Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Ogos 09, 2011

Kamu Takut!!! "Kerana Salah, Berani Kerana Benar..!!!"


Uthman nafi tolak dialog ulama Perlis

SHAH ALAM - “Saya tidak menolak untuk berdialog, tetapi saya mahu diadakan secara tertutup dengan penganjuran daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN),” kata Felo Kehormat Institut Pemikiran dan Peradaban Islam Antarabangsa (Istac) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Muhammad Uthman El Muhammady.

Uthman membalas kenyataan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya yang mengaku kecewa apabila ulama itu dikatakan menolak untuk berdialog dengan Jawatankuasa Fatwa negeri berkenaan berhubung isu fahaman Wahabi dan juga kaitan Arab Saudi dengan dakwaan penyebaran fahaman itu di negara ini.

Menurutnya, isu terbabit tidak sepatutnya dibincangkan secara terbuka kerana ia melibatkan keselamatan negara selain boleh menggugat hubungan baik antara negara.

“Dialog seperti itu perlu tertutup dan dihadiri pakar yang dipilih oleh KDN dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya.

Apa yang berlaku sebelum ini, katanya, perlu dijadikan pengajaran apabila ada individu yang hadir pada satu perbincangan anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah bocorkan rahsia pembentangan isu olehnya yang dikatakan menyentuh fahaman Wahabi, keganasan dan juga percanggahan dengan amalan Islam di negara ini.

Katanya ini berlaku apabila apa yang dikatakannya pada majlis tertutup itu tersalah tafsir maksud kenyataannya.

Uthman berkata, KDN dan Jakim perlu menangani soal kebocoran maklumat dalam majlis anjuran MKN sehingga boleh menjejaskan hubungan dengan negara lain.

“Apa yang saya katakan bukan untuk meraih publisiti tetapi sebagai maklumat kepada kerajaan untuk melihat masalah itu. Tidak timbul isu ada negara yang bahaya kepada Malaysia dan ibadah haji perlu ditangguhkan seperti yang dilaporkan. Saya sendiri baru sahaja menunaikan haji tahun lalu,” katanya.SinarHarian

Komen : Memang sah!! la kamu ni ulama upahan umno yahudi......kamu takut sebab kamu salah... Ada agenda jahat kamu.....kah kah kah..."Rakyat Malaysia Akan Humbankan UmnoBN...."

Iklan Penaja
 

Iklankan Perniagaan Anda, Sambil Jana Pendapatan..!!! Klik Sekarang!!

Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Didikkan Agama..!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...