Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Ogos 14, 2011

Fitnah Liwat 11: Orang gaji 'hilang' boleh lewatkan kes

Selepas kemunculan mengejut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor Jumaat lalu untuk ditemubual peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat terhadapnya, mereka masih ada enam lagi saksi termasuk dua orang gaji Indonesia kepada pemilik kondominium, Hasanudin Abdul Hamid.

Peguam Anwar, Sankara Nair memberitahu Malaysiakini, menurut pegawai penyiasat, Supt Jude Blacious Pereira, orang gaji tersebut - Suliati dan Fitria Dipan - sudah pulang ke Indonesia dan polis belum lagi dapat mengesan mereka.

NONE"Pihak pendakwa perlu melaporkan kepada mahkamah esok bilakah pihak pembela dapat menemubual baki saksi-saksi tersebut.

"Pemahaman di mahkamah ialah sehinggalah semua saksi yang ditawarkan kepada pihak pembelaan telah disediakan dan ditemubual, pembelaan Anwar tidak boleh diteruskan. Oleh itu, tanggungjawabnya terletak pada pihak pendakwa untuk menyediakan mereka," tegas Sankara.

Selain dua orang gaji tersebut, seorang lagi saksi yang ditawarkan oleh pihak pembela ialah bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan (atas).

Bantah kehadiran Anwar


Selasa lalu, mahkamah menolak bantahan pihak pendakwa terhadap kehadiran Anwar ketika bekas ketua polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof enggan ditemubual.

Sehingga ini, pihak pembela telah menemubual 19 saksi termasuk Najib, Rosmah dan Mohd Rodwan yang menjadi aide-de-camp Najib ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri (TPM).

Bagaimanapun Najib, Rosmah, dan Rodwan ketika ditemubual Jumaat lalu, berkata, tidak mahu menjadi saksi pembela dan enggan untuk menjawab soalan yang dikemukakan.

mumtaz jaafar 120510Peguambela telah menemubual lima saksi beberapa minggu lalu,
termasuk bekas atlit negara, Datuk Mumtaz Jaafar (kiri), yang dikatakan rakan karib Rosmah, Khairil Annas Jusoh - bekas pegawai khas Najib ketika menjadi TPM dan Dr Mohamad Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi, yang merupakan orang pertama memeriksa Saiful.

Dr Anantha Raj Daniel dari Hospital Kuala Lumpur dan saudara perempuan Saiful - Saidati - juga telah ditemubual.

Selain Musa dan dua bekas orang gaji Indonesia itu, mereka yang belum ditemubual ialah ibu bekas tunang Saiful, Sharehah Md Salim; jururawat hospital Pusrawi, Yazihan Jusoh, dan pengawal peribadi Anwar, Mohd Rasid Mohd Rosdi.MalaysiaKini

Iklan Penaja
 
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...