Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Ogos 25, 2011

Pakar DNA Dr Brian McDonald Beri Keterangan - TVSNEWS

KUALA LUMPUR 25 OGOS : Hari ke empat sesi pembelaan kes fitnah liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan pakar DNA Australia, Dr Brian McDonald mengambil tempat di kandang saksi.

Brian yang juga dari Australia sebelum itu disoal terlebih dahulu oleh peguambela Ram Karpal, dan akan diikuti dengan pemeriksaan balas oleh peguamcara 11, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidan, yang mengetuai pasukan pendakwa.

Beliau yang berpengalaman dalam bidang kajian DNA dijemput khas oleh peguambela untuk memberi pandangan bersabit alatan dan prosedur operasi standard (SOP) makmal kimia untuk tujuan analisis sampel DNA.

Menjawab soalan peguam Ram Karpal, Brian menjelaskan jenis-jenis kelengkapan makmal kimia yang kebiasaannya digunapakai makmal di seluruh dunia termasuk di Jabatan Kimia Malaysia (JKM).

Menurut Brian lagi, selepas menerima data daripada kedua-dua ahli kimia Malaysia, beliau telah membuat satu laporan berasingan. 

Laporan bertajuk 'Report of Malaysian Version in the case of PP vs AI' disediakan beliau pada tahun 2009. 

Dalam keterangannya, Brian menjelaskan tentang beberapa terma dalam ujian DNA. 

Brian menjelaskan terma seperti starter, peaks, polymerase Chain Reaction (ujian PCE), dan electropherograms.

Beliau juga menjelaskan tentang istilah 'short tandem repeat' (STR) dan 'loci' dalam ujian DNA.

Jelasnya lagi, DNA dari darah, mani darah, dan sampel badan seseorang itu, adalah sentiasa serupa.

Oleh itu katanya, terdapat garispanduan standard antarabangsa agar ia boleh ditafsirkan di peringkat antarabangsa.

Bagaimanapun ulasan teperinci Brian itu mendapat bantahan Timbalan Pendakwaraya (DPP) Datuk Yusof Zainal Abiden dengan alasan saintis itu tidak layak memberi sebarang pandangan memandangkan beliau tidak menganggotai lembaga JKM.

Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah yang menerima bantahan itu kemudian mengarahkan Brian untuk memberi keterangan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman beliau dalam aspek ujian makmal.

Pada perbicaraan kes hari ini, pendakwaraya turut menjemput pakar forensik DNA Jabatan Kimia Malaysia Dr Seah Lay Hong bertindak sebagai pemantau.

Pakar kimia Dr Seah dan Nor Aidora Saedon sebelum ini mengesahkan bahawa sampel DNA 'lelaki Y' adalah milik Anwar.

Walau bagaimanapun pasukan pembelaan mempertikaikan keputusan ujian makmal yang disifatkan tidak mengikut standard antarabangsa malah menuntut bukti ujian itu dikemukakan kepada mahkamah.

Anwar yang dari awal menafikan tuduhan itu turut mengecam tindakan polis yang mengambil sampel DNA beliau tanpa kerelaan selepas ditahan semalaman di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 16 Julai 2008.

Selepas dibebaskan keesokkan hari, pasukan forensik PDRM telah mengambil sehelai tuala 'Good Morning', berus gigi, botol air mineral dan sehelai rambut dari lokap tersebut dan diserahkan kepada JKM untuk tujuan analisis.

Laporan lanjut menyusul.
Iklan Penaja
 
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...