Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Julai 25, 2011

Giliran Air Asia Malukan Najib....!! Kah kah kah..

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menerima tamparan hebat sekali lagi apabila syarikat tempatan paling terkemuka dan dikenali seluruh negara, Air Asia dilaporkan akan memindahkan pusat pengurusannya keluar daripada negara ke Indonesia.

Selepas memalukan negara di persada antarabangsa dengan cara tidak cerdik pengendalian Bersih 2.0 sehinggalah penahanan peguam hak asasi Perancis William Bourdon, Asia Sentinel melaporkan bahawa Najib dan negara kini kena terpaksa berdepan pula dengan keputusan Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Tony Fernandes yang mengesahkan keputusan untuk memindahkan pusatnya ke Jakarta Khamis lalu, di Tokyo.

Laporan itu memetik Tony sebagai berkata langkah itu adalah untuk menaikkan taraf imej Air Asia sebagai syarikat penerbangan Asia Tenggara dan bukan sekadar syarikat penerbangan Malaysia.
Air Asia berkembang pesat ketika negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi dan dikaitkan juga dengan menantu beliau yang kini ketua pemuda Umno, Khairy Jamaludin Abu Bakar.

“Saya tak tahu sama ada Najib diberitahu atau tidak. Tapi buat apa Tony harus peduli? Ada asas perniagaan yang cukup untuk berpindah ke Jakarta,” kata seorang rakan perniagaan yang rapat dengan Tony.

Asia Sentinel turut menceritakan bahawa lawatan Najib ke tiga negara baru-baru ini hanya untuk memperbaiki imej negara selepas terjejas teruk akibat cara kerajaan pimpinannya mengendalikan perhimpunan awam Bersih 2.0 yang menuntut pilihanraya adil dan bersih.

“Seperti yang berlaku 1980-an, Malaysia turut meng’hitam’kan laporan mengenai perhimpunan tersebut dalam majalah The Economist,” tulis laporan itu lagi.

Selepas itu, laporan itu berkata pada tanggal 23 Julai yang lalu, negara terpaksa berdepan dengan keputusan Suruhanjaya Diraja yang merumuskan bahawa ‘seorang pembantu politik kepada seorang ahli politik pembangkang telah didesak sebegitu teruk dalam satu marathon soal-siasat kerana pembelanjaan pejabat sehingga beliau buang sendiri keluar daripada tingkap dan bunuh diri.’

Ini pula diikuti dengan penahanan Bourdon di KLIA yang akhirnya dihantar pulang ke Paris Jumaat lalu.

“Keputusan Air Asia untuk memindahkan ibu pejabatnya ialah satu propaganda negatif yang serius kepada pelan 1Malaysia Najib, yang merupakan satu usaha intensif untuk menarik pelaburan asing ke dalam negara.

Pada September 2010, kerajaan Malaysia telah mengumumkan satu pelan agresif untuk menggerakan beratus billion dalam pelaburan swasta untuk membawa negara keluar daripada perangkap golongan pendapatan sederhana, dan melipat gandakan pendapatkan untuk membawa Malaysia ke tahap negara membangun pada 2020,” kata laporan tersebut.

Air Asia, kata Asia Sentinel mungkin merupakan syarikat kedua selepas Petronas yang mempunyai impak antarabangsa.

“Petronas telah melakukannya dengan mengiklankan dirinya semasa Formula 1 dan menaja sebuah kereta, di mana Tony juga melakukannya juga,” tambah laporan itu lagi.

Air Asia yang dilancarkan pada tahun 2002 dengan hanya dua kapal terbang, kini memiliki 93 kapal terbang yang menakluki seluruh Asia. Selain itu, adanya juga Air AsiaX yang terbang ke Eropah, Jepun dan Korea. Sebelum ini, syarikat tersebut baru sahaja menempah 300 Airbus A30neos untuk mengembangkan penerbangannya ke luar Asia.

“Ini bukan sahaja merosakkan imej awam. Untuk 10 tahun yang lepas, berdasarkan report Reuters, syarikat swasta telah melabur sebanyak RM535 billion, berdasarkan data rasmi. Pelaburan swasta untuk Malaysia hanya 10 peratus daripada GDP, yang terendah di Asia dan satu pertiga daripada apa yang sebelum krisis kewangan Asean 1998. Kerajaan, menurut Reuters, menyumbangkan separuh daripada pelaburan di Malaysia,” kata laporan tersebut.

Tambahnya lagi, Malaysia sudah lama dibelenggu pengeluaran modal dari negara, yang sering dilihat sebagai satu indikasi ketidakpercayaan para peniaga terhadap negara, walaupun dalam kes Malaysia mungkin sebahagian besar itu berpunca daripada kecurian balak yang keluar daripada negara melalui Sarawak dan Sabah.

“Walaupun begitu, laporan Global Financial yang berpusat di Amerika Syarikat telah menjangkau dalam satu laporan 2010 bahawa sebanyak RM888 billion telah keluar daripada negara antara tahun 2000 sehingga 2008.

Pengeluaran wang haram secara amnya melibatkan pemindahan wang yang diperolehi melalui aktiviti-aktiviti haram seperti rasuah, urus niaga yang melibatkan barang-barang seludup, kegiatan jenayah dan usaha untuk kekayaan tempat perlindungan daripada pihak berkuasa cukai.

Ketika ditanya mengapa beliau membuat keputusan untuk memindahkan ibu pejabat Air Asia ke Jakarta, ini jawapan Tony.

“Asean berpusat di Jakarta, dan Indonesia bakal menjadi ekonomi terbesar di Asean dalam masa yang akan datang… dan saya suka di sini,” kata Tony dipetik Asia Sentinel.

Jawapan Tony, kata laporan itu sudah menunjukkan bahawa beliau telahpun membeli sebuah rumah yang baru di Jakarta. Namun yang lebih penting, adakah ini turut menunjukkan bahawa ekonomi negara semakin malap di bawah kepimpinan Najib?HarakahDaily

 Iklan Penaja


Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Didikkan Agama..!!
 
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...