Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Ogos 25, 2011

Isu cincin RM24J: Saya tak perlu minta maaf, kata Chegubard

August 25, 2011
KUALA LUMPUR, 25 Ogos ─ Badrul Hisham Shaharin menegaskan tiada keperluan untuk beliau memohon maaf kepada isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berhubung dakwaannya tentang pembelian cincin ekoran tindakan satu akhbar Indonesia baru-baru ini.

Sebaliknya menurut Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ini, Rosmah sepatutnya menjelaskan perkara sebenar tentang status cincin.
Badrul Hisham yang popular dengan panggilan Chegubard berkata sejak pendedahan tentang pembelian cincin bertatahkan berlian itu didedahkan Rosmah (gambar) masih belum membuat sebarang penjelasan.

“Sejak isu pendedahan cincin bernilai RM24.45 juta yang dikaitkan dengan Rosmah Mansor banyak media arus perdana gunakan untuk menyerang Chegubard, Chegubard dituntut memohon maaf dan dituduh diam dan gagal menjawap apabila kononnya didedahkan menipu.

“Sudah hampir sebulan pendedahan mengenai wujud kemasukan cincin dikaitkan dengan Rosmah Mansor, sejak itu beliau diam dan membisu cuma pengampu-pengampu beliau yang sibuk menuduh ia fitnah tanpa sebarang penjelasan,” katanya menerusi entri blog beliau.

Tegas Badrul Hisham, beliau tidak menuduh sesiapa dalam dakwaannya itu, tetapi kewujudan borang kemasukan cincin itu dengan jelas tertera nama “orang yang menyamar wanita pertama negara.”
Justeru kata beliau, Rosmah perlu membuat penjelasan.

“Beliau bukan pegawai Kastam, beliau bukan pegawai syarikat penghantaran dan adakah beliau membuat kerja sambilan sebagai penganjur pameran? Adakah sesuai dengan imejnya yang menyamar sebagai wanita pertama dan membuat kerja sambilan?

“Tidak ada keperluan untuk Chegubard mohon maaf. Chegubard tidak ada kaitan dengan permohonan maaf Kompas atau pengarah komunikasi PKR, sebaliknya Rosmah yang seharusnya tampil untuk menjelaskan kedudukan sebenar,” katanya.

Sebelum ini Badrul Hisham berkata  berdasarkan maklumat yang diterima SAMM pada 16 April lalu, berlian yang dikenali sebagai “Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Ketua PKR Rembau itu turut mendesak supaya Rosmah memberi penjelasan sumber wang yang dibelanjakannya untuk membeli cincin tersebut.Badrul berkata beliau juga akan menyerahkan salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin itu bebas daripada dikenakan cukai import.

Bagaimanapun awal bulan lalu, Rosmah menyifatkan dakwaan yang mengaitkannya sebagai satu fitnah dan beliau tiada masa mahu melayan perkara itu.Hujung minggu lalu akhbar Indonesia, Kompas memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya atas satu laporan — berkaitan cincin berlian — yang disiarkan pada 4 Ogos lalu yang berunsur fitnah.

Permohonan maaf itu adalah berkaitan dengan tulisan yang mengaitkan isteri Rosmah dengan sebuah syarikat perniagaan, yang telah dinafikan kebenarannya dan juga cincin itu, yang sebenarnya tidak pernah dipesan oleh Rosmah.TheMalaysiaInsider

Iklan Penaja

    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...