Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Jun 26, 2011

Pas 100% Tidak Percaya!! Dalam Video Seks Fitnah Itu DSAI..!!


Pas tidak terjejas


SHAH ALAM – Pas tetap bersama Pakatan Rakyat (PR) walaupun lelaki dalam video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan 99.99 peratus menyerupai Ketua Pembangkang itu.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, tidak timbul isu Pas akan mengkaji kedudukan dalam PR kerana perjuangan parti itu bersama rakan sekutu yang lain masih belum selesai.

“(Video seks itu) tidak langsung menjejaskan hubungan kami dalam PR kerana pendirian kami jelas bahawa beliau (Anwar) tidak terlibat dalam isu membabitkan video seks.

“Ini kerana yang tulen hanya video dan bukannya individu (dalam video seks itu),” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, isu video seks adalah masalah peribadi Anwar.

“Ia tiada kaitan mengenai kerjasama Pas dalam PR, kerana perjanjian parti dengan PR, bukan dengan Anwar.

“Justeru, isu Pas keluar PR tidak timbul kerana Pas masih tetap bekerjasama dengan PR,” katanya.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kelmarin diberitahu bahawa dua pakar anliasa pengecaman wajah dari Dartmouth College, Amerika Syarikat mengesahkan daripada kajian mereka bahawa lelaki dalam video itu 99.99 peratus menyerupai Anwar.

Trio Datuk T yang dianggotai bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuaib Lazim didapati bersalah menayangkan video itu kepada sekumpulan wartawan 21 Mac lalu.

Mirip sahaja, bukan Anwar

SHAH ALAM - Pas menyangkal kenyataan laporan pakar pengecaman wajah yang menyebut pelaku dalam video seks sebagaimana didedahkan, mirip 99.99 peratus Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, teknik mengubah wajah menyerupai individu tertentu telah dipraktikkan dalam industri penerbitan filem.

“Mereka hanya kata 99.99 peratus mirip, tidak semestinya bermaksud memang itu Anwar.

“Watak Omar Mukhtar yang dilakonkan Anthony Quinn dalam filem Lion of The Desert juga menyerupai Omar Mukhtar sebenar. Jadi, apa nak dihairankan, semua teknik begini boleh digunakan untuk memerangkap seseorang,” katanya.

Beliau menegaskan, walaupun isu itu diberi liputan media di negara ini, ia tidak menjejaskan sokongan terhadap Pakatan Rakyat malahan mampu melonjakkan nama ketua pembangkang itu.

“Ia akan melariskan lagi publisiti Anwar seperti pertambahan undi dalam program realiti televisyen, Maharaja Lawak.

"Bagi saya, ini adalah sebahagian daripada cerita lucu zaman moden,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tiada sebarang dokumen dikemukakan berhubung perkara itu malah ia sekadar kenyataan lisan daripada peguam.

“Ia tiada kaitan mengenai kerjasama Pas dalam PR, kerana perjanjian parti dengan PR, bukan dengan Anwar.

“Justeru, isu Pas keluar PR tidak timbul kerana Pas masih tetap bekerjasama dengan PR,” katanya.SinarHarian 
    

1 ulasan:

  1. nak ttanye skit laa..dlm filem MatHama Ghandi tu..pelakon yg jd MaThama Ghandi tu sapa ekk..??adekah MaThama Ghandi sendiri atau ore lain yg menyamar jdik dia...dok rase kes DSAI ni pun lagu tu jgak x??

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...