TOLONG!! SILA KLIK BANNER INI..

Taip Tajuk Untuk Cari Di Blog Ini

Memuatkan ...

Ahad, Julai 31, 2011

Polis Gagal Brainwash Saya..!!! - Choo

SB gagal 'brainwash' saya: Tahanan EO

Walaupun disoalsiasat berjam-jam setiap hari, namun pegawai Cawangan Khas (SB) gagal mempengaruhi tahanan EO yang baru dibebaskan, Choo Chon Kai, supaya meninggalkan perjuangannya.

NONESebaliknya, dalam banyak sesi tersebut sepanjang sebulan
ditahan, ahli jawatankuasa PSM yang berusia 33 tahun itu - yang dibebaskan Jumaat lalu - lebih komited kepada perjuangan untuk Malaysia yang adil dan demokratik.

"Tidak ada (penderaan) fizikal... hanya kaedah 'brainwash' untuk melumpuhkan semangat saya. Mereka menyentuh butiran terperinci mengenai kehidupan saya," kata Choo, ketika ditemuramah Malaysiakini selepas dia dibebaskan.

Katanya, pegawai polis cuba meyakinkannya supaya meninggalkan perjuangannya, tetapi ia membuat dirinya semakin kuat dalam mempercayainya dirinya.

Menurut Choo, mereka bertanya maklumat ketika dia bersama pertubuhan hak asasi manusia - Suaram - beberapa tahun lalu, dan juga selepas dia menyertai PSM pada tahun 2005.

Choo bersama-sama dengan lima lagi rakannya dari PSM ditahan ketika kempen 'Udahlah BN, Bersaralah' di Pulau Pinang pada 25 Jun.

Seminggu kemudian, keenam-enam mereka ditahan di bawah Ordinan Darurat, yang membenarkan tahanan tanpa bicara.

Kesemua mereka dibebaskan Jumaat lalu, selepas ditahan selama 28 hari.

Menurut Choo, polis juga menyoalsiasat mengenai kunjungnnya ke Bangkok.MalaysiaKini

Iklan Penaja


Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Didikkan Agama..!! 

'Idris Jala kekal jika Pakatan ambil alih Putrajaya' - Rafizi


Apa perbezaan di antara Model Baru Ekonomi (MBE) kerajaan BN dengan Buku Jingga Pakatan Rakyat?

“Kemahuan politik (political will),” kata pengarah strategik PKR Rafizi Ramli dalam panel diskusi perbincangan Persidangan Pemimpin Pelajar ke-5 di Kuala Lumpur.

ukec forum 300711 speakers public policy tony pua idris jalaKatanya, besar kemungkinan Pakatan akan mengekalkan sesetengah elemen dalam MBE jika gabungan itu berjaya menguasai Putrajaya kerana kedua-dua rancangan itu mempunyai persamaan.

Menurut Rafizi, tindakan itu termasuk mengekalkan perkhidmatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala - yang dipilih oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib razak untuk melaksanakan pembaharuan ekonominya.

"Saya tidak boleh bercakap bagi pihak Pakatan, tetapi saya pasti jika kita berjaya ke Putrajaya, besar kemungkinan Idris Jala akan kekal di mana beliau berada,” katanya.

NONENamun, Rafizi menegaskan apa yang membezakan BN dan Pakatan ialah 'kemahuan politik' membawa perubahaan meskipun kepentingan parti masing-masing mungkin terjejas.

“Sebahagian besar prinsip asas MBE hampir sama (dengan Buku Jingga) tetapi ia bergantung kepada sama ada sesuatu kerajaan itu mempunyai kemahuan politik untuk merungkaikan perjanjian (yang berat sebelah dengan sektor swasta),” kata Rafizi.

Idris, yang juga menjadi ahli panel diskusi itu menyapa komen Rafizi dengan mengukirkan sebuah senyuman.

"Terima kasih, (sekurang-kurangnya) kita ada satu perjanjian di sini,” katanya.

Forum bertajuk 'Menjana Malaysia Ke Hadapan Melalui Program Transformasi' ini juga menyaksikan pertikaman lidah dan suasana hangat membabitkan Idris, Rafizi dan ahli parlimen PJ Utara Tony Pua berhubung apa yang perlu dilakukan Malaysia bagi melepasi perangkap menjadi negara penduduk berpendapatan sederhana.

tony pua ukec student summitAhli panel keempat diskusi ini adalah ahli jawatankuasa pusat MCA Ti Lian Ker.

Pua (kiri) juga melahirkan sentimen yang sama dengan berkata program pembaharuan BN pada dasarnya baik, tetapi kerajaan seringkali gagal memastikan pelaksanaanya.

"Dokumen adalah hampir sama tetapi bezanya adalah kemahuan politik. Tanapa kemahuan politik, semua dokumen tidak berguna. Sebagai contoh, konsep 1Malaysia dalam GTP (Government Transformation Programme), saya pasti 99 peratus mereka di dalam bilik ini menerima konsepnya.

“Tetapi apabila kita mempunyai pemimpin kanan negara seperti timablan perdana menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) berkata beliau mendahulukan bangsanya sebelum sebagai rakyat Malaysia, maka semua itu menjadi bercanggah. Ahli politik mesti mempercayai polisi yang digubal mereka sendiri jika mereka mahu melaksanakannya,” kata Pua.MalaysiaKini

Iklan Penaja


Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Didikkan Agama..!! 

Najib Sila Berambusss..!!!!!!


Najib Harus Diundurkan

Mohd Rashidi Hassan

Rakyat menyambut kepulangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari lawatan ke tiga buah negara Eropah 22 Julai 2011, dengan tekad untuk meneruskan reformasi yang digerakkan melalui Perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai lepas.

Walaupun keberangkatan Najib ke luar negara mendapat liputan hebat daripada media arus perdana, hakikatnya Najib sendiri berada dalam keadaan yang amat tidak selesa.
Najib menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-58 pada 23 Julai lepas dalam keadaan yang tidak selesa kerana populariti yang cuba dibinanya, selepas mengambil alih jawatan PM daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 4 April 2009, semakin jatuh merudum.Najib ternyata gagal mendapatkan sokongan rakyat, apabila banyak slogan dan dasar yang dijajanya tidak mendapat sambutan.

Malah, Najib semakin kehilangan sokongan dari dalam Umno, kerana banyak tindak tanduknya dilihat tidak membantu memulihkan Umno yang terjejas teruk sejak Pilihan Raya Umum Mac 2008.
Yang paling teruk ialah apabila media dalam dan luar negara membuat kritikan yang amat keras terhadap Najib kerana cara kerajaan Umno-BN pimpinannya mengendalikan pra dan pasca Perhimpunan Bersih 2.0 dianggap yang paling buruk dalam sejarah demokrasi Malaysia moden.

Sehingga sebelum Najib berangkat menemui Ratu Elizabeth dan PM British, David Cameron, akhbar-akhbar di negara berkenaan melabelkan beliau sama seperti diktator Mesir, bekas Presiden Hosni Mubarak.Malah akhbar Guardian yang berpengaruh di United Kingdom memaparkan rencana bertajuk “Mubarak Model”, apabila merujuk kepada cara polis Malaysia yang bertindak ganas ke atas peserta demonstrasi Bersih 2.0.

Dalam satu tulisan, mereka menggesa PM Malaysia dengan mengatakan “Malaysia’s Najib Must Abandon The Mubarak Model”.Akhbar tersebut juga memberi amaran kepada Najib, bahawa beliau akan menghadapi tekanan dan kritikan global, kerana cara beliau mengendalikan Bersih 2.0 bertentangan dengan norma kebebasan hak asasi yang diterima pakai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Seorang kolumnis akhbar harian di UK, Simon Tisdall membelasan Najib dan memberi amaran kepada beliau bahawa di bawah kepimpinannya Malaysia sudah mengambil pendekatan diktator seperti Hosni Mubarak.

Malah akhbar-akhbar di UK juga menggesa PM mereka supaya mengambil kira rekod buruk Najib yang tidak langsung menghormati hak asasi kemanusiaan, sebelum berunding mengenai hubungan dua hala serta perdagangan.Najib dikritik keras oleh Amnesty International, yang menjadi saksi ramai peserta demonstrasi yang cedera, mengalami pendarahan akibat dipukul oleh polis.

Bantahan dan tekanan terhadap kerakusan pihak polis tidak akan terhenti selagi pihak yang bertanggungjawab tidak diheret ke muka pengadilan.Najib berada dalam keadaan “serba tak kena” kerana beliau akan terus menerima tekanan dari dalam dan luar negara, akibat kesilapan kerajaan menangani tuntutan rakyat.Najib barangkali lupa bahawa beliau berhadapan dengan kuasa rakyat. Iaitu kuasa rakyat yang tidak mempercayai sistem pilihan raya di Malaysia bebas dan demokratik, rakyat yang sangsi
dengan system kehakiman dan rakyat yang tidak boleh menerima tindakan ganas polis terhadap mereka.

Najib jumpa, bahawa ini adalah perhimpunan rakyat yang tulen, bukannya perhimpunan yang diangkut dengan bas-bas, dijamu dengan nasi bungkus dan sebagainya, seperti yang dilakukan dalam perhimpunan tajaan Umno-BN.Rakyat akan terus membuat tuntutan, rakyat akan terus tegakkan keadilan. Tiada istilah berundur pada hati dan jiwa rakyat.Rakyat tidak akan berhenti dan tidak akan berpuashati selagi Najib tidak diundurkan, selagi Umno-BN tidak diturunkan dari tampuk pemerintahan.TheMalaysiaInsider

Iklan Penaja


Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Didikkan Agama..!! 

Sabtu, Julai 30, 2011

Kerajaan Malaysia Kena Saman..!!!! Kah kah kah...Kah

Salahuddin, Mahfuz Fail Saman Kerajaan


KUALA LUMPUR 30 JULAI : Dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar masing-masing telah mengambil keputusan untuk memfailkan saman terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan BN berhubung penahanan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap mereka pada 9 Julai lalu.

Tindakan saman tersebut akan dilakukan menerusi syarikat peguam Faiz Fadzil & Co dan akan dikendalikan bersama peguam Zulhazmi Sharif.

Menurut Salahuddin, tindakan tersebut diambil memandangkan penahanan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap mereka sempena himpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu adalah tidak sah.

Katanya, penahanan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap beliau dan Mahfuz itu adalah di luar kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan untuk dimasuki oleh mereka.

“Saya dan Datuk Mahfuz ditangkap oleh pihak polis pada jam 11.50 pagi 9 Julai di sekitar KL Sentral. Kemudian saya ditahan di lokap polis di Balai Polis Jinjang dan dibebaskan pada jam 9.30 malam 9 Julai.

“Sepanjang berada dalam tahanan, pihak polis pun tak ambil apa-apa keterangan daripada kami. Kami juga tak diberitahu sebab-sebab penahanan kami itu.

“Tindakan pihak polis terhadap kami itu adalah tindakan yang tidak wajar dan ia ternyata satu penahanan yang tidak sah sebab itulah saya mahu mengambil tindakan sivil terhadap pihak polis, KDN dan kerajaan BN,” katanya kepada Harakahdaily.

Ekoran tindakan di luar undang-undang yang dilakukan oleh pihak polis ke atas beliau dan Mahfuz itu, beliau telah membuat laporan polis pada 11 Julai lalu di Balai Polis Petaling, Brickfields, Kuala Lumpur jam 1.01 petang.

Dalam laporannya itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menyatakan, pada 9 Julai 2011 lalu lebih kurang pukul 11.50 pagi, beliau bersama Datuk Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berada di KL Sentral untuk menghadiri satu sidang akhbar di Hotel Hilton.

Apabila tiba di KL Sentral di sebelah hentian bas ke LCCT, mereka berjalan kaki menaiki tangga ke tingkat atas KL Sentral dan setibanya di pintu masuk KL Sentral, seorang anggota polis lelaki berbangga Melayu menahan mereka.

“Saya dan Datuk Mahfuz telah dibawa oleh anggota polis tersebut bertemu pegawai polis berbangsa India dan pegawai tersebut menyatakan saya dan Datuk Mahfuz ditahan,” katanya.

Seorang pegawai polis lelaki berbangsa Melayu, katanya, telah bertanya kepada beliau, adakah beliau tahu terdapat perintah melarang beliau memasuki Kuala Lumpur?

“Saya kemudiannya telah menghubungi peguam saya memaklumkan saya telah ditahan dan ditangkap. Walau bagaimanapun, saya tidak dimaklumkan ke mana saya hendak dibawa. Saya bersama Datuk Mahfuz kemudiannya dibawa ke Lokap Polis Jinjang,” ujarnya.

Sepanjang ditahan, beliau tidak dibenarkan menghubungi dan bertemu peguam dan keluarganya dan ini adalah bertentangan dengan Seksyen 28A (2) Kanun Prosedur Jenayah.

“Saya juga tidak diambil sebarang kenyataan oleh pihak polis sepanjang penahanan saya. Saya telah dilepaskan pada lebih kurang jam 9.30 malam. Penahanan saya oleh pihak polis adalah ‘mala fide’, tidak mengikut Perlembagaan dan melanggar Hak Asasi saya,” katanya.

Sementara itu, peguam Zulhazmi ketika ditemui menjelaskan, tindakan saman daripada anak guamnya itu akan difailkan oleh beliau minggu depan atau awal Ogos ini.

Selain Salahuddin dan Mahfuz, jelasnya, tindakan saman ke atas PDRM, KDN dan kerajaan BN berhubung penahanan pada 9 Julai lalu juga akan dilakukan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Rahsia Jahat Profesor Emeritus Dr Muhammad Uthman Terbongkar..!!!

Uthman kecewa rahsia perjumpaan MKN bocor 

KUALA LUMPUR - Felo Institut Pemikiran dan Peradaban Islam Antarabangsa (Istac), Profesor Emeritus Dr Muhammad Uthman El-Muhammady kecewa dengan sikap tidak amanah individu yang mendedahkan maklumat perjumpaan tertutup mufti dan wakil majlis agama Islam negeri bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN), baru-baru ini.

Muhammad Uthman berkata, sikap seperti itu bukan sahaja mendatangkan kesan terhadap dirinya malah mendedahkan negara kepada bahaya.

“Apa yang saya lakukan mengikut panduan al-Quran, iaitu menggalakkan perbincangan oleh pakar-pakar sebelum didedahkan kepada umum atau menjadi rahsia negara. Mereka yang hadir di perjumpaan itu tidak sepatutnya buat sebarang pendedahan kerana memegang amanah bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman negara,” katanya.

Menyifatkan perbuatan berkenaan sebagai tindakan pengkhianat, Muhammad Uthman berkata, mereka juga tidak beradab kerana tergamak mendedahkan perkara tertutup selain tidak berfikir akan kesan buruk yang boleh menjejaskan diri sendiri.

“Tindakan tidak amanah seperti itu boleh menyebabkan mu`suh ambil peluang untuk melaga-laga-kan umat Islam,” katanya.

Beliau dikaitkan dengan kenyataan kononnya menuduh bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan 40 ulama muda UMNO sebagai berfahaman Wahabi dalam perjumpaan itu.

Menurutnya, matlamat musuh adalah untuk melihat negara kucar-kacir dan Islam tidak lagi dihormati.

“Adakah mereka akan gembira jika ini yang berlaku?.

“Itulah yang menyebabkan saya hairan. Mengapa mereka ini yang kesemuanya golongan ilmuwan sanggup mendedahkan sesuatu yang masih dalam peringkat perbincangan?” katanya.

Menurutnya, sesuatu perkara jika berkait dengan kepentingan umum, akan didedahkan juga apabila tiba masanya dan tiada siapa yang perlu tergopoh-gapah untuk menyampaikan sesuatu yang belum jelas.

“Mereka sepatutnya sayangkan negara. Kenapa perlu buat kacau seperti itu,” katanya.

Muhammad Uthman mengingatkan “Jika ada musuh di dalam negara kita, musuh itu adalah orang Islam sendiri.”

“Saya harap hal yang seperti ini tidak akan berlaku lagi kerana perbuatan seperti itu hanya akan menyebabkan malapetaka kepada semua orang yang tidak bersalah. Jangan kerana dasar liberal, bercakap sesuka hati atau kebebasan untuk semua yang dilaung-laungkan kini, menyebabkan kita tidak boleh menjadi manusia yang beradab,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan beliau menuduh Mohd Asri serta 40 ulama muda UMNO yang dinafikan mereka sendiri, Muhammad Uthman enggan membuat sebarang kenyataan bagi mengelakkan ia disalah tafsir.

Terdahulu, Setiausaha MKN, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab turut menafikan melabelkan mana-mana ulama dalam taklimat berhubung isu fahaman Wahabi.SinarHarian

Komen : Usaha jahat akhirnya terbongkar jua... Kali ni Umno akan Hancur..!!!! 

Iklan Penaja


Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Didikkan Agama..!! 

Jumaat, Julai 29, 2011

Lagi Bukti..!!! Kerajaan Umno Agen Yahudi..!!!

Kenyataan anti-Yahudi: FAM mohon maaf

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini memohon maaf kepada Chelsea berikutan kenyataan anti-Yahudi yang ditujukan kepada pemain tengah pasukan itu kelahiran Israel Yossi Benayoun ketika pertemuan persahabatan di ibu negara minggu lalu.

Menurut Reuters, FAM dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini tidak mengesahkan sama ada insiden itu terjadi ataupun sebaliknya tetapi menegaskan jika benar, ia hanya membabitkan segelintir daripada 80,000 penonton yang membanjiri stadium.

“FA Malaysia ingin menegaskan bahawa kami tidak merestui sebarang bentuk sikap perkauman dalam sukan bola sepak.

“Jika insiden seumpama itu benar-benar berlaku, kami memohon maaf kepada pemain berkenaan dan juga kepada kelab Chelsea,” petik kenyataan itu.

Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Chelsea tidak membuat aduan mengenai kejadian yang didakwa berlaku di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 21 Julai lalu pada kadar segera, sebaliknya mereka hanya berbuat demikian kelmarin.

“Kami percaya Yossi (Benayoun) terdedah kepada kata-kata kesat anti-Yahudi oleh beberapa penyokong ketika permainan,” kata Chelsea.

“Tingkah lalu itu menyinggung perasaan, tidak boleh diterima sama sekali dan tiada ruang dalam sukan bola sepak,” kata kelab berkenaan.MalaysiaKini

Komen Seorang Hamba Allah :
Orang kelahiran Israel , Yossi Benayoun = tak boleh.
Syarikat kelahiran Israel, Apco mangkuk hayun = boleh!


Iklan Penaja


Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Didikkan Agama..!! 

Cincin RM24j : Chegubard Tolak Penafian RM (video)

TVSelangor09 29072011 Cincin RM24j Sikap Boros Rosmah Akan Hancurkan N...


 Iklan Penaja

Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Didikkan Agama..!! 

Lagi Bukti Keganasan Polis Umno Yahudi..!!


PKR kemuka saksi baru, video tangkis dakwaan polis

Seorang lagi saksi tampil dengan beberapa gambar bagi membuktikan kecederaan yang dialami di mukanya akibat terkena kanister gas pemedih mata di terowong KL Sentral semasa perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

NONEMangsa Yew Boon Lye yang juga ketua PKR cawangan Klang pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini berkata, akibat tembakan gas pemedih berkenaan, mata kirinya juga lebam.

"Saya kemudiannya dengan segera mendapatkan rawatan di sebuah klinik apabila pulang ke Klang. Lebam itu mengambil masa beberapa minggu sebelum ia hilang,” kata Yew.

Beliau diiringi oleh naib presiden PKR N Surendran, ahli parlimen Subang R Sivarasa, ketua biro perundangan PKR Latheefa Koya dan peguam Fadiah Nadwa Fikri.

Walaupun mengakui kecederaan itu tidak serius, namun Sivarasa berkata ia membuktikan pihak polis memang mensasarkan tembakan ke arah kepala orang ramai.

"Tulang pipi pengawal peribadi (supremo PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim retak, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad pula memerlukan enam jahitan di kepalanya tetapi Yew bernasib baik kerana kecederaannya tidak serius.

"Hakikat bahawa tiga orang cedera di kepala mereka bukan satu kebetulan, gas pemedih mata memang disasarkan ke arah kepala orang ramai,” kata Sivarasa.MalaysiaKini

 Iklan Penaja

Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Didikkan Agama..!! 

Najib bakal disingkirkan..!!! – Chegubard

KUALA LUMPUR: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendakwa Datuk Seri Najib Razak bakal menerima nasib sama dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang disingkirkan sebagai Perdana Menteri.

Ia berikutan pertemuan Timbalan Perdana Menteri bersama 100 ahli parlimen BN semalam yang dilihat sebagai langkah awal Tan Sri Muhyiddin Yassin meluaskan pengaruhnya.
Malah Muhyiddin juga meluluskan geran segera sebanyak RM100,000 bagi setiap ahli parlimen BN yang ditemuinya- satu tindakan yang dianggap membelakangkan Najib.

“Saya tidak menolak kemungkinan bahawa wujudnya konspirasi antara Muhyiddin Yassin bersama ahli parlimen BN (berkenaan),” kata Badrul atau lebih dikenali Chegu Bard.

Menurutnya, ia merupakan proses awal untuk menyingkirkan Najib kerana dianggap gagal memperbaiki rekod buruk BN sejak zaman kejatuhan Paklah, malah dianggap lebih teruk dari mantan PM itu.
Tambahnya pertemuan untuk meluluskan geran berkenaan hanyalah alasan Muhyiddin untuk mendapat sokongan.

Beliau serterusnya mengingatkan usaha untuk memerangkap Najib yang dibuat secara tersirat, termasuk mengheret namanya dalam perbicaraan skandal Scorpene di mahkamah Perancis.
Chegu Bard sebelum ini mendedahkan bahawa Umno berpecah kepada dua kumpulan iaitu Najib yang disokong sepupunya, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, manakala Muhyiddin mendapat sokongan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin.

Zahid Hamidi juga pernah mengumumkan kesedian kerajaan untuk menjadi saksi perbicaraan Scorpene di mahkamah Perancis, yang disifatkan sebagai cubaan untuk mengenakan Najib.
Ia termasuk pendedahan Zahid mengenai kehilangan enjin pesawat TUDM ketika Najib menjadi menteri pertahanan dan timbalan perdana menteri.
Tambah Chegu Bard,  melalui sumber dalaman umno yang diperolehinya mengesahkan bahawa Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor kini dianggap sebagai liabiliti kepada parti itu.
“Kerajaan Umno-BN tidak boleh lagi berselindung dengan pergeseran yang jelas berlaku di dalam pentadbiran mereka,”
“Polemik ini dilihat semakin tajam di dalam pentadbiran kerajaan Umno-BN,” kata Chegu Bard kepada Keadilandaily.

Sebelum ini Paklah pernah dipersalahkan apabila lima negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri dan presiden Umno selepas Pilihan Raya umum Mac 2008.
Paklah mengumumkan keputusannya melepaskan jawatan berikutan  tekanan hebat dari dalam Umno yang memintanya  menyerahkan kuasa kepada Najib yang ketika itu merupakan timbalannya.
Ia juga berikutan desakan Mahathir supaya Abdullah segera berundur dari jawatannya sebagai perdana menteri.

Sebuah laman web popular, Tukartiub.wordpress.com, yang dikendalikan aktivis Hishamuddin Rais, hari ini membuat analisis yang lebih menarik berdasarkan sekeping gambar yang disiarkan  media arus perdana.
Analisis itu dilakukan berdasarkan pendekatan ‘semiotik’  atau  ilmu untuk memahami tanda ‘makna’ dan ‘imej’ berdasarkan paparan imej.
Gambar tersebut memaparkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, jutawan terkenal Vincent Tan dan Muhyiddin Yassin.

Hishamuddin Rais menimbulkan persoalan mengapa Najib dan isterinya, tidak kelihatan pada gambar tersebut- yang disiarkan di akhbar arus perdana.“Imej ini amat amat penting kerana ini adalah tanda-tanda bahawa satu kumpulan baru sedang disusun, satu kumpulan baru sedang diatur bertujuan untuk menolak Rosmah dan Najib keluar,”
“Tak ada Rosmah dan Najib di sini makna yang cukup besar ini kerana madey (Mahathir) adalah orang yang menaikkan Najib ertinya madey kini telah tidak lagi menyokong Najib, justeru Vincent Tan tahu lalu Rosmah dan Najib tidak dijemput,” tulis Tukar tiub.KeadilanDaily

 Iklan Penaja

Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Didikkan Agama..!! 

Debat Nik Nazmi Lwn Pemuda Umno Putrajaya Panas!!! (video)

Debat: Kematangan Demokrasi Di Malaysia (Part 1/8)


 Iklan Penaja

Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Didikkan Agama..!! 

Rabu, Julai 27, 2011

Ceramah Terbaru Azmin Ali Di Kelantan (video)

Politik seks Dan Fitnah(part1)-Yb Azmin Ali.mpg




 Iklan Penaja

Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Didikkan Agama..!! 

"Bebaskan Segera Ahli PSM" - DSAI

SHAH ALAM 27 JULAI : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan pemerintah agar segera membebaskan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan dibawah Ordinan Darurat (OD), tanpa sebarang syarat.

Anwar berkata penahanan kesemua mereka tidak berasas sama sekali setelah pihak berkuasa dilihat berdolak dalih dalam isu tersebut.
 
Pihak berkuasa sebelum ini berkata mereka ditahan atas tuduhan aktiviti subversif iaitu cubaan menghidupkan semula fahaman Komunis sebelum menukar tuduhan itu kepada cuba menggerakkan fahaman itu menerusi penganjuran himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.
 
Namun, setelah peguam yang mewakili keenam- enam mereka memohon Habeas Corpus di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu, alasan penahanan itu sekali lagi bertukar iaitu mereka terbabit dalam merancang himpunan aman Bersih 2.0.
 
Mereka yang ditahan adalah Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar, M Sarasvathy, Choo Chon Kai, M Sugumaran, A Letchumanan dan R Saras Babu.
 
Justeru, Pakatan Rakyat beriltizam meningkatkan kempen di seluruh negara, demi menerangkan kepada rakyat, kezaliman yang dilakukan pemerintah.
 
"Perjuangan ini bukan sahaja untuk enam individu tersebut, tetapi juga untuk seluruh mangsa tahanan tanpa bicara seumpama yang terkandung dalam Ordinan Darurat ini.
 
"Undang- undang usang yang menindas itu, tidak lagi untuk melindungi keselamatan negara, bahkan sebaliknya dimanipulasi demi membungkam suara-suara yang tidak sependapat dengan pemerintah," tegas Anwar. 
 
Anwar berkata kebimbangan yang wujud kini adalah kemungkinan kesemua yang ditahan dikasari polis semasa disoal siasat.
 
"Kita perihatin dengan perkembangan mutakhir ini,ada antara mereka yang kini mendapatkan rawatan di hospital namun tidak dibenarkan bertemu dengan sesiapapun, hatta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia ( SUHAKAM )," ujar Anwar. 
 
Anwar berkata adalah tidak munasabah untuk polis tidak membenarkan pihak keluarga bertemu dengan enam pemimpin Parti Sosialis itu sejak mereka ditahan, 15 Julai lalu.
 
Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mengingatkan kepada polis agar tidak bertindak keterlaluan dan melampaui batas sebaliknya melaksanakan tugas yang diamanahkan rakyat dengan baik.TVSNEWS

Lagi Bukti Umno BN Agen Yahudi..!!

Berapi-api Umno BN dan pencacainya mengatakan PR agen Yahudi selama ini.. akhirnya tahi tersebut terpalit ke muka Umno BN sendiri. Dimana perjuangan Islam yang kamu laungan selama ini?? Sanggup mengupah blogger yang anti Islam.. kenapa tidak upah blogger kesayangan kamu Papagomo dan Parpukari untuk memulihkan imej kamu,?? Kenapa, blogger pencacai dan penfitnah ini sudah tidak laku?? Kerana ahli Umno pun menolaknya.. baca sini. Di mana pak-pak menteri dan media pencacai Umno BN, kenapa diam seribu bahasa? kenapa tidak menjawab isu ini, ataupun memang tiada jawapan? Ataupun tengah mereka-reka jawapan bangang untuk orang bangang seperti kamu??

KEADILAN DAILY - Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengupah blogger Amerika pro-Israel, mencerminkan sikap sebenarnya terhadap Islam. Beliau mengulas laporan Free Malaysia Today semalam mendakwa Najib dan Ketua Menteri Sarawak , Tan Sri Abdul Taib Mahmud menggunakan blogger berkenaan bagi memperbaiki imej masing-masing. “Jika benar dakwaan tersebut, ini jelas menunjuk sikap sebenar Najib dan Umno yang tidak mementingkan Islam tapi berkepentingan politik,” kata Nik Nazmi ketika dihubungi Keadilandaily.
“Saya minta Najib perjelaskan kerana selama ini mereka lantang dalam perjuangan mempertahankan Islam. Menuduh Pakatan mengunakan agen asing, Yahudi tapi dia (sendiri) yang menggunakan blogger pro-Israel,” katanya. Sementara itu, Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia mempersoalkan sikap membisu Utusan Malaysia dan Pertubuhan Pribumi Perkasa dalam hal itu. 
“Jelas sebelum ini Utusan Malaysia dan Perkasa yang pernah memfitnah Pakatan Rakyat sebagai anti-islam tapi bila isu upah blogger pro-israel ini timbul, mereka diam membisu,” kata Nik Nazmi. Semalam, sebuah portal Free Malaysia Today melaporkan bahawa Najib dan Taib mengupah sekumpulan blogger Amerika pro-Israel yang dikesan menjalankan kempen memfitnah Islam. 
Salah seorang blogger tersebut, Caleb Howe, sebelum ini pernah membangkitkan kata-kata bersifat kebudak-budakkan di halaman sosial twitter, 23 April tahun lepas dengan memburukkan Islam. Howe dan pasukannya telah terlibat dalam beberapa kempen yang dilihat sebagai anti-Islam di Twitter mereka, termasuk mempersenda Nabi Muhammad.

Beliau juga dikaitkan dengan Josh Trevino, blogger sayap kanan Amerika di belakang ‘Red State’, blog ‘New Ledger’ dan sebuah syarikat Perhubungan awam bernama Strategik Rogue Services. Perkhidmatan Rogue didakwa telah bekerja dengan Barisan Nasional (BN) sejak zaman bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sumber : SINI



 Iklan Penaja

Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Didikkan Agama..!! 

Datuk Saifuddin Sokong Perjuangan Pakatan Rakyat Panas!!!!!!!!!!(video)

Apa Selepas 9 Julai? - Pusingan Keempat - Datuk Saifuddin

JALAN PULANG: TERKINI!! VIDEO SIRI PENUH DEBAT DI SINAR HARIAN.

JALAN PULANG: TERKINI!! VIDEO WAN AHMAD KENA BOO (PUSINGAN 1) (D...: "TERKINI!! DIKEMAS KINI 2125 HRS SAKSIKAN BAGAIMANA TIMBALAN PENGERUSI SPR, WAN AHMAD WAN OMAR TERKULAT-KULAT DAN KENA BOOOOO SEMASA MEN..."

 Iklan Penaja

Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Didikkan Agama..!! 

Debat Bersih 2.0 Lawan Spr Anjuran Sinar Harian (video panas!!)

Debat: Apa Selepas 9 Julai? (Pt 1)




 Iklan Penaja


Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Didikkan Agama..!!
 

Selasa, Julai 26, 2011

Surat Buat Polis Malaysia..!!! Tolong La Baca..!!!


ULASAN : Tugas seorang anggota polis - sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu ‘Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran’.

Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuh,

Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja. 

Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.
Saudaraku anggota polis,
Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas.
Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.
Cegah kemungkaran
Saudaraku anggota polis,
Tugas seorang anggota polis - sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu 'Menyuruh Kebaikan,
Mencegah Kemungkaran'.
Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu 'Mencegah Kemungkaran'. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum.
Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya): “Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).
Nabi s.a.w pula bersabda: “Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).
Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan.
Bahaya kuasa
Saudaraku anggota polis,
Namun, dalam masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yang menghalang kezaliman itu jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya.
Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya.
Jika itu berlaku, rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui.
Saudaraku anggota polis,
Ingin saya sebut di sini suatu tazkirah yang harapnya boleh memberikan manfaat kepada semua, khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara.
Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri.
Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya.
Namun Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tangan yang memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan.
Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga, si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Doa orang dizalimi.
Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi SAW: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya" (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).
Dalam riwayat Ahmad yang lain: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).
Saudaraku anggota polis,
Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan. Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu.
Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa.
Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya 'apakah salah saya?'. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana.
Saudaraku anggota polis,
Dunia ini sementara. Setiap kita akan ada hari akhirnya. Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan.
Tunggu balasan
Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan. Firman Allah (maksudnya): “Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)”. (Surah Ibrahim 42-43).
Saudaraku anggota polis,
Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil.
Tiada bukti yang dapat disembunyikan, diputarbelit dan ditipu kepada masyarakat manusia yang berkumpul ketika itu. Tiada media yang boleh diperguna dan tiada kuasa kerajaan yang boleh melindunginya.
Adil seadil-adilnya. Bak kata Nabi s.a.w: "Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk" (Riwayat Muslim).
Sabda baginda juga: "Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tiada dinar dan dirham (tiada harta iaitu pada Hari Kiamat).
Arahan atasan
Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya" (Riwayat al-Bukhari).
Saudaraku anggota polis,
Saya tahu, kadang-kala ada keadaan yang sukar sebagai anggota polis yang terpaksa melaksanakan arahan 'atasan'. Maka, mungkin ada yang berkata 'kami hanya menjalankan tugas'.
Sudilah saudara mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu 'Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik.
Kata 'Umar bin Hubairah: “Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama?
Kata Hasan al-Basri: “Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.
Wahai 'Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit.
Tanggungjawab kepada Allah
Di sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid. Wahai 'Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan akhirat.
Jika engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai 'Umar bin bin Hubairah! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta”. Maka menangislah Gabenor 'Umar bin Hubairah”. (rujukan: Mir at al-Jinan wa 'Ibrah al-Yaqzan)
Saudaraku anggota polis,
Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat.
Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara.
Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: “Benar adalah amanah, bohong adalah khianat”. Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia.
Saudaraku anggota polis,
Inilah pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya. Tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak.
Rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua. Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil.
Semoga Allah merahmati saudara dan tugas saudara. Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara! Selamat bertugas! Sumber : SINI

Iklan Penaja


Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Didikkan Agama..!!

DSAI Akan Panggil PM Dan Big Mama..!!! Ada Berani..!!!!!!!!!!!!!!

Fitnah II: Anwar mohon temu bual Najib, Rosmah

Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan satu notis usul memohon pihak pembelaan dibenarkan menemu bual lima saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam perbicaraan kes liwatnya sebelum beliau membela diri pada 8 Ogos.

rosmah mansor najib 250609 02Dalam permohonannya yang difailkan menerusi Tetuan Karpal Singh & Co pagi ini, Anwar selain menamakan Najib dan Rosmah, turut menamakan tiga saksi yang lain.

Mereka ialah Hasanuddin Abd Hamid pemilik unit kondominium di mana kejadian didakwa berlaku; bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Anwar di dalam notis itu menyatakan bahawa mengikut undang-undang adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk memastikan mereka mengemukakan kesemua saksi untuk ditemu bual pihak pembelaan dan semua kos ditanggung pihak pendakwaan.

Di dalam afidavit sokongannya, Anwar menyatakan bahawa peguamanya, SN Nair menerima sepucuk surak daripada Jabatan Siasatan Jenayah Brickfields bertarikh 18 Julai bahawa Mohd Rodwan, Najib, Rosmah dan Musa enggan ditemu bual tetapi bersetuju untuk menjadi saksi pihak pembelaan dengan syarat sapina dikeluarkan terhadap mereka.

azlanSementara itu, Hasanuddin enggan ditemu bual kecuali jika ia dilakukan dengan kehadiran peguamnya, kata Anwar dalam afidavitnya.

Anwar berkata jika kesemua saksi berkenaan gagal hadir untuk ditemu bual peguamnya, beliau telah dinafikan hak untuk satu perbicaraan yang adil.

Daripada 25 orang yang dikenal pasti untuk ditemu bual pihak pembelaan, hanya lima ditemu bual setakat ini.

Mereka ialah bekas ratu pecut Datuk Mumtaz Jaafar; Dr Mohd Osman Abd Hamid, bekas doktor Pusrawi; adik perempuan Mohd Saiful Bukhari Azlan, Saidaiti Azlan; seorang doktor dari Hospital Kuala Lumpur dikenali sebagai Dr Daniel dan Khairil Anaz Yusof, bekas pegawai khas Najib semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Pada 13 Julai, hakim perbicaraan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 8 hingga 26 Ogos untuk mendengar hujahan pihak pembelaan.

NONEPada 16 Mei, Hakim Mohamad Zabidin (kiri) memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bahawa bekas pembantu ketua pembangkang itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang merupakan pengadu kes itu ialah saksi yang boleh dipercayai dan berwibawa.

Pada penghujung kes pendakwaan, pihak pendakwaan mengemukakan 71 saksi, yang mana pihak pembelaan memilih untuk menemu bual 25 orang.

Pada 7 Ogos 2008, Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan meliwar bekas pembantunya di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun, 2008.MalaysiaKini

 Iklan Penaja


Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Didikkan Agama..!!
 

Newsflash: Apa Selepas 9 Julai? (video)



 Iklan Penaja


Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Didikkan Agama..!!
 

Ceramah Khalid Samad (video)

Khalid Samad: My Bersih 2.0 Experience (Part 2/2)




 Iklan Penaja


Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Didikkan Agama..!!
 

Bank Negara Malaysia Keluarkan Syiling Baru 2012

Siri duit syiling baru dikeluarkan tahun depan

Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan siri ketiga duit syiling baharu bermula tahun depan.

NONEGabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata duit-duit syiling baharu yang dalam denominasi lima sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen diinspirasikan daripada ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan kaya negara.

"Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di Malaysia," kata beliau pada majlis pelancaran 500,000 set duit syiling peringatan bagi menandakan siri-siri duit syiling baharu itu di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata yang siri duit syiling baharu ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Ia juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan mengenali dan membezakannya.

Duit syling berwarna kuning dan perak ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan.

NONELogam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.

Siri baharu ini akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.

Bank pusat juga akan bekerjasama dengan institusi kewangan, perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai untuk memastikan peralihan yang lancar siri baharu ini.

"Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh enam bulan untuk mengubah suai mesin bagi memudahkan penggunaan duit syiling baharu ini," kata Zeti.

Pada majlis itu, beliau turut memperkenalkan siri keempat duit kertas baharu yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada bulan September.

- Bernama

 Iklan Penaja


Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Didikkan Agama..!!
 

Isnin, Julai 25, 2011

Seorang Hamba Allah Dedahkan projek 'pemutihan' dengan menggunakan kaedah biometrik?

FileHippo berkata...

Encik TT, sila pamerkan mesej ini di depan posting yang baru.

Projek 'pemutihan' yang dilakukan oleh imigresen untuk warga asing adalah menipu semata2.

Kenapa sekarang baru pihak imigresen beria-ria sangat nak buat projek 'pemutihan' dengan menggunakan kaedah biometrik?

Penggunaan biometrik untuk warga asing adalah untuk mengambil data-data tersebut dan dipindahkan ke dalam data-data spr.

Data-data warga asing yang sudah ada dalam data spr akan digunakan oleh pihak ketiga (pihak lain) untuk mengundi.

Untok pengetahuan semua, undi pos di setiap DUN dan parlimen telah bertambah berkali ganda untok memenangkan gerombolan.

Selagi undi pos ada, pakatan tidak akan menang majoriti untok menguasai negara ini.

Undi pos harus dihapuskan.

Kad pengenalan/ic/mykad telah diberikan kepada beribu2 warga asing di negara ini supaya mereka dapat mengundi pada pilihan raya hujung tahun ini.

Ya, pilihan raya umum hujung tahun ini november 2011.

Dari sumber dalaman spr, kaedah biometrik akan gunakan tidak lama lagi.

Semua tuntutan Bersih tidak akan dilayan...


www.filehippo.com
25 Julai 2011 3:55 PM
 Sumber : SINI

Jahat Sungguh Polis Umno Yahudi Ni..!! (video)

Pak Samad asks police to allow him to submit memo to King on behalf of B...


 Iklan Penaja


Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Didikkan Agama..!!
 

Parti Umno Parti Korok Kering..!!! (video)

USTAZ AZHAR - PARTI KOROK KERING (UMNO)


 Iklan Penaja


Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Didikkan Agama..!!
 

Giliran Air Asia Malukan Najib....!! Kah kah kah..

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menerima tamparan hebat sekali lagi apabila syarikat tempatan paling terkemuka dan dikenali seluruh negara, Air Asia dilaporkan akan memindahkan pusat pengurusannya keluar daripada negara ke Indonesia.

Selepas memalukan negara di persada antarabangsa dengan cara tidak cerdik pengendalian Bersih 2.0 sehinggalah penahanan peguam hak asasi Perancis William Bourdon, Asia Sentinel melaporkan bahawa Najib dan negara kini kena terpaksa berdepan pula dengan keputusan Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Tony Fernandes yang mengesahkan keputusan untuk memindahkan pusatnya ke Jakarta Khamis lalu, di Tokyo.

Laporan itu memetik Tony sebagai berkata langkah itu adalah untuk menaikkan taraf imej Air Asia sebagai syarikat penerbangan Asia Tenggara dan bukan sekadar syarikat penerbangan Malaysia.
Air Asia berkembang pesat ketika negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi dan dikaitkan juga dengan menantu beliau yang kini ketua pemuda Umno, Khairy Jamaludin Abu Bakar.

“Saya tak tahu sama ada Najib diberitahu atau tidak. Tapi buat apa Tony harus peduli? Ada asas perniagaan yang cukup untuk berpindah ke Jakarta,” kata seorang rakan perniagaan yang rapat dengan Tony.

Asia Sentinel turut menceritakan bahawa lawatan Najib ke tiga negara baru-baru ini hanya untuk memperbaiki imej negara selepas terjejas teruk akibat cara kerajaan pimpinannya mengendalikan perhimpunan awam Bersih 2.0 yang menuntut pilihanraya adil dan bersih.

“Seperti yang berlaku 1980-an, Malaysia turut meng’hitam’kan laporan mengenai perhimpunan tersebut dalam majalah The Economist,” tulis laporan itu lagi.

Selepas itu, laporan itu berkata pada tanggal 23 Julai yang lalu, negara terpaksa berdepan dengan keputusan Suruhanjaya Diraja yang merumuskan bahawa ‘seorang pembantu politik kepada seorang ahli politik pembangkang telah didesak sebegitu teruk dalam satu marathon soal-siasat kerana pembelanjaan pejabat sehingga beliau buang sendiri keluar daripada tingkap dan bunuh diri.’

Ini pula diikuti dengan penahanan Bourdon di KLIA yang akhirnya dihantar pulang ke Paris Jumaat lalu.

“Keputusan Air Asia untuk memindahkan ibu pejabatnya ialah satu propaganda negatif yang serius kepada pelan 1Malaysia Najib, yang merupakan satu usaha intensif untuk menarik pelaburan asing ke dalam negara.

Pada September 2010, kerajaan Malaysia telah mengumumkan satu pelan agresif untuk menggerakan beratus billion dalam pelaburan swasta untuk membawa negara keluar daripada perangkap golongan pendapatan sederhana, dan melipat gandakan pendapatkan untuk membawa Malaysia ke tahap negara membangun pada 2020,” kata laporan tersebut.

Air Asia, kata Asia Sentinel mungkin merupakan syarikat kedua selepas Petronas yang mempunyai impak antarabangsa.

“Petronas telah melakukannya dengan mengiklankan dirinya semasa Formula 1 dan menaja sebuah kereta, di mana Tony juga melakukannya juga,” tambah laporan itu lagi.

Air Asia yang dilancarkan pada tahun 2002 dengan hanya dua kapal terbang, kini memiliki 93 kapal terbang yang menakluki seluruh Asia. Selain itu, adanya juga Air AsiaX yang terbang ke Eropah, Jepun dan Korea. Sebelum ini, syarikat tersebut baru sahaja menempah 300 Airbus A30neos untuk mengembangkan penerbangannya ke luar Asia.

“Ini bukan sahaja merosakkan imej awam. Untuk 10 tahun yang lepas, berdasarkan report Reuters, syarikat swasta telah melabur sebanyak RM535 billion, berdasarkan data rasmi. Pelaburan swasta untuk Malaysia hanya 10 peratus daripada GDP, yang terendah di Asia dan satu pertiga daripada apa yang sebelum krisis kewangan Asean 1998. Kerajaan, menurut Reuters, menyumbangkan separuh daripada pelaburan di Malaysia,” kata laporan tersebut.

Tambahnya lagi, Malaysia sudah lama dibelenggu pengeluaran modal dari negara, yang sering dilihat sebagai satu indikasi ketidakpercayaan para peniaga terhadap negara, walaupun dalam kes Malaysia mungkin sebahagian besar itu berpunca daripada kecurian balak yang keluar daripada negara melalui Sarawak dan Sabah.

“Walaupun begitu, laporan Global Financial yang berpusat di Amerika Syarikat telah menjangkau dalam satu laporan 2010 bahawa sebanyak RM888 billion telah keluar daripada negara antara tahun 2000 sehingga 2008.

Pengeluaran wang haram secara amnya melibatkan pemindahan wang yang diperolehi melalui aktiviti-aktiviti haram seperti rasuah, urus niaga yang melibatkan barang-barang seludup, kegiatan jenayah dan usaha untuk kekayaan tempat perlindungan daripada pihak berkuasa cukai.

Ketika ditanya mengapa beliau membuat keputusan untuk memindahkan ibu pejabat Air Asia ke Jakarta, ini jawapan Tony.

“Asean berpusat di Jakarta, dan Indonesia bakal menjadi ekonomi terbesar di Asean dalam masa yang akan datang… dan saya suka di sini,” kata Tony dipetik Asia Sentinel.

Jawapan Tony, kata laporan itu sudah menunjukkan bahawa beliau telahpun membeli sebuah rumah yang baru di Jakarta. Namun yang lebih penting, adakah ini turut menunjukkan bahawa ekonomi negara semakin malap di bawah kepimpinan Najib?HarakahDaily

 Iklan Penaja


Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Didikkan Agama..!!
 

Kenapa Hendak Membazir..???? - IDEAS


SHAH ALAM 24 JULAI : Jika ada yang lebih mudah dan murah mengapa perlu memperuntukkan kos yang tinggi walaupun kesannya boleh dipertikai.
Itu persoalan yang dibangkitkan oleh Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Urusan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan ekoran tindakan kerajaan bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi tujuan mewujudkan sistem biometrik dalam pilihan raya di negara ini. 

" Ada cara yang lebih mudah untuk menyelesaikan masalah tetapi kita pula mencari jalan yang rumit dan amat mahal. 

" Saya pun tidak faham kenapa bila kita ada yang lebih murah dan lebuh mudah iaitu pakai dakwat kekal, yang jauh lebih murah daripada biometrik, kita hendak guna teknologi yang harganya berkali ganda dan kesannya masih boleh dipertikaikan,"katanya kepada Tv Selangor.    

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan bahawa kerajaan akan memperuntukkan sejumlah dana bagi membiayai sistem biometrik yang mungkin dilaksanakan pada pilihan raya umum ke-13.

Namun seperti mahu menyindir tuntutan rakyat dan gagasan pembangkang yang mendokong perjuangan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bersih dilaksanakan di negara ini, Najib mendakwa Malaysia terpaksa mendahului negara maju dalam menyediakan sistem ini untuk kepuasan rakyat. 

"Kalau nak buat penambahbaikan kita akan buat. Kita akan buat yang terbaik(menggunakan biometrik bagi memastikan pilihan raya yang adil dan bersih)walaupun negara-negara maju pun tak buat," Najib dipetik sebagai berkata. 

Malah Najib juga mendakwa bahawa Pakatan Rakyat sengaja membangkitkan isu pilihan raya yang bersih di negara ini ekoran kekalahan parti itu dalam beberapa pilihan raya kecil mutakhir ini di tangan kerajaan. 

"Di peringkat nasional, kita (Barisan Nasional-BN) ada masa dapat undi banyak ada masa undi sikit. Tetapi majoriti masih di tangan kita. Kalau kita boleh jamin kita boleh menang, takdelah menteri kalah (pilihan raya) dan ada negeri kalah," katanya lagi. 

Hakikatnya menurut Wan Saiful, tuntutan untuk sebuah pilihan raya yang adil bukanlah satu perkara baru. Malah ia adalah tuntutan tidak berkesudahan rakyat yang terus dinafikan sehingga ke hari ini.  

" Saya rasa ada manfaat jelas kepada kerajaan kalau mereka mendakwa isu ini baru ditimbulkan supaya kita terlupa bahawa isu ini telah lama ditimbulkan pada awal 90-an dan mungkin awal daripada itu. Malah ketika Umno dibubarkan dulu pun, ia berpunca daripada sistem pengundian,"tegas Wan Saiful.    
" Tapi saya boleh faham sekiranya saya berada di dalam kasut ahli-ahli politik di sebelah pemerintah sekarang, pasti yang saya hendak buat ialah mendakwa ini perkara yang sengaja ditimbulkan oleh pembangkang. Saya akan kata pembangkang cuba mengeksploitasi perkara yang ditimbulkan,"katanya lagi.       

Kenyataan Najib itu senada dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang selama ini bermati-matian mendakwa mereka sebagai badan bebas dan telus dalam menjalankan tanggungjawab walaupun terdapat bukti berlakunya masalah seperti pengundi hantu, rasuah berleluasa dan sebagainya.

Tambah menghairankan, apabila sebuah agensi yang mendakwa mereka menjalankan amanah dengan baik menolak apabila rakyat memberi cadangan penambahbaikan seperti yang diutarakan oleh gabungan 62 badan bukan kerajaan dalam Bersih.

Sebaliknya SPR melabelkan pembangkang dan Bersih 2.0 mempunyai agenda tertentu di sebalik tuntutan yang dibuat.TVSNEWS

 Iklan Penaja


Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Didikkan Agama..!!
 

Tuan2 dan Puan2 Utk Derma Kepada Kami, Sila Klik 1 Kali Iklan Di Bawah Ni Ya...

Blog Agen Dsai Ikut..

INFO TERKINI IKLAN, BERITA DAN BISNES.

CARTA BLOG PR POPULAR..!!

Ruang Iklan..