Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Ogos 24, 2011

Penukaran Majlis Syura Kepada Jawatankuasa Pendengaran


SHAH ALAM 24 OGOS : Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan untuk menukar nama Majlis Syura yang ditubuhkan untuk menyelesaikan isu gereja yang menimbulkan kontoversi baru-baru ini kepada Jawatankuasa Pendengaran.

Dalam satu kenyataan media lewat malam tadi, Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor berkata, kerajaan negeri kesal di atas kekeliruan yang berlaku berhubung penggunaan nama Majlis Syura bagi jawatankusa yang ditubuhkan untuk menyelesaikan isu berkaitan pemeriksaan Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama awal bulan ini.

"Justeru  kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk mengubah nama jawatankuasa tersebut kepada Jawatankuasa Pendengaran demi mengelakkan sebarang pertindihan dengan Majlis Syura Negeri Selangor yang diterajui Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

"Walaubagaimanapun, matlamat asal, gerak kerja dan keahlian jawatankuasa ini tetap sama dan selaras dengan perbincangan antara Dato' Menteri Besar dan DYMM Sultan Selangor,"katanya.

Kerajaan Negeri juga katanya berharap, perubahan nama yang diputuskan dapat merungkai segala kekeliruan yang wujud dan meneruskan segala usaha mencari penyelesaian berhubung isu DUMC dan Jais bagi kesejahteraan rakyat.

"Kerajaan negeri tetap akan akur kepada segala nasihat dan titah yang diterima secara langsung daripada DYMM Sultan Selangor  serta bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan penyelesaian terbaik dalam isu ini,"katanya.

Kelmarin, kerajaan negeri Selangor mengumumkan penubuhan Majlis Syura bagi menyelesaikan segala pertikaian yang berlaku dalam pemeriksaan Jais itu.

Jawatankuasa khas itu atau dikenali sebagai Majlis Syura akan dianggotai oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid dan timbalannya Datuk Abd Majid Omar.

“Idea penubuhan Majlis Penasihat Syura ini dicadangkan oleh Sultan Selangor ketika kami mengadakan perbincangan pada minggu lalu,” kata Khalid.

Bagaimanapun semalam Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata, baginda melahirkan rasa terkejutnya dengan tindakan Menteri Besar yang mengatakan penubuhan Majlis Syura adalah atas titah baginda. TVSNEWS

Iklan Penaja
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...