Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Disember 08, 2011

Pakatan Rakyat Menang, dicadang kecilkan kabinet - Profesor Dr Aziz Bari

DUNGUN, 8 Dis: Pakatan Rakyat dicadangkan supaya mengecilkan bilangan anggota kabinet jika andainya gabungan parti politik itu berjaya menawan Putrjaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Pakar perlembagaan, Profesor Dr Aziz Bari ketika berucap dalam satu majlis hi tea di sini berkata, bilangan kabinet Malaysia terlalu ramai.

Menurut beliau, negara India yang mempunyai rakyat lebih 1 bilion mempunyai 30 menteri sahaja manakala United Kingdom yang mempunyai rakyat lebih 60 juta hanya mempunyai 25 menteri kabinet sahaja.

"Bagi saya, tujuan BN membesarkan sais kabinetnya adalah untuk memberikan peluang kepada kawan-kawan mereka. Ini satu tindakan yang membazirkan wang rakyat," kata pensyarah undang-undang perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa itu.

Baru-baru ini, Aziz dilanda kontroversi dan disiasat polis ekoran beberapa kenyataan berani yang dibuat oleh beliau.

Bagi beliau, Malaysia terlalu ramai menteri dan perlu dikurangkan.

Kabinet kerajaan Malaysia mempunyai 70 anggota iaitu 30 menteri dan 40 timbalan menteri.

Ia dianggap antara terbesar di dunia dari segi bilangan berbanding dengan jumlah rakyatnya.

HarakahDaily
Kopi Power Untuk Anda!!!!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...