperjuangkan nasib rakyat, berjaya mengubah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar berkata demi­kian ketika membuat ucapan penggulungannya pada Kongres Nasional Tahunan Keadilan Kelapan, sekali gus merujuk kepada pembentukan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Pilihan Raya.

Katanya, jawatankuasa itu ditubuhkan kerajaan BN, susulan kebangkitan rakyat menerusi Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang diadakan Julai lalu.

“Kita berjaya desak kerajaan menangguhkan akta cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Kita juga berjaya desak ordinan darurat dibatalkan.

“Dan bersama Bersih, kita berjaya paksa BN menubuhkan PSC untuk pilihan raya yang sebelum ini tidak pernah mengakui bahawa reformasi pilihan raya itu perlu,” katanya.

Dalam ucapannya itu, Nurul Izzah turut menyeru se­luruh ahli PKR, meneruskan perjuangan keadilan semua rak­yat tanpa mengira latar belakang bangsa, agama mahupun kepercayaan, selaras dengan penubuhan PKR yang mahu membawa reformasi politik adil.SinarHarian

Memo Untuk Rakyat Malaysia!!

Malaysia Lebih Teruk!! Daripada Burma - DSAI

Anwar: K'jaan tergesa-gesa lulus Bil Perhimpunan Aman

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan kerajaan yang ingin meluluskan rang undang-undang Perhimpunan Aman dengan tergesa-gesa merupakan langkah yang lebih teruk daripada junta tentera Burma.

NONEKatanya, kerajaan Burma sendiri telah membuat rundingan dengan pemimpin pembangkang negara itu, Aung San Suu Kyi sebelum meluluskan undang-undang yang membolehkan perhimpunan dibuat dengan notis lima hari.

"Tapi di Malaysia guna brute force of majority, tanpa debat panjang dan tanpa ambil kira sentimen rakyat," katanya yang menggesa supaya undang-undang berkenaan ditarik balik dan diserahkan kepada jawatankuasa terpilih khas parlimen untuk dibincangkan.

"Tanpa itu sukar bagi kami untuk memberi sokongan," katanya lagi dalam ucapan ketika membahas rang undang-undang berkenaan di Dewan Rakyat hari ini.

Tambahnya, peruntukan undang-undang berkenaan yang menetapkan supaya penganjur memberikan notis selama sebulan sebelum sesuatu perhimpunan dijalankan juga lebih teruk daripada amalan kerajaan Zimbabwe, Jepun dan Hong Kong.

"Malaysia lebih minat banding dengan Burma, tapi hari ini Burma juga pinda undang-undang mereka dan diluluskan dan Myanmar juga terasa bahang perubahan rakyat yang mahu prionsip kebebasan dihormati.

"Jadi rang undang-undang Burma perlukan pihak yang anjurkan perhimpunan maklum lima hari sebelumnya. Jadi kita ketinggalan dengan Burma," kata Anwar lagi.

Kerajaan dijangka mengemukakan pindaan ke atas rang undang-undang berkenaan hari ini untuk memendekkan tempoh notis berkenaan kepada sepuluh hari.

"Malaysia dalam soal notis saja sudah terkebelakang, nampak seolah-olah kebimbangan kerajaan yang mengaku (dipilih secara sah) tapi bimbang dengan kebebasn yang mahu diberikan kepada rakyat," katana lagi.

Dalam ucapannya itu, Anwar turut menyeru supaya perhatian diberikan kepada rang undang-undang alternatif yang dikemukakan Majlis Peguam kepada ahli parlimen hari ini.MalaysiaKini

Kopi Power Untuk Anda!!!!!

Ucapan Penuh Ketua AMK PKR Malaysia Di Kongres (video)

20111125 Kongres PKR Ucapan Dasar Ketua AMK


Isnin, November 28, 2011

Perwakilan protes senyap pada perhimpunan Umno? Najib Pening!!!!!!

KUALA LUMPUR, 28 Nov: Perhimpunan Agung Umno 2011 yang akan diadakan pada 29 November hingga 3 Disember ini dijangka menyaksikan satu protes senyap daripada wakil-wakil terhadap pemimpin-pemimpin mereka yang sedia ada.
Ini kerana mereka mempunyai firasat bahawa Umno dan BN akan mempunyai harapan yang sedikit untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang, tulis Moaz Nair di dalam laman web Malaysia Chronicle, hari ini.
Baginya, Umno sangat kuat rasuah sehinggalah ke terasnya, kata Mahathir akan kucar-kacir dan pilihan raya umum akan datang akan menyaksikan parti itu kehilangan lebih banyak kerusi kepada Pakatan.
Menurutnya, terdapat puak dan perbalahan dalaman dalam parti yang mana ramai yang mengintai peluang menjadi pemimpin-pemimpin cawangan kerana terdapat ramai yang mengharapkan Umno untuk membawa masuk wang dan kontrak untuk mereka.
“Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun-tahun yang lepas telah menunjukkan bagaimana wang pembayar cukai telah dengan cuai dibelanjakan. Pesalah rasuah telah dilepaskan untuk memelihara imej Umno dan kerajaan.
“Dana yang sepatutnya digunakan untuk menghasilkan daging lembu berakhir dengan pembelian kondominium untuk 'lembu suci', begitu juga percutian dan melaksanakan Umrah,” tulisnya lagi di bawah tajuk Umno kini parah, akibat buatan pemimpinnya sendiri.
Katanya, kemelut RM250 juta NFC telah menarik minat yang meluas di kalangan orang awam dan kekecewaan mereka tetapi pemimpin mno pula senyap mengenai isu itu.

“Tiada siapa dalam Umno akan mempersoalkan perkara ini kerana setiap ahlinya mempunyai aspirasi untuk menjadi kaya melalui parti,” ujarnya.
Menurutnya, dari membeli mi Maggie ke kapal selam, rakyat melihat wang pembayar cukai telah disalahguna.
Najib pula, katanya terlalu sibuk membina imej peribadinya sehinggakan beliau tiada masa untuk memastikan dana awam dibelanjakan dengan betul.
Beliau menambah, Mahathir juga bukan penyelesaian untuk Umno kerana beliau dilihat sebagai orang di belakang kumpulan ekstrimis - Perkasa.
Baginya, MCA, MIC dan Gerakan tidak menyukai Mahathir kerana dilihat mereka sebagai berdiri di atas nama bangsa.
Justeru, beliau berpandangan Umno juga secara beransur-ansur menjadi lebih tidak relevan kepada nasib orang Melayu tulen atau peribumi disebabkan campuran India Muslim, Arab, Indonesia dan banyak bangsa asing lain.
Beliau mendakwa banyak cawangan Umno kini diketuai oleh mereka yang berfikiran wang dan sesetengah daripada mereka bukanlah Melayu tulen atau yang Asli.
Beliau turut memetik kajian selidik dalam talian yang boleh diambil sebagai penunjuk keadaan, maka Umno akan menghadapi masalah dalam dalam pilihan raya umum akan datang.
Sejumlah besar responden dari kalangan 1,879 pengundi Melayu yang berpotensi dan 1657 pengundi bukan Melayu di negara ini (limitasi pengajian: Korpus hanya terdiri daripada mereka yang mempunyai akses kepada Internet) tidak berpihak kepada Mahathir, Perkasa mahupun Ibrahim Ali:

1. Apakah Mahathir masih relevan kepada orang Melayu? Ya (29 peratus) Tidak (68 peratus) No response (3 peratus)
2. Bolehkah Perkasa membantu Umno memenangi Pilihan Raya Umum akan datang? Ya (9 peratus) Tidak (83 peratus) No response (8 peratus)
3. Apakah Perkasa suatu liabiliti kepada Umno? Ya (84 peratus), Tiada (9 peratus), No response (7 peratus)
4. Adakah Umno memerlukan Perkasa untuk memenangi pilihan raya umum akan datang? Ya (3 peratus), No (85 peratus), No response (12 peratus)
5. Adakah parti-parti komponen Barisan Nasional (di luar Umno) selesa dengan Perkasa? Ya (1 peratus), No (94 peratus) No response (5 peratus).
6. Perkasa menjejaskan peluang bukan Melayu mengundi untuk Barisan Nasional (BN)? Ya (87 peratus), Tiada (3 peratus), No response (10 peratus)
7. Apakah Perkasa liabiliti kepada Barisan Nasional (BN)? Ya (93 peratus), Tiada (3 peratus), No response (4 peratus)
8. Patutkah Perkasa menjadi sebuah parti politik? Ya (18 peratus), No (54 peratus), No response (28 peratus)
9. Apakah Perkasa ikhlas dalam peranannya dalam menyatukan orang Melayu? Ya (5 peratus), No (86 peratus), No response (9 peratus)
10. Adakah Perkasa memcahbelahkan orang Melayu lebih daripada menyatukan mereka? Ya (79 peratus), No (11 peratus), No response (10 peratus)
11. Adakah Melayu selesa dengan Perkasa? Ya (9 peratus), No (79 peratus), No response (12 peratus)
12. Adakah bukan Melayu selesa dengan Perkasa? Ya (2 peratus), No (95 peratus), No response (3 peratus).
13. Patutkah Umno berbaik-baik dengan Perkasa untuk mendapatkan semula undi Melayu? Ya (8 peratus), No (83 peratus), No response (9 peratus)
14. Patutkah Umno menjauhkan diri daripada Perkasa? Ya (87 peratus), Tiada (6 peratus), No response (7 peratus).
15. Bolehkah sekiranya Perkasa menjadi satu platform yang lebih baik untuk orang Melayu berbanding Umno, PAS atau PKR? Ya (4 peratus), No (89 peratus) No response (7 peratus).HarakahDaily

"Kaedah GANJIL menjana pendapatan..!!! Rahsia Webinar kini terbongkar"

Ucapan DSAI Di PKR National Congress (video)

Newsflash: Anwar Ibrahim PKR Congress Closing Speech






Memo Untuk Rakyat Malaysia!!

Jangan tolak ansur dengan pengkhianat - DSAI

PRU: Anwar mahu bersihkan PKR dari pengkhianat

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran kepada "pengkhianat" dalam parti yang perlu dibersihkan menjelang pilihan raya umum akan datang.

Katanya, langkah itu penting memandangkan pilihan raya umum ke-13 merupakan penentu kepada PKR dan juga lanskap politik negara.

Anwar juga berkata proses berkenaan juga penting memandangkan parti itu kini sudah dua kali ganda lebih kuat berbanding ketika memasuki gelanggang pilihan raya 2008.

pkr congress 2011 271111 anwar speech 01"Dari awal saya kata kita akan saksikan pengkhianatan. Setiap pilihan raya kecil (ada wakil rakyat PKR) lompat. Dekat pilihan raya umum lagilah, harga kian naik," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Kongres Nasional PKR Kelapan di Pulai, Johor.

Memetik ucapan setiausaha agung, Saifuddin Nasution sebelumnya, Anwar berkata Nabi Muhammad SAW sendiri tidak akan memaafkan pengkhianat walau tetap memaafkan orang kafir Quraisy yang diperanginya sebelum itu.

Anwar membangkitkan perkara itu dalam latar kongres yang kali pertama diadakan di Johor – kawasan yang tidak pernah dimimpikan untuk dijelajahi PKR pada pilihan raya 2008, katanya.

Namun, dengan keterbatasan pengaruh itu, PKR dan Pakatan Rakyat tetap berjaya menawan lima negeri pada 2008, katanya yang turut memberi amaran kepada golongan yang mahu mencari peluang dalam parti.

"Kalau khianat, terajang awal-awal. Jangan tolak ansur dengan pengkhianat. Kekuatan Umno hanya beli orang sebab dia ada wang. Wang apa? Wang rasuah. Kalau (semangat) kuat tak ada apa yang dapat patahkan kita.

"Kalau PKR kekal mantap, tiga parti ini (PAS-PKR-DAP) tetap bersatu, kita akan tawan Putrajaya," katanya lagi disambut tepukan para perwakilan.

Anwar bagaimanapun mengakui bahawa tindakan seorang demi seorang wakil rakyatnya yang berpaling tadah sebelum ini merupakan kesilapannya sendiri kerana salah memilih calon.

Dalam pada itu, beliau turut memberi amaran kepada anggota jentera partinya yang kelihatan terlalu  "lumayan" selepas memenangi pilihan raya 2008.

"Saya setuju, ada percubaan untuk meronyeh dan merosak cita-cita ini. Ada ahli majlis nampak terlalu lumayan. Ini buka ruang untuk kita tegur.

"Saya beri ingatan, setuju dengan lontaran setiausaha agung, jangan andaikan kerana mahu ke Putrajaya kita sanggup bertolak ansur di kalangan jentera," katanya lagi.

Malah, beliau turut memberi amaran untuk tidak memberi peluang lagi kepada "orang yang tak layak" dan yang tidak menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Terdahulu, setiausaha agung Saifuddin Nasution dalam ucapannya dengan berang menempelak wakil rakyat tertentu parti itu yang tidak dapat menghadirkan diri ke program berkenaan.

"Saya kecil hati sebab ada wakil rakyat yang tak dapat datang. Kita tak boleh jadi wakil rakyat, ahli parlimen atau apa sekalipun tanpa platform parti.

"Ada 365 hari setahun, bloklah tiga hari untuk kongres. Apa alasan tak dapat datang? Tak ada duit?

"Kalau PKR nak mulakan budaya baru, mulakan sekarang. Tak ada tempat untuk oportunis dalam parti," katanya lagi.MalaysiaKini

 

Ahad, November 27, 2011

KEADILAN lancar program ‘Ganyang UmnoBN”

JOHOR BAHRU 27 Nov: Naib Presiden KEADILAN, Datuk Dr Mansor Othman dalam ucapan penggulungannya di Kongres KEADILAN Nasional berkata, program ‘Ganyang BN’ akan dilancarkan untuk menyerang kubu Barisan Nasional termasuk di Johor dalam masa terdekat.
“Kita akan gembeling tenaga dan latih 100 biro komunikasi dan penerangan untuk setiap kawasan Dewan Undangan Negeri.

“Satu hari suntuk kita adakan program dari pagi, diakhiri ceramah pada sebelah malam di sekurang-kurangnya 20 buah tempat, seperti di Johor. Semua pemimpin-pemimpin utama KEADILAN akan dilibatkan,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Mansor yang pertama kali hadir ke ceramah umum di pekan Ulu Tiran dalam Parlimen Tebrau, Johor malam tadi,  terkejut dengan kehadiran ribuan penduduk, meskipun diketahui kawasan itu adalah kubu Barisan Nasional.

“Kalau beginilah sambutannya, Umno akan tergugat,” kata Dr Mansor
Beliau dalam pada itu berkata, program yang berjaya dilaksanakan di negeri Pakatan Rakyat adalah model terbaik untuk meyakinkan pengundi di negeri yang ditadbir BN.KeadilanDaily

Transformasi Najib hanya pembohongan - Prof Dr Abdul Aziz Bari

KUALA LUMPUR, 27 Nov: "Transformasi yang diperkatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah satu pembohongan besar semata-mata, malah apanya dibanggakan olehnya itu hanya sekadar gimik," jelas Pakar Undang-undang Perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Pandangan itu dinyatakan oleh Abdul Aziz apabila ditanya dengan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang telah dibaca kali kedua oleh Perdana Menteri di Parlimen pada Khamis yang lepas.

Beliau juga mempersoalkan di mana sebenarnya transformasi yang diperkatakan oleh Najib malah menyifatkan rang undang-undang tersebut lebih kejam dari Akta Polis 1967 yang sudah dilihat kejam sebelum ini.

"Rang undang-undang tersebut sebenarnya tidak masuk akal langsung dan saya sendiri tidak tahu kenapa ia dibentangkan, kalau sebelum ini Akta Polis 1967 telah dilihat kejam malah cadangan perlaksanaan yang baru ini lagi teruk.

"Dari sudut permohonan permit yang tidak munasabah malah tempat-tempat yang di tetapkan seperti hospital mahupun sekolah tidak dibenarkan sebarang perhimpunan diadakah tidak sesuai.

"Katakan kakitangan hospital dan juga guru-guru yang tidak berpuashati dengan sebarang perkara ingin mengadakan bantahan sudah pasti di tempat mereka bekerja dan kalau tempat tersebut tidak dibenarkan di mana mereka ingin membantah," jelasnya.

Abdul Aziz memberitahu dari sudut perlembagaan beliau meletakkan undang-undang yang tidak menepati apa yang terkandung dalam perlembagaan yang memberikan kebebasan rakyat berhimpun malah ia juga tidak menghormati amalan demokrasi negara.

"Malah tindakan yang akan dikenakan kepada penganjur jika terdapat kanak-kanak mahupun warga asing berada di kawasan ceramah itu juga satu yang di luar kawalan, adakah kita boleh menghalang kanak-kanak hadir ke tempat ceramah jika ia dilakukan di kawasan terbuka itu persoalan yang perlu difikirkan oleh Najib.

"Selain itu juga denda yang dikenakan itu tidak munasabah dengan kesalahan yang dilakukan iaitu RM10 ribu hingga RM20 ribu, dalam pada itu kuasa kepolisan untuk mengunakan kuasa mereka dalam menghalang penganjur agar mengikut perintah mereka dan ini membolehkan berlakunya keganasan jika polis bertindak sedemikian.

"Jelas wujud ugutan dalam undang-undang terbaru ini, Najib mungkir janji dan jelas apa yang dilakukan olehnya ini lebih teruk lagi dengan apa yang dijanjikan," ujarnya.

Tambahnya, memang menjadi satu rekod dalam pentadbiran Najib yang mana undang-undang barunya itu lebih teruk dari akta yang ingin dimansuhkan.

"Najib sentiasa mengeluarkan kenyataan yang saling bercanggah, kenyataannya tidak konsisten dan semua dilihat memperbodohkan rakyat.

"Kerajaan hanya melihat mereka sahaja yang betul dan apa yang dibuat oleh orang lain semuanya salah, inilah akibatnya bila tidak pernah menjadi pembangkang dan apa yang saya lihat apa yang dilakukan oleh kerajaan itu sebenarnya untuk kebaikan mereka sendiri," katanya lagi.

Abdul Aziz bertegas kerajaan perlu memansuhkan semua undang-undang mahupun akta yang dilihat menyekat kebebasan rakyat malah yang bertentangan dengan dasar demokrasi negara bukannya mewujudkan Rang Undang-Undang baru untuk terus menyekat demokrasi rakyat dan perlembagaan negara.HarakahDaily

"Kaedah GANJIL menjana pendapatan..!!! Rahsia Webinar kini terbongkar"

Pidato Power!!!! Anak Muda Di Parti Keadilan Rakyat Congress. (video)

Suara Rakyat - Fadiah Nadwa Fikri

 
Memo Untuk Rakyat Malaysia!!

PENGUMUMAN PENTING!!! Kepada Sesiapa Ingin Memberi Bantuan Ke Blogger GreenBoc Klik Sini Sekarang!!! GB Dalam Kesusahan Sekarang!!!

Banyak dasar Pakatan dicuri!!!!! UmnoBN

JOHOR BAHRU 26 Nov: Wakil dari Pulau Pinang, R Murali berkata, banyak dasar yang pertama kali diperkenalkan Pakatan Rakyat, ditiru oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional.
Antaranya ‘Hari Tanpa Beg Plastik’ dan wang penghargaan kepada warga emas berjumlah RM100 seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2012, baru-baru ini.
“Kalau kerajaan BN beri RM 500 untuk kakitangan kerajaan, Pulau Pinang beri bonus RM800 untuk kakitangan kerajaan negeri.

“Begitu juga dengan perkhidmatan bas percuma di Georgetown dan dari Seberang Perai ke Bayan Lepas.
“Jadi kita hairan bagaimana masih ada lagi orang berdemonstrasi di Pulau Pinang,” katanya yang fasih berbahasa Melayu semasa berucap di Kongres Nasional KEADILAN ke lapan di Pulai Spring Resort.
Berbanding kerajaan Pusat, katanya, Pulau Pinang berjaya mewujudkan pelbagai inisiatif untuk rakyat meskipun hanya mentadbir dalam tempoh tiga tahun.

Katanya, selepas prinsip CAT atau ‘Cekap, Akauntibilti & Telus’ dilaksanakan, 59 peratus kontrak kerajaan yang dibuat secara tender terbuka, dimenangi kontraktor bumiputera.
“Siapa kata peniaga bumiputera tak pandai berniaga?,”
“Sebab itulah ada yang mengatakan bahawa Pulau Pinang antara sepuluh pulau di dunia yang wajib anda kunjungi sebelum anda mati,” katanya berseloroh sambil disambut tepukan hadirin.KeadilanDaily

PENGUMUMAN PENTING!!! Kepada Sesiapa Ingin Memberi Bantuan Ke Blogger GreenBoc Klik Sini Sekarang!!! GB Dalam Kesusahan Sekarang!!! 


 

Orang Berkuasa di Johor Warning!!! PKR


Ketua-Polis-Johor,-Datuk-Mohd-Mokhtar-Mohd-Shariff
JOHOR BAHRU – Polis tidak membatalkan permit ceramah yang dimohon PKR namun menegaskan ia belum diputuskan.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, polis menolak permohonan PKR untuk mengadakan ceramah di beberapa daerah di negeri ini selepas mengambil kira keselamatan rakyat dan untuk mengekalkan ketenteraman awam.

Katanya, polis menerima permohonan PKR kira-kira tiga hari lalu tetapi menolaknya kelmarin.

“Permit dipohon menerusi ketua polis daerah. Bagi sebarang kelulusan yang diberikan, perkara tersebut akan dikaji dengan menitik beratkan akan faktor keselamatan.

“Namun jika permohonan gagal, mereka boleh menghantar rayuan kepada saya (Ketua Polis Negeri) bagi mengkaji semula permohonan mereka untuk mengadakan ceramah di sini dan saya telah diberitahu mereka akan hantar hari ini (semalam),” katanya dalam pada sidang media, di sini, semalam.

PKR menerusi Timbalan Presidennya, Mohd Azmin Ali yang menghadiri majlis perasmian Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) di sini, semalam mendakwa polis membatalkan semua permit ceramah yang dikeluarkan untuk beberapa kawasan pada saat akhir.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Mohd Mokhtar berkata, tidak timbul isu permit dibatalkan kerana polis tidak pernah meluluskan permohonan untuk mengadakan ceramah yang dibuat PKR tiga hari lepas.

Mohd Mokhtar turut mengingatkan PKR agar tidak meneruskan aktiviti ceramah selagi permit masih belum diluluskan.

“Jangan menguji kesabaran kita kerana ia adalah tugas polis dan tanggungjawab untuk mengekalkan keamanan dan kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan jika mereka mengadakan apa-apa ceramah di negeri ini tanpa sebarang permit daripada pihak polis,” katanya.SinarHarian

Sabtu, November 26, 2011

Undi Melayu Penting : PKR tumpu sokongan peneroka Felda

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, parti itu kini memfokuskan usaha untuk memecahkan kubu kuat Umno di Johor dengan menumpukan isu orang Melayu di kawasan Felda.

Katanya, PKR akan memfokuskan kepada isu orang Melayu yang dianiaya Umno dalam mendapatkan sokongan golongan masyarakat berkenaan.

"Selama 40 tahun warga Felda telah menyumbang kepada ekonomi tetapi diketepikan. Inilah fokus PKR untuk dua tiga bulan akan datang," katanya dalam satu sidang media bersama kira-kira 50 orang golongan peneroka berkenaan hari ini.

Tawaran utama PKR untuk memenangi hati warga Felda ini dikenali Janji Palong – manifesto khas enam perkara untuk "mengangkat martabat dan maruah warga Felda di seluruh negara."

Manifesto yang dilancarkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di gugusan Felda Palong, Negeri Sembilan itu antara lainnya menawarkan janji untuk memansuhkan Felda Plantations dan membuka 830,000 ekar tanah kepada peneroka.

Manifesto berkenaan, dilancarkan Isnin lalu, turut menawarkan untuk membuka tanah rancangan baru dengan melaksana skim baru untuk kepentingan generasi kedua dan ketiga Felda.

Selain itu, Janji Palong turut menawarkan janji untuk menghapuskan beban hutang yang ditanggung peneroka dengan mengemukakan kos penyata pendapatan sebenar yang patut diterima golongan tersebut.

Melalui Janji Palong, PKR juga berjanji untuk menyediakan perumahan yang selesa kepada warga peneroka, dengan tumpuan kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

Satu lagi janji utama PKR adalah untuk memberikan hasil sawit peneroka kepada 28 peratus, seperti yang diperolehi sekumpulan peneroka di Felda Kemahang 3 selepas kes berkenaan dibawa ke mahkamah.

Turut ditawarkan ialah agihan bantuan dan insentif yang adil kepada warga Felda, dianggarkan melibatkan 112,000 keluarga, melalui galakan untuk mengusahakan tanaman sendiri.MalaysiaKini

  "Kaedah GANJIL menjana pendapatan..!!! Rahsia Webinar kini terbongkar"

Pakatan Rakyat Alternatif Rakyat Membuat Perubahan - Azmin Ali

JOHOR BAHRU, 25 Nov: Malaysia kini menuju ke arah pembentukan sistem dua parti yang mana melalui sistem itu rakyat akan mengalami anjakan paradigma dalam membuat penilaian politik dengan lebih rasional dan berasaskan maklumat.
Justeru itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, sebarang usaha dari parti serpihan termasuk yang ditaja Umno untuk menggugat demokrasi pastinya akan tersungkur dan ditolak oleh rakyat.
“Rakyat mesti menolak mereka kerana mereka bersekongkol dengan musuh demokrasi. Mereka ini tidak lebih dari kembiri politik,” tegasnya ketika merasmikan Kongres Tahunan AMK dan Wanita PKR di Pulai, pagi tadi.

Tambahnya, tsunami politik yang berlaku mencerminkan keazaman dan iltizam politik rakyat melakukan perubahan.
Menurutnya, rakyat yang idealis daripada pelbagai kaum dan susun lapis hidup telah bangkit menolak diktator, perasuah dan penyalahgunaan kuasa yang telah bermaharajalela lebih 50 tahun.
Katanya lagi, kebobrokan politik Umno sudah tidak dapat dibendung lagi, kerakusan mereka mengagihkan kekayaan rakyat kepada keluarga dan kroni memperlihatkan sikap zalim, tamak haloba, angkuh dan tidak bertanggungjawab mereka kepada rakyat yang dipimpin.

“Sekali lagi kita bersyukur kerana muafakat politik yang dibentuk melalui Pakatan Rakyat telah menjadi alternatif kepada pilihan rakyat untuk melaksanakan perubahan,” ujarnya yang juga ahli Parlimen Gombak.
Tegasnya, kepercayaan bahawa hanya Umno yang boleh membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat sebenarnya telah dimitoskan lebih daripada separuh abad.HarakahDaily

  Memo Untuk Rakyat Malaysia!!

Jumaat, November 25, 2011

Anwar akan jadi PM ketujuh - Azmin Ali

PKR ikrar Anwar akan jadi PM ketujuh
 
Timbalan presiden PKR, Azmin Ali menyatakan ikrar untuk terus mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berdepan dengan hukuman penjara berhubung tuduhan liwat yang dihadapi ketua umum parti itu.

Azmin juga memberi peringatan keras kepada Umno bahawa PKR akan terus mara walau apa pun konspirasi dijalankan untuk memenjarakan Anwar.

NONE"Kami anak muda dan wanita berikrar akan bangkit meruntuhkan tembok kezaliman penjara untuk membebaskan Anwar Ibrahim.

"Pakatan Rakyat telah sepakat bahawa Anwar Ibrahim adalah perdana menteri Malaysia yang ketujuh," katanya disambut tepukan kira-kira 1,500 orang perwakilan ketika menyampaikan dalam ucapan dasarnya di kongres PKR kelapan di Johor Bahru hari ini.

Membuka tirai kongres yang kali pertama diadakan di kubu kuat Umno itu, Azmin turut menyerang Umno sebagai parti yang "anti-Melayu" dan hanya berjuang untuk "membela tembolok kerabat dan bukannya rakyat."

"Layakkah perjuangan Umno yang sehingga kini tidak dapat menjelaskan ke mana lesapnya saham milik Melayu-bumiputera bernilai RM52 bilion dijulang sebagai perjuangan mempertahan ketuanan Melayu?

"Lihat sahaja dalam isu National Feedlot Corporation. RM250 juta yang diperuntukkan untuk mengurangkan kebergantungan import bahan makanan telah disalahguna untuk membeli kondominium mewah.

"Sehingga hari ini menteri yang berkenaan masih lagi berkuasa, malah mendapat kekebalan dari timbalan presiden Umno.

"Di mana 'ketuanan Melayu' yang dilaungkan jika hak rakyat dirampas dan diagihkan kepada menteri untuk keluarga dan kerabat?" soalnya lagi.

Tatakelola tidak disiplin
Azmin turut menyentuh mengenai "tatakelola yang tidak disiplin dan amanah" pentadbiran BN yang menurutnya telah menyebabkan rakyat berdepan dengan hutang negara melebihi RM1 trilion, termasuk hutang isi rumah.

"Jumlah ini mewakili 53 peratus daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar). Inilah hasil daripada pengurusan ekonomi Umno yang cuai, tidak cekap serta ketirisan," tambahnya.

NONEPKR dan Pakatan pula sebaliknya telah bersedia untuk menggantikan Umno dan BN dengan tawaran dalam manifesto Buku Jingga dan juga belanjawan alternatifnya, kata Azmin yang turut menyebut mengenai pencapaian pentadbiran di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.

PKR juga bersedia untuk menerajui gerakan rakyat untuk memecahkan mitos bahawa hanya Umno yang boleh membawa kesejahteraan kepada rakyat.

"Hari ini, PKR sudah bersedia untuk menerajui gerakan rakyat untuk memecahkan mitos ini. PKR akan menerajui Malaysia tanpa Umno," katanya.

Namun, agenda reformasi yang dibawa PKR masih terhalang dengan "politik perkauman sempit" yang dibawa Umno, kata Azmin lagi.

"Rakyat disogok dengan pelbagai propaganda jahat untuk mencetuskan rasa takut dan curiga dalam masyarakat majmuk sehingga mereka takut untuk berubah.

"Meskipun rakyat Malaysia mahukan perubahan, namun mereka tetap terpasung dalam ketakutan dan kebimbangan bahawa kaum mereka tidak lagi akan mendapat keistimewaan," katanya.MalaysiaKini

UmnoBN Johor Semakin Goyang!!! (video)

Cubaan Gagalkan Ceramah PKR Di Johor Tanda BN Johor Semakin Goyang.mpg


Khamis, November 24, 2011

NGO Kecam!!!!! Penipuan licik Najib

SHAH ALAM 23 NOV: Badan Bukan Kerajaan (NGO), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius pembentangan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman bagi menjamin kebebasan berhimpun yang dianggap sebagai penipuan licik kerajaan BN untuk menafikan hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan.


Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata Rang Undang-undang tersebut merupakan 'tranformasi Politik' negetif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai suatu perangkap yang menjelaskan lagi sikap kerajaan yang begitu takut melihat kebangkitan rakyat.

"Sebelum ini rakyat seolah-olah dijanjikan sebuah sinar harapan apabila beberapa langkah Kerajaan Malaysia termasuklah pemansuhkan akta keselamatan dalam negeri (ISA), namun akhirnya rakyat sekali lagi ditipu atas nama transformasi Barisan Nasional apabila akta tersebut masih lagi digunakan di Sabah dengan penahanan 13 aktivis PAS." jelas beliau yang juga dikenali sebagai Chegu Bad.

Beliau yang juga Ketua Cabang Rembau berkata dengan rang Undang-Undang tersebut bukan sahaja menyebabkan perhimpunan aman tidak dapat dijalankan malah tiada lagi ceramah umum akan dibenarkan.
"Kita sebenarnya menuju ke pemerintahan kuku besi dalam bahasa lunak yang dicanang kerajaan pemerintah." jelas beliau dalam satu kenyataan media.
Semalam, ketika pembentangan rang undang-undang itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata antara kandungan penting undang-undang yang dicadangkan itu, termasuk:

*Notis awal 30 hari untuk berhimpun, kecuali mereka yang berada di kawasan yang dtetapkan oleh menteri dalam negeri.
negeri.

*Selepas memaklumkan, perhimpunan boleh diteruskan, kecuali terdapat bantahan daripada polis.

*Tiada protes jalanan dibenarkan.

*Tiada protes dalam 50 meter daripada kawasan yang dilarang, termasuk hospital, sekolah dan rumah ibadat, Empangan, takungan dan kawasan tadahan air,Loji rawatan air, Stesen penjana elektrik, Stesen minyak,Balai bomba, Lapangan terbang, Landasan keretapi, Terminal pengangkutan awam darat, Pelabuhan, terusan, limbungan, dermaga, jeti, jambatan dan marina.

Menurut Ghegu Bad, Rang Undang-Undang tersebut sengaja digubal disaat Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir bagi menghalang kebangkitan Pakatan Rakyat.
Dalam masa yang sama rang tersebut juga sebagai usaha menghalang kebangkitan rakyat mengadakan protes berhubung kelemahan dan penyelewengan yang sedang berlaku secara berleluasa dalam kerajaan pimpinan Najib.
Katanya berdasarkan lokasi-lokasi larangan yang telah ditetapkan tersebut menunjukkan tidak ada tempat lagi yang dibolehkan untuk diadakan perhimpunan.TVSNEWS

 "Kaedah GANJIL menjana pendapatan..!!! Rahsia Webinar kini terbongkar"

Rakyat tolak ‘khurafat’ dipertahankan Umno

TUMPAT, 24 Nov: Unsur ‘khurafat’ kononnya hanya Umno  mampu mentadbir negara yang dipertahankan pemimpin parti itu sejak 54 tahun lalu, kini semakin hilang.
Ini dibuktikan di Kelantan sejak 21 tahun lalu rakyat memilih ketuanan Islam yang ternyata mampu melahirkan kesejahteraan kehidupan rakyat.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, ‘khurafat’ yang bermati-matian dipertahankan pemimpin Umno sebelum ini sudah tidak lagi diendahkan rakyat.
“Umno dok jaja hanya merekalah yang mampu mentadbir negara buat selama-lamanya, kononnya parti lain tidak ada kemampuan.
“Sebaliknya rakyat Kelantan membuktikan mereka sudah lama menolak ‘khurafat’ peninggalan Umno sejak pilihan raya 1990 sehingga sekarang,” katanya pada ceramah isu semasa di Dataran Pasir Pekan malam semalam.

Hadir sama Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar, aggota Exco, Che Abdullah Mat Nawi dan Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim.
Orang ramai tetap memenuhi ruang tempat ceramah biar pun hujan lebat sepanjang hari.
Mohamad berkata, pemimpin Umno sejak merdeka lagi melaungkan dogma tanpa Umno rakyat negara ini tidak akan menikmati pembangunan.
Bagaimanapun katanya, Kelantan yang bukan ditadbir Umno sejak lebih 21 tahun lalu juga membangun pesat seperti negeri-negeri lain.

“Umno mendabik dada sebenarnya kerana sejak dahulu sehingga sekarang mereka bergantung kepada undi pos, pengundi di Felda, Felcra dan sokongan rakyat Sabah serta Sarawak,” ujarnya.
Kamaruddin pula berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelihatan begitu rimas sekarang sehingga teragak-agak mahu menentukan tarikh pilihan raya umum ke-13.
Katanya, kalau sebelum ini geger diperkatakan Perdana Menteri gemarkan tarikh 11.11.2011 untuk membubarkan parlimen, namun tidak pula menjadi kenyataan.
”Presiden Umno dilihat seperti takut sekarang, lagi lama menduduki kerusi Perdana Menteri musuhnya bertambah ramai.
”Musuh bukan sahaja berada di luar, sebaliknya berada dalam Umno sendiri. Malah, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyebut Umno busuk sehingga ke usus,” katanya.HarakahDaily

 Memo Untuk Rakyat Malaysia!!

Mahkamah putus Nalla beri butir-butir kepada Anwar Ibrahim

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan bahawa Senator Datuk S Nallakarupan hendaklah memberikan butir-butir kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan dakwaan ketua pembangkang itu menerima RM60 juta daripada beliau dan sebuah syarikat perjudian.
  
Panel tiga anggota terdiri daripada Hakim Datuk K.N.Segara, Datuk Abdul Wahab Patail dan Datuk Clement Allan Skinner sebulat suara menolak rayuan Nallakarupan terhadap perintah penolong pendaftar kanan Mahkamah Tinggi (SAR) bahawa beliau memberikan butir-butir yang diminta Anwar yang menyamannya(Nallakarupan) RM50 juta kerana memfitnah.
  
nallakarupan interview 220307 thoughtsHakim Segara juga memerintahkan Nallakarupan (kanan) membayar kepada Anwar RM15,000 untuk kos perundangan.
  
Nallakarupan hendaklah menyediakan butir-butir dalam masa 14 hari dari hari ini.
  
Pada 28 Ogos 2009, SAR itu memerintahkan Nallakarupan memberikan butir-butir seperti yang diminta, iaitu siapa yang beri wang, bila dan di mana mereka diberikan.
  
Nallakarupan memfailkan rayuan kepada mahkamah rayuan selepas rayuan beliau ditolak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di mana pada 16 November 2009, mengekalkan perintah SAR.  
  
Beliau disaman oleh ketua umum PKR itu mengenai satu artikel bertajuk "Anwar terima RM60 juta" yang disiarkan dalam Mingguan Malaysia dan akhbar harian bahasa Malaysia Sinar Harian pada Ogos 2008.
   
NONEAnwar mendakwa bahawa Nallakarupan telah membuat dakwaan palsu dan memfitnah mengenai beliau ketika kempen pilihan raya negeri Permatang Pauh pada 23 Ogos 2008.
  
Bagaimanapun, dalam pembelaannya, Nallakarupan mendakwa bahawa asal dan biasa bermakna perkataaan yang diperkatakan oleh beliau ialah Anwar (kiri) menerima wang itu menerusi orang tengah.
  
Nallakarupan diwakili peguam S.Sivanesan sementara Anwar oleh R.Sivarasa.

- Bernama


 

Selasa, November 22, 2011

Ceramah Terbaru!!! DSAI Di Subang (video)

Anwar Ibrahim: Saya Gaduh Dengan Pemimpin Yang Ambil Harta Rakyat








Memo Untuk Rakyat Malaysia!!

Mais beri zakat kepada Negeri Perlis?

Oleh : MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN
Tarikh : November 21, 2011
Abdul Rani Osman
SHAH ALAM - Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman meminta Lembaga Zakat Selangor (LZS) memberikan penjelasan berhubung dakwaan agensi berkenaan memberi wang zakat dikutip di Selangor kepada Majlis Agama Islam Negeri Perlis.

Menurutnya, jumlah agi-h­an difahamkan mencecah RM10 juta.

“Kenapa kutipan zakat di Selangor diserahkan kepada Perlis? Kami mahu penjelasan.

“Jika ini keperluan, kita tidak kisah, tetapi adakah negeri lain juga mendapat peruntu-kan sama seperti Perlis?” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Tahun lalu, LZS mengutip RM336.7 juta daripada 167,990 pembayar zakat dan RM330.4 juta diagihkan kepada 287,101 penerima di Selangor.

Pengagihan zakat di Selangor dilakukan Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

“Kita tidak khuatir jika ia di­be­narkan oleh lembaga pengarah (LZS), tetapi kita risau jika ia tidak begitu.

“Jika benar wang zakat diberikan kepada negri lain, mereka perlu menghebahkan berapa jumlah wang agihan kepada negeri lain,” katanya.

Beliau berkata, adakah Mais telah sempurnakan agi-han terhadap asnaf di Selangor sehingga memberikan wang zakat kepada negeri lain.

“Kita risau apabila orang Islam meminta bantuan kepada penganut agama lain, kerana kita mengabaikan mereka,” katanya.SinarHarian

Isnin, November 21, 2011

Blog Anwar Lebih Power!!!! Dari Blog Najib!! (video)

Blog Anwar & TukarTiub Mendahului Laman Web Najib


Tiada lagi UMNO/BN Selepas PRU-13 nanti.


Apa pulak salahnya Guru Besar tuh potong duit seratus tuh untuk jelaskan hutang pelajar berkenaan...? Namanya pun bantuan pelajaran. Kalau tak boleh guna ertinya seratus tuh 'duit rasuah' pilihanraya lah maknanye.

Kalau tak potong pun murid tuh tetap berhutang. Hutang wajib bayar. Ibu bapak pula janganlah bangang dan bengong. Duit seratus untuk ana-anak kamu tuh takkan nak beli ikan dan sayur.

Dengan adanya duit seratus tuh kan dah boleh setelkan hutang sekolah budak tuh. Jadi yang ibu bapak marah tuh apa pasal. Nampak sangat kebulur akan duit rakyat tu sama macam gelojohnya pemimpin yang menghamburkan duit rakyat itu ikut kepentingan pemerintah nak pancing undi.

Jika ikhlas beri duit tu ikut keperluan sebenar dan diberi setiap tahun.Bukan sempena nak pilihanraya. Daripada peminpin, pihak sekolah dan penjaga juga ikut terbangang sama.

Penguasa songlap juta-juta. Rakyat disogok seratus dua supaya kelabu mata dan tak banyak cakap. Proses pembodohan minda dan mentaliti rakyat terutama orang melayu.

Lebih lima dekat minda orang melayu dikerangkakan oleh UMNO supaya bangang dan tak pandai hidup supaya sentiasa mengaga mintak makan kepada kerajaan.

Bangsa lain bebas menentukan hala tuju masing-masing kerana dah berjaya keluar daripada 'perangkap' kebegantungan kepada sumber pemerintah. Hanya MELAYU yang masih terperangkap di bawah tempurung UMNO.

Sebab itu kaum lain boleh bebas memilih siapa yang layak dan tak layak memimpin negara.

Komen Seorang Hamba Allah Sumber : SINI 

Pil Untuk Lelaki Yang Lemah Tenaga Batin..Power!!!!!

Ahad, November 20, 2011

Sebahagian Besar Guru Adalah Lembu - lembu Umno/BN

Ampun maaf....

Sekrang musim LEMBU jadi popular. UMNO/BN dah macam lembu tua. Mereka memang pernah ada jasa. Tapi dah berlalu. Tak ade apa nak diharap dan manfaat lagi memelihara lembu-lembu tua.

Perihal guru...
Aku tetap yakin bahawa kaum guru sebahagian besar macam lembu dicucuk hidung. UMNO/BN 'bantai dan balun' mereka samapai tak cukup masa rehat dan tido pun merek tetap melihat umno/bn satu-satunya pihak yang mampu tadbir negara.

UMNO/BN umpama buat rumah lepas tu bongkar sebab salah. Lepas tuh bina yang lain, bongkar lagi sebab orang tak suka tengok. Lepas tu bina dan bongkar lagi. Guru tetap kata idea dan arkitektur UBN tetap terbaik.

Aku heran jugak kepada golongan guru. BANGANG mereka sukar diubat. Fikiran mereka tertutup terkurung dibawah bangunan sekolah. Sama juga macam lembu. Dibalun oleh tuan dia lmbu tu tetap balik KANDANG tuan dia jugak, hanya kerana sebuntil dua rumput segar yang menunggu dalam kandang. Cukup masa tuan dia juallah lembu tuh atau disembelih untuk korban atau kenduri-kendara.

Minta maaf.
Belum ada bukti kukuh persepsi aku terhadap kaum guru akan berubah.. Murid makin lama makin jadi hampeh dalam masyarakat. Cerdik dalam akademik tapi hampeh dalam agama, akhlak dan hal-ehwal bernegara.

Cukup dengan sebiji dua gula-gula yang ditabur BN (sama macam beri haiwan peliharaan makan), maka guru akan diam dan enggeh. Bodoh macam murid jugak. Bila aku sekolah tinggi dan menelusuri hidup bermasyarakat baru aku sedar kebanyakan guru memang BANGANG.

Namun...
Aku tabik kepada guru yang berjuang menyedarkan murid serta masyarakat akan berbezaan kebenaran dengan kepalsuan. Yang hak dan yang batil tetap berbeza. Lalu mengajak melakukan tranformasi bersama-sama mengubah yang tak betul kepada yang sepatutnya. Guru jenis ini yang patut dihormati dan disanjung.

Apa pun ada guru yang pernah berjasa dalam hidup aku. Terima kasih cikgu.

Luahan Seorang Hamba Allah. SINI 

Memo Untuk Rakyat Malaysia!!

ISA: Nurul Izzah Anwar dakwa Najib bohong!!!!

KUALA LUMPUR, 20 Nov — Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah berbohong apabila menjanjikan pembaharuan politik sedangkan pada masa yang sama menahan 13 individu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
September lalu Najib berjanji akan memansuhkan ISA.

“Ia (apa yang diperkatakan) hanya kerja perhubungan awam di pihak perdana menteri. Anda telah berbohong kepada rakyat Malaysia,” kata beliau selepas melancarkan Program Sumbangan Yayasan Aman di pejabat Pusat Perkhidmatan Ahli Lembah Pantai di sini hari ini.
Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia pada 15 September lalu, Najib berkata akan memansuhkan ISA dan akan digantikan oleh dua akta baru.

“Jika ada bukti yang membuktikan mereka (13 tahanan) amat berbahaya kepada masyarakat, maka dakwa mereka di mahkamah terbuka,” kata Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kumpulan 13 individu yang ditahan pihak berkuasa di Tawau awal minggu lalu sebagai amat berbahaya kepada keselamatan negara dan serantau.

Menurut beliau, kumpulan 13 individu terbabit termasuk enam warga asing “tidak takut mati” dan “mahu mati jihad” amat berbahaya bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi seluruh rantau Asia Tenggara.
“Kumpulan ini tidak takut mati dan sememangnya mereka mahu mati dalam jihad,” katanya.
Menteri Dalam Negeri itu turut mendedahkan operasi yang dilaksanakan oleh 13 individu yang ditahan tersebut melibatkan tiga negara, tetapi beliau tidak mendedahkan ketiga-ketiga negara terbabit.TheMalaysiaInsider

 

Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim Di Negeri Sembilan Terkini!!!

21 November 2011 (Isnin)
Program 1)
7.00 – 11..00 malam – Jamuan Rakyat
Lokasi – Pekan Seri Menanti, Kuala Pilah
Penceramah:
YB  Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YB Saifuddin Nasution
YBhg Nordin Ismail
 

Program 2)
8.45 – 12.00 malam – Himpunan Warga Felda  Negeri Sembilan
Lokasi – Palong 6, Jempol
Penceramah:
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YBhg  Shamsul Iskandar Mohd Akin
YBhg Suhaimi Said
YBhg T. Kumar


Wahai Rakyat Negeri Sembilan Ayoh!!! Ramai- Ramai Beri Sokongan Kepada DSAI...!!!!!!!!!!

Sabtu, November 19, 2011

Kongres KEADILAN : Satu Penghormatan Buat Rakyat Johor – Jui Meng

Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng menyifatkan pemilihan Johor sebagai tuan rumah sebagai penghormatan buat anak Johor.
“Ini satu penghormatan kepada Johor dan jentera KEADILAN Johor sudah membuat persediaan untuk kongres ini,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.

Kata Jui Meng, segala usaha dipertingkat bagi memastikan segalanya berjalan lancar sepanjang kongres itu berlangsung.
“Ini petanda bagus bagi Johor untuk menerima KEADILAN,” katanya.

Logo Kongres KEADILAN Nasional yang ke-8
Bekas Menteri Kesihatan itu yakin penganjuran kongres berkenaan dapat membantu Pakatan Rakyat mendapatkan lebih kerusi melalui jentera mantap pada PRU akan datang.

“Kongres ini akan meningkatkan imej KEADILAN di Johor sekaligus bakal menyumbang kemenangan di Johor dan kita akan pecahkan pendapat yang mengatakan Johor kubu kuat Umno.
“Dengan gabungan jentera DAP dan PAS, semestinya jentera kita akan lebih kuat dalam usaha untuk menawan Johor.KeadilanDaily

Pil Untuk Lelaki Yang Lemah Tenaga Batin..Power!!!!!

Fitnah2 : AMK Sokong Ahli Parlimen Jerman

KUALA LUMPUR, 19 Nov: "Kita mengalu-alukan kenyataan yang dikeluarkan oleh sekumpulan ahli parlimen Jerman terhadap apa yang berlaku di negara ini terutamanya berhubung dengan perbicaraan kes fitnah 2 Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin.

Beliau berkata, kenyataan tersebut jelas menunjukkan bahawa seluruh negara di dunia ini memerhati setiap tindak tanduk yang dimainkan oleh pemerintah negara kita terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dilihat mempunyai perancangan teratur setiap kes yang dihadapi oleh Anwar.
"Kita mengetahui dari awal lagi segala apa yang berlaku semuanya sudah diatur dan sekarang negara-negara Eropah juga turut sama meneliti setiap apa yang berlaku. Barisan Nasional di bawah Najib akan cuba sedaya upaya mematikan perjuangan politik yang dibawa oleh Anwar.

"Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen tersebut menunjukkan negara kita ini perlu berubah dan keluar dari lingkungan menghalang proses demokrasi negara yang mana kita lihat Malaysia tidak ubah seperti di negara-negara tengah seperti Mesir mahupun Tunisia yang bertindak menghalang pergerakan Parti Pembangkang jika mereka ingin bersuara," sambungnya lagi.

Shamsul juga berharap jika kerajaan ingin mengembalikan kembali imej negara ini, Najib perlu memastikan segala tuduhan yang dilemparkan kepada Ketua Pembangkang itu digugurkan malah setiap aktiviti Pakatan Rakyat perlu mendapat tempat yang seadilnya seperti mana yang diterima oleh Barisan Nasional.
"Imej negara di mata dunia semakin tercemar sehinggakan negara-negara Eropah yang berpengaruhi berani untuk mempertikaikan sistem demokrasi negara ini.

"Bagi saya kenyataan yang dikeluarkan itu memberi gambaran dan semangat baru kepada setiap perjuang reformasi serta perjuangan Pakatan Rakyat dalam mengembalikan sistem doemokrasi yang adil di negara ini," sambungnya lagi ketika dihubungi Harakahdaily.
Sebelum itu, sekumpulan Ahli Parlimen Jerman menyifatkan perbicaraan Fitnah II yang sedang berlangsung sebagai satu cubaan BN untuk menyingkirkan Anwar.

Ia juga menyifatkannya sebagai “proses menyingkirkan seteru politik”, kumpulan itu yang datang daripada Asean Parliamentary Group untuk Parlimen Jerman berkata perbicaraan Fitnah II bertujuan merencatkan momentum reformasi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum.
Kumpulan ahli parlimen itu juga memberitahu perbicaraan Anwar akan selesai dalam bulan Disember.
Ketua Asean Parliamentary Group, Dr thomas Gambke juga memberitahu melalui kenyataannya sewaktu lawatannya ke Malaysia pada awal 2011, keraguan mereka telah terbukti bahawa perbicaraan itu merupakan proses menyingkir seteru politik.

Justeru, mereka menuntut Najib dan pentadbirannya berlaku adil kepada Anwar di samping tidak memanipulasi proses pilihan raya untuk terus berpaut pada tampuk kuasa.
“Kami merayu kepada kerajaan Malaysia untuk menghormati matlamat reformasi demokratik sistem pilihan raya, yang diketuai Anwar Ibrahim.
“Langkah untuk mencegah penipuan pilihan raya perlu diperkenalkan bersama akses lebih meluas untuk media buat parti pembangkang yang kini mentadbir lima negeri di Malaysia.
“Perbicaraan bersifat politik terhadap Anwar akan hanya merosakkan imej antarabangsa Malaysia,” kata mereka dalam kenyataan media.HarakahDaily

Memo Untuk Rakyat Malaysia!!

16 Sept Adalah Benar.!!! - Dr Syed Husin Ali

Projek 16 Sept: 30 MP BN sedia bersama PR

KUALA LUMPUR, 18 Nov: Mantan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Syed Husin Ali berkata, menjelang beberapa hari sebelum 16 September 2008, sekurang-kurangnya 30 anggota parlimen BN sudah bersedia untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Melalui buku tulisannya 'Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali', beliau menceritakan anggota parlimen itu ada dari Semenanjung dan juga Sabah Sarawak dan majoritinya adalah bukan Melayu atau Bumiputera bukan Islam.

"Kami (Majlis Pimpinan Pakatan) bersetuju bahawa seandainya kerajaan baru hendak ditubuhkan, maka majoriti anggotanya hendaklah terdiri daripada orang Melayu atau Muslim.

"DAP pun setuju dengan pandangan ini," ceritanya dalam Bab 7: Keadilan menghadapi cabaran dibawah tajuk 'Peristiwa 16 September'.

Menurutnya, tugas menarik lebih ramai ahli Umno untuk berpindah itu diberikan kepada Azmin Ali dan Saifuddin Nasution.

"Khabarnya salah seorang dari Terengganu ialah Timbalan Menteri Pelajaran, yang kebetulan meninggal selepas itu," tulis beliau lagi.

Menurut beliau lagi, beliau juga mendapat maklumat veteran Umno Tengku Razaleigh juga akan menyertai Pakatan bersama empat pengikutnya.

"Tetapi beliau mengenakan syarat agar dicalonkan sebagai Perdana Menteri," katanya.

Beberapa pemimpin Pakatan secara tak rasmi dalam perbualan mereka katanya, menyatakan boleh menerima syarat tersebut jika Tengku boleh membawa 15 hingga 20 orang ahli parlimen BN lain bersamanya.

Tambahnya, pucuk pimpinan Umno menyedari hal-hal yang berlaku ini, oleh sebab itulah beberapa hari sebelum 16 September mereka telah mengangkut sebilangan besar Ahli Parlimen Umno-BN ke Taiwan dengan alasan kononnya hendak meninjau perkembangan pertanian  di sana.

Dr Syed Husin juga menulis ada juga sesetangahnya di terbangkan ke Macau dan New York.

Dalam pada itu pemimpin Pakatan Rakyat sependapat bahawa proses menjatuhkan kerajaan Umno-BN hendaklah dilakukan mengikut Perlembagaan melalui undi tidak percaya dalam Parlimen dan dalam pada itu beberapa kali Anwar selaku Ketua Pembangkang cuba mengemukakan isu untuk usul undi tidak percaya,secara langsung atau tidak langsung akan tetapi Perdana Menteri melalui Speaker tidak membenarkannya.

Walaupun surat telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong memohon agar Sidang Khas Parlimen diadakan tetapi tiada jawapan diterima dari Yang di-Pertuan Agong.

Melalui perbincangan yang dilakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat serta mengambil kira nasihat daripada kalangan yang rapat dengan Istana maka keputusan diambil seperti berikut:

Pertama, tiada jaminan bahawa Yang di-Pertuan Agong akan bertindak melantik Perdana Menteri baru berdasarkan majoriti yang diperolehi melalui bukti surat bersumpah.

Kedua, pemimpin Pakatan Rakyat tetap berpegang kepada prinsip bahawa perubahan kuasa hendaklah dilakukan melalui proses undi tidak percaya, sebagaimana yang biasa diamalkan dalam sistem demokrasi berparlimen.

Dalam suasana tanpa keputusan ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengambil beberapa tindakan antaranya beliau memastikan pihak polis sentiasa mengintip gerak geri orang diketahui mungkin akan berpindah, malah sesetengahnya telah diugut dengan tindakan oleh pihak polis dan juga pegawai anti rasuah.

Ketiga, Najib telah mengumumkan peruntukan sebanyak kira-kira RM3 bilion untuk projek-projek pembangunan Sabah-Sarawak.

Keempat, Najib telah melantik beberapa ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak terutama yang diketahui memainkan peranan utama untuk berpindah menyokong Pakatan Rakyat ke jawatan-jawatan politik tertentu.

Segala tindakan ini meredakan sedikit keadaan, akan tetapi Najib dan kerajaan yang dipimpinnya masih merasa tercabar oleh kekuatan Pakatan Rakyat.
Dr Syed Husin juga mendedahkan Najib menjalankan strategi serampang empat untuk melemahkan bahkan memupuskan pengaruh Pakatan Rakyat.

Strategi tersebut dengan cara memfitnah Anwar, mencemarkan nama baik PKR, memecahbelahkan Pakatan dan memburukkan kerajaan yang dikuasai Pakatan Rakyat terutamanya Selangor.HarakahDaily

Petanda Umno terdesak ..!!!!!!!!!!!!

PETALING JAYA: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin mendedahkan sekumpulan murid dari kawasan Parlimen Ampang dipaksa ke pejabat Umno untuk menerima bantuan persekolahan RM100
“Saya dapat panggilan dari guru besar dan ibu bapa yang memberitahu murid-murid terpaksa dibawa ke bangunan Umno Ampang untuk menerima wang itu,” katanya.

Kejadian itu adalah yang pertama kali berlaku walaupun KeadilanDaily sebelum ini mendedahkan surat pekeliling Kementerian Pendidikan mensyaratkan pentadbir sekolah menjemput pemimpin BN setempat untuk penyampaian bantuan RM100 itu.

Zuraida berkata,  sumbangan itu sepatutnya disalur terus kepada sekolah, sebaliknya ia disampaikan Ketua Bahagian Umno Ampang, Ismail Kijo di bangunan Umno Ampang, Jalan Bukit Belacan.
Menyifatkan perbuatan sebagai petanda Umno terdesak untuk menipu rakyat bagi mendapatkan undi, beliau mendapat maklumat murid-murid itu dari Sekolah Rendah Kebangsaan Ampang.
“Umno terdesak dan hilang punca. Mereka cuba untuk tunjuk baik tetapi nampaknya strategi itu memakan diri,” katanya.KeadilanDaily

Jumaat, November 18, 2011

Ucapan Anwar Ibrahim: MEMOIR Perjuangan Politik Syed Husin Ali (video)





Pil Untuk Lelaki Yang Lemah Tenaga Batin..Power!!!!!

Fitnah Liwat II Najib Mahu Singkirkan Anwar..!!

'Liwat II cubaan Najib singkirkan lawan politik'

Ketika pemimpin utama negara-negara Asean membincangkan isu serantau di Bali, sekumpulan ahli parlimen Jerman cuba mendapatkan perhatian dunia berhubung perbicaraan liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sambil menyifatkan perbicaraan itu sebagai usaha terdesak BN untuk “menyingkirkan seteru politik”, kumpulan yang terdiri daripada Asean Parliamentary Group untuk parlimen Jerman itu berkata perbicaraan juga cubaan merencatkan momentum reformasi Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum.

NONE“Kami memerhati dengan teliti perbicaraan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang akan selesai dalam bulan Disember.

“Sewaktu lawatan kami ke Malaysia pada awal 2011, keraguan kami terbukti benar yang perbicaraan itu mungkin merupakan proses menyingkirkan seteru politik,” kata Dr Thomas Gambke, ketua Asean Parliamnetary Group itu dalam kenyataannya.

Justeru, mereka menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pentadbirannya berlaku adil kepada Anwar di samping tidak memanipulasi proses pilihan raya untuk terus berpaut pada tampuk kuasa.

“Kami merayu kepada kerajaan Malaysia untuk menghormati matlamat reformasi demokratik sistem pilihan raya, yang diketuai Anwar Ibrahim.

“Langkah untuk mencegah penipuan pilihan raya perlu diperkenalkan bersama akses lebih meluas untuk media buat parti pembangkang yang kini mentadbir lima negeri di Malaysia.

“Perbicaraan bersifat politik terhadap Anwar akan hanya merosakkan imej antarabangsa Malaysia,” kata mereka lagi.

Asean Parliamentary Group (Brunei, Indonesia, Cambodia, Laos, Malaysia, Myanmar, Philippines, Singapore, Thailand, Vietnam) itu diketuai Dr Thomas Gambke (Alliance 90/The Greens), dan Timbalan Pengerusinya adalah Dr Michael Fuchs (CDU / CSU), Holger Ortel (SPD), Dr. hc Jürgen Koppelin (FDP) dan Caren Lay (the Left.)MalaysiaKini

 Ruang Iklan Bijak Anda..!!!!

Khamis, November 17, 2011

Pidato Hebat Anwar Terkini!!! Di Batu Pahat (video)

Anwar Ibrahim: No One Has The Right To Steal Our Money, Our Property






Polis!!!! Kuda, Anjing, Babi Umno..!!!

Anwar: Siasatan video seks untuk aibkan saya

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pasukan polis yang diperkudakan oleh pemimpin-pemimpin politik mereka sekali lagi cuba "mengaibkan" dirinya.

NONEBercakap kepada wartawan selepas memberi kenyataan di balai polis Kepong petang semalam, Anwar berkata siasatan itu berikutan laporan polis yang dibuatnya 22 Mac lalu terhadap trio 'Datuk T' yang telah menayangkan sebuah pita lucah yang didakwa membabitkan seorang lelaki yang miripnya.

"Saya telah buat laporan polis berhubung ugutan yang berkata 'jika Anwar dan (presiden PKR Dr) Wan Azizah Wan Ismail tidak meletakkan jawatan, mereka (Datuk T) akan mendedahkan segala-galanya'.

"Tetapi (di sebalik menyiasat ugutan itu, pihak polis menjalankan) siasatan ini, kononnya mahu untuk mengenal pasti siapa dalam video itu yang bertujuan untuk memalukan saya lagi.

“Jadi polis ini kerja dia dah jadi perkakas politik orang atasan. Tugas saya ke Parlimen, tapi dihalang. Penjenayah, pencuri lembu dan ratusan juta  (wang rakyat) yang hilang tiada siasatan,” kata Anwar.
Beliau tiba di Balai Polis Kepong kira-kira 3.15 petang semalam  dengan ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebelum memberi keterangan kepada polis selama sejam.

datuk t charged in court frontMenurut Anwar lagi, beliau dipanggil memberi keterangan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.
“Ini cara kotor dan jahat Umno nak aibkan saya sekali lagi. Jenayah (rasuah) dan rompak ditutup. Jadi dimainkan kes seperti ini (untuk mengalih perhatian rakyat).
"Saya diminta hadir memberi keterangan kerana ada laporan oleh DSP Shanmugam (Moorthy) terhadap saya berhubung laporan (penafian terlibat dalam video seks) terdahulu. Oleh yang demikian, saya tampil untuk memberi keterangan," katanya.

Pada laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Mac lalu, Anwar juga menafikan bahawa beliau adalah lelaki dalam video tersebut.MalaysiaKini

Rabu, November 16, 2011

Ceramah Power!!!! Ketua AMK PKR (video)

Shamsul Iskandar: Kita Mesti Kempen Bertenaga & Kuat, Untuk Lumatkan UMNO...




Pil Untuk Lelaki Yang Lemah Tenaga Batin..Power!!!!!

Sidang Media Pakatan Rakyat!!!(video)

Dakwat kekal: Pakatan akan sokong pindaan perlembagaan

Kubur Kuat Umno Bakal Kena Serang!!!!!!

Kongres PKR bagi rempuh kubu Umno
 
 PKR berharap kongres kebangsaannya di Johor pada hujung minggu depan akan membantu parti itu dan Pakatan Rakyat menyebarkan pengaruh mereka ke negeri berkenaan yang telah sekian lama menjadi kubu kuat Umno.

NONESetiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata tujuh kongres sebelum ini di negeri-negeri lain telah menghasilan kesan itu dan berharap perkara yang sama akan berlaku di Johor.

"Jika dilihat sejarah parti, kita telah adakan kongres di lembah Klang, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kelantan di mana PKR dan Pakatan bertambah kukuh.

"Kita berharap kongres yang akan diadakan di Pulai Springs (di Kulai) bermula 25 November ini akan menyaksikan PKR dan Pakatan menembusi Johor yang dikenali sebagai kubu Umno,” katanya.

Saifuddin berkata keputusan mengadakan mesyuarat di Johor adalah berdasarkan sambutan orang ramai di negeri itu terhadap PKR dan Pakatan yang begitu menggalakkan.MalaysiaKini

Tayangan Ulangan.....Anwar dan Mahathir, Siapa Mulakan Dulu? (video)

Anwar on Mahathir


Wahai Rakyat.....!!!! GST tidak dilaksana tahun depan jika Pakatan menang PRU13

KUALA LUMPUR 15 Nov: Pakatan Rakyat memberi jaminan tidak akan melaksanakan Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada tahun depan jika gabungan itu menang Pilihan Raya Umum ke 13.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar berkata, dasar itu jelas tidak sesuai dilaksana dalam masa terdekat dan ketika keadaan pendapatan rakyat masih rendah.
“Sebab itu juga, dalam masa terdekat kita akan mempertingkat lagi kempen anti GST di seluruh negara,” katanya selepas sidang media Pakatan di pejabat Ketua Pembangkang di parlimen hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelaksanaan GST selepas PRU13 yang akan menyaksikan rakyat perlu membayar cukai sebanyak dua kali.
Bagaimanapun pada sidang parlimen awal bulan ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Awang Husin  berdolak dalik ketika diajukan samada kerajaan berhasrat melaksanakan GST jika BN memenangi pilihan raya.

Sebelum ini, Biro Politik KEADILAN memutuskan untuk bersama Pakatan Rakyat membawa isu GST sebagai isu utama PRU 13, bagi memastikan rakyat memahami bahawa “undi kepada BN bermakna undi melaksanakan GST”.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli Oktober lalu berkata, Perdana Menteri berniat mengaburi mata rakyat dengan menawarkan gula-gula belanjawan bermula Januari 2012, tetapi akan dicukai kembali melalui GST selepas PRU.

GST ialah satu akta yang menyebabkan barangan dan perkhidmatan akan dinaikan sekaligus kos sara hidup rakyat melonjak dan pada masa sama pendapatan rakyat kekal rendah.
Pada masa sama pentadbiran Najib enggan menetapkan akta gaji minimum berbanding pakatan yang bersedia melaksana dasar itu sebanyak RM1500 di Selangor bermula Januari depan, melalui Belanjawan yang dibentangkan baru-baru ini.KeadilanDaily

"Kaedah GANJIL menjana pendapatan..!!! Rahsia Webinar kini terbongkar"

Selasa, November 15, 2011

Ekonomi: Selangor perlu dicontohi


Wan Azizah
SHAH ALAM – Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyarankan Kerajaan Pusat mencontohi pengurusan ekonomi negeri Selangor yang berjaya meningkatkan hasil negeri dan simpanan tunainya.
 
Menurutnya, pengurusan wang yang beramanah sebagaimana dilakukan Kerajaan Negeri Selangor adalah bukti komitmen Pakatan Rakyat (PR) terhadap pemerintahan yang tidak berbelah bahagi.
 
“Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya meningkatkan hasil cukai anggaran 8.23 peratus dan hasil bukan cukai iaitu 40.12 peratus untuk tahun 2012.
 
“Ini menampakkan pengurusan ekonomi negeri yang menjanakan pembangunan yang cukup pesat,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam bagi mengulas Belanjawan Selangor 2012.
 
Beliau berkata, selain itu, Simpanan tunai kerajaan Selangor kini telah mencecah RM 1.2 bilion di mana jumlah tertinggi sejak 28 tahun.
 
“Jumlah simpanan wang ini harus dibandingkan dengan hutang kerajaan persekutuan yang telah mencecah RM400 bilion.
 
“Jumlah hutang ini amat membimbangkan di mana tanpa reformasi yang mendalam, Malaysia mungkin akan menghadapi masalah yang sama dengan negara Eropah yang berdepan dengan krisis ekonomi yang cukup parah,” katanya.
 
Menurutnya, sebagai contoh, apabila PR mengambil alih pada Mac 2008, tiada sebarang rekod berkenaan hutang RM391 juta Syarikat Talam kepada kerajaan Selangor.
 
“Bagaimanapun, pimpinan baru kerajaan negeri yang meneliti setiap aspek pengurusan wang rakyat berjaya mengenalpasti serta mengutip balik wang yang dihutang oleh pihak swasta kepada rakyat.
 
“Hasil pembasmian ketirisan dan rasuah ini, ratusan juta ringgit telah berjaya dijimatkan dan dibelanjakan balik demi kebajikan rakyat,” katanya.
 
Katanya, bagi 2012, kerajaan Selangor akan menyambungkan segala inisiatif kebajikan di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor, serta menambah sebanyak RM300 juta lagi iaitu hampir 15 peratus belanjawan sepenuhnya di bawah Geran Selangorku untuk meningkatkan lagi dana dan meringankan beban ekonomi rakyat.
 
“Program kebajikan kerajaan Selangor bersifat menghakupayakan rakyat supaya mampu berdikari, bukannya bersifat pertolongan ‘one-off’ sepertimana yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan.
 
“Pendekatan ini menunjukkan komitmen PR untuk memastikan setiap rakyat berpeluang mencari pekerjaan bermaruah dan pendapatan yang mencukupi serta setara dengan kos sara hidup,” katanya.SinarHarian
 

Ketua Pembangkang Bahas Peruntukan Kem. Pertanian & Industri Asas Tani 2012 (Video)



YB Saifuddin Nasution Bantai!!! Teruk Menteri Umno Di Parlimen (video)

MP PKR Machang: Bahas Isu Fidlot RM250 juta ....


Isnin, November 14, 2011

Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Batu Pahat, Johor..Terkini!!!


DEMI RAKYAT
15 November 2011 (Selasa)
Program 1)
8.00 – 9.00 mlm – Solat Isya’ – Surau Tmn Sri Penggaram, Batu Pahat

Program 2)
7.00 – 10.45 mlm – Jamuan Makan Malam KeADILan
Lokasi: Grand Sea View Restaurant, Jln Tanjung Laboh,  Batu Pahat

Program 3)
9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana – Demi Rakyat
Lokasi: Markaz PAS Parit Bilal, Jln  Bukit Pasir, Batu Pahat
Penceramah:
1.   YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2.   YBhg Dato’ Seri Chua Jui Meng
3.   YB Tian Chua
4.   YB Dr Dzulkifli Ahmad
5.   YB Dr Boo Cheng Hau
6.   YBhg Syed Abdul Hamid Ali

Ayoohhhh!!!!! Rakyat Batu Pahat Johor  Beri Sokongan Kepda DSAI....

Video Fitnah: Sah!!! Ada Campurtangan Peguam Negara Babi Umno...

Video Fitnah: Sah ada campurtangan Gani Patail- Surendran

KUALA LUMPUR 14 Nov: KEADILAN menganggap wujud campurtangan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail dalam kes video fitnah membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Naib Presidennya, N Surendran berkata demikian mengulas pegumuman Menteri Dalam Negeri , Datuk Seri Hishamuddin Hussein bahawa kertas siasatan kes itu telah diserahkan kepada peguam negara.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya dijadualkan memberi keterangan kepada polis dalam kes ini pada Rabu, 16 November 2011, namun kelihatan kertas siasatan telah diserahkan kepada peguam negara.
“Perkembangan ini mengesahkan penglibatan Tan Sri Gani Patail dalam siasatan terbaru polis terhadap Ketua Pembangkang,” kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Minggu lalu, KEADILAN dimaklumkan bahawa polis akan menyiasat berhubung dakwaan membuat laporan palsu dalam kes video fitnah yang dikaitkan dengan beliau.
Surendran berkata, siasatan terbaru itu bermotifkan politik dan dilakukan sejak 1998 oleh pimpinan Umno, peguam negara dan pimpinan teratas polis.

Katanya, terdapat tuduhan serius pembabitan Gani kerana mereka bukti dan keterangan dalam kes mata lebam Anwar pada 1998/99. Malah katanya, sikap Gani yang memusuhi pembangkang dan menyebelahi kerajaan BN juga merupakan  perara yang diketahui umum.
Ia katanya menyebabkan perdana menteri terdahulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi memberi arahan pada Julai 2008 supaya Gani tidak mempunyai pembabitan dengan perbicaraan kes fitnah II.

“Apa yang jelas Anwar tidak mempunyai harapan mendapat keadilan dalam tindakan terbaru polis terhadap beliau.
“Tindakan tanpa belas dan memalukan, gangguan dan ugutan terhadap Anwar Ibrahim mesti dihentikan. Kerajaan BN harus sedar bahawa rakyat negara ini dan masyarakat dunia memerhatikan dan menghakimi tindakan mereka,” kata Surendran.KeadilanDaily

Ruang Iklan Bijak Anda..!!!!
Product HayatAcaiBerry..Terkini..!!!!!!!!

Catatan Terkini...

HANYA RM10.00 SEBULAN
[ Tempah sini ]

Iklan VIP
http://www.kekcoklat.com/images/banner/banner468.gif
Iklan Penaja


Iklan Penaja


DERMA IKHLAS KEPADA KAMI SILA " KLIK " IKLAN DI BAWAH.

Blog Agen Dsai Ikut..

CARTA BLOG PR POPULAR..!!

INFO TERKINI IKLAN, BERITA DAN BISNES.

PRO.FM.COM

Ruang Iklan..

Catatan Popular Daripada Agen Dsai

MB Selangor Sekarang Mesti di Kekalkan??