Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Julai 01, 2011

Timbalan Pengerusi SPR Perlu Letak Jawatan Dengan Segera..!!!!!!!!

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali mendesak Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk meletakkan jawatan.
Ini berikutan  kegagalannya  bersikap profesional dan berat sebelah apabila mendakwa Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga diperalat oleh pemimpin pembangkang untuk membantu Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Kenyataan Wan Ahmad itu disiar dalam laman portal Malaysiakini, semalam.
” SPR sama sekali tidak boleh berpihak atau mencampuri urusan mana-mana pertubuhan sama ada pertubuhan yang berkaitan dengan kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti BERSIH.”

“Beliau juga gagal membezakan keperluan untuk setia kepada ‘government of the day dengan taat kepada ‘governing party’.”“Ini menzahirkan watak sebenar beliau sebagai alat kepada pimpinan UMNO dan sistem yang rosak.  Ini tidak menggambarkan sikap profesional seorang pegawai yang memegang amanah dan tanggungjawab menjamin institusi SPR kekal sebagai badan yang bebas,” tegas Azmin.

Azmin turut mengulas dakwaan SPR bahawa komponen Pakatan Rakyat  mula risau dengan kebangkitan Barisan Nasional memperlihatkan kemenangan dalam beberapa pilihan raya kecil sejak tahun lalu.
“Pilihan raya yang bebas dan adil tidak memungkinkan seseorang itu mengetahui siapakah yang akan menang dalam sesuatu pilihan raya.”

“Apakah beliau sudah merancang sesuatu bagi menjamin kemenangan UMNO dan Barisan Nasional? Kalau inilah peranan yang dicatur olehnya, maka pilihan raya di Malaysia sememangnya tidak lagi bebas dan adil!” katanya dalam satu kenyataan media.
Justeru, beliau mewakili KEADILAN menuntut Timbalan Pengerusi SPR itu menarik balik kenyataan beliau atau meletakkan jawatan serta merta kerana telah menjejaskan kredibiliti SPR.”
“Wan Ahmad harus memikul tanggungjawab ini dan meletakkan jawatan serta merta. Beliau tidak lagi punyai maruah dan kredibiliti untuk memimpin SPR,” kata Azmin.KeadilanDaily
    

1 ulasan:

  1. Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali patut SEGERA letak jawatan kerana penipuan dalam pemilihan pucuk pimpinan PKR yg lepas.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...