Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Ogos 17, 2011

Tazkirah Anwar di Madrasah Al-Ikhwan, Selayang, 17 Ogos ini

Keadilan Cabang Batu menjemput orang ramai ke program penyerahan sumbangan dan solat tarawikh di Madrasah Al-Ikhwan, Taman Desa Bakti Selayang pada hari Rabu, 17 Ogos ini.

Antara tamu khas yang diundang ialah Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau dijadual akan menyampaikan tazkirah. Manakala program sumbangan Ramadhan akan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Batu yang juga Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

Turut hadir ialah selebriti terkenal tanahair, yang merupakan penulis lirik dan bekas juri program ‘Raja Lawak’, saudara Bob Lokman.
Ahli jawatankuasa penganjuran, Rozan Azen Mat Rasip dalam pemaklumannya memberitahu, penyerahan sumbangan menjelang sambutan Aidil Fitri merupakan program tahunan yang dibuat Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Batu.

“Orang ramai di sekitar daerah Gombak dan Sentul dialu-alukan untuk hadir,” kata Rozan.KeadilanDaily


 Iklan Penaja
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...