Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Jun 03, 2011

Sultan Selangor Puji Sinar Harian..Tahniah!!!!


Harapan Sultan Selangor

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu Sinar Harian terus mengekalkan konsep neutral dan menerapkan profesionalisme kewartawanan yang tinggi dalam setiap liputan.

Titah baginda, seiring slogan ‘Telus dan Tulus’, penyiaran akhbar ini hendaklah tidak menyebelah mana-mana pihak, sebalik­nya memberikan informasi tepat mengenai keadaan semasa negara, khususnya di negeri Selangor.

“Beta membaca Sinar Harian setiap hari dan mahu akhbar ini lebih menonjolkan berita mempunyai nilai pendidikan, motivasi dan kemanusiaan,” titah baginda ketika merasmikan bangunan baru, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi dan Pengarah Urusan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub.

Baginda bangga dengan Karangkraf yang bermula dari syarikat kecil, tetapi kini menjadi penerbit dan pencetak utama di negara ini.

“Beta yakin syarikat mampu sumbang ke arah pembentukan pemikiran masyarakat murni. Beta berbangga kerana hasil kreatif syarikat ini mampu integrasikan kaum di Malaysia.

“Sifat tidak mengenal putus asa harus sentiasa disemat di hati, meskipun terdapat banyak persaingan, namun usaha dan tawakal, insya-Allah segala diimpikan menjadi kenyataan,” titah baginda.

Baginda yakin dengan terbinanya bangunan baru itu, akan menyuntik semangat pihak pengurusan dan warga kerjanya untuk terus menghasilkan bahan bacaan dan maklumat terkini.

“Bahan ini akan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat seterusnya menjana kemajuan serta kesejahteraan rakyat Selangor khasnya dan Malaysia amnya,” titah baginda.

Dalam kunjungan lebih dua jam itu, baginda berkenan menyaksikan operasi di jabatan editorial, grafik, foto serta melihat kecanggihan teknologi percetakan yang membolehkan bahan paling terkini dicetak dalam masa yang singkat.

Baginda menekan suis mesin mencetak edisi khas Sinar Harian dengan berita dan gambar terkini perasmian yang baru dirakamkan kira-kira 30 minit.SinarHarian

Komen : Syabas!! Akhbar Sinar Harian..!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...