Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Julai 03, 2011

SPR Pun!!! Anjing UmnoBN Juga..... Rakyat Perlu Bangkit!!!!


Bersih enggan bincang SPR


SHAH ALAM – Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 enggan mengadakan lagi perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana mendakwa suruhanjaya itu berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

Pengerusinya, Datuk S Ambiga berkata, SPR tidak bertindak sebagai badan bebas dalam menyuarakan pandangan terutamanya apabila mendakwa Bersih 2.0 sebagai alat parti pembangkang.

“Sebelum tuduh kami tidak bebas, sepatutnya (Timbalan Pengerusi SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar perlu berfikir dan bebas (daripada BN). Wan Ahmad bukan penjawat awam kerana sebagai wakil badan yang bebas, beliau tidak sewajarnya menyatakan pandangan berat sebelah dan berpihak kepada BN.

“Tiada guna untuk berbincang sedangkan SPR sendiri tidak faham tujuan sebenar Bersih 2.0 sebagai badan bebas yang memperjuangkan hak pilihan raya yang bebas dan adil,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, Bersih belum berpuas hati dengan sistem pilihan raya negara kerana tiada tindakan yang dikenakan semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak pada Mac lalu.

“Perbincangan tidak akan menyelesaikan masalah kerana setiap tuntutan kami tetap tidak dipenuhi.

“Malah, perhimpunan pada 9 Julai depan juga bukan langkah tergesa-gesa kerana Bersih 2.0 hanya mahukan lapan tuntutan itu dipenuhi dan dilaksanakan sebelum pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Bagaimanapun, Ambiga mengakui terdapat beberapa tuntutan sebelum ini perlu melalui pelbagai prosedur peringkat perlembagaan dan undang-undang.

“Lapan tuntutan kami merupakan permintaan singkat yang boleh dilaksanakan serta-merta atau ketika Pilihan Raya Umum ke-13, nanti” katanya.

Ditanya mengenai tekanan pelbagai pihak menentang agenda perhimpunan Bersih, Ambiga berkata, ia adalah intimidasi (perilaku agresif yang sengaja) dilakukan untuk memberi tekanan kepada agenda Bersih.SinarHarian


Iklan Penaja
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...