Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Ogos 05, 2011

JMM Keluarkan Amaran Taufan Muifa Akan Landa Perairan Malaysia


KUALA LUMPUR 5 OGOS : Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran bahawa angin kencang dan laut bergelora termasuk di beberapa kawasan perairan negara kesan daripada Taufan Muifa di Selatan-Tenggara Pangkalan Tentera Udara Kadena di Jepun hari ini.

Menurut kenyataan jabatan itu, taufan Muifa yang dikesan sekitar jam 3.00 pagi tadi kini bergerak ke arah Barat dengan perlahan.

Taufan itu kini berada 2,362 km ke Utara-Timur Laut Kudat dan 2,395km ke Utara-Timur Laut Sandakan di Sabah.

Sehubungan itu, angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berterusan di Phuket, Thailand, sehingga 12 Ogos dan di perairan Sabah (Pantai Barat dan Kudat), Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan sehingga Selasa depan.

Angin kencang itu turut diramal berlaku di perairan Samui (Kelantan dan Terengganu) serta Tioman (Pahang) pada Ahad dan Isnin ini.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil serta aktiviti rekreasi laut.TVSNEWS

Iklan Penaja


Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Didikkan Agama..!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...