Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, April 18, 2011

Pakatan: Undi popular BN S'wak merosot!!!

Walaupun gagal untuk menafikan BN Sarawak majoriti dua pertiganya dalam pilihan raya negeri semalam, tetapi Pakatan Rakyat berpuashati kerana undi popular BN telah merosot lapan peratus.

sarawak election pakatan pc kuching 170411 01Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng (paling kiri dalam foto) berkata
undi popular BN telah merosot daripada 63 peratus pada 2006 kepada 55 peratus kali ini.

“Saya percaya pilihan raya ini menunjukkan bahawa Sarawak bukan 'simpanan tetap' seperti yang didakwa mereka.

“Ini peralihan lapan peratus, yang merupakan satu peralihan yang besar. Jika ini berterusan dalam pilihan raya parlimen nanti, maka BN akan kalah lebih banyak kerusi,” kata Guan Eng.

NONEBeliau memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di Kuching
bersama dengan pemimpin tertingi Pakatan.

Dalam pilihan raya negeri semalam, BN kalah hampir semua kerusinya di kawasan bandar dan tiga kerusi luar bandar. Pakatan pula berjaya memenangi 15 kerusi, dan satu lagi kerusi dimenangi calon Bebas. Dewan Undangan Negeri Sarawak mempunyai 71 kerusi.MalaysiaKini

Komen Seorang Hamba Allah :
di harap kepada semua calon-calon pr yang menang dan kalah harus teruskan membela nasib rakyat, jangan tunggu dekat pilihanraya baru nak datang ke akar umbi.harus bergerak sekarang kalau nak menang pru13 nanti.kami mahu semua ketua-ketua pr dan barisan pimpinan tertingi kerap bertemu dengan rakyat agar mereka memahami dasar-dasar.jangan tunggu bubar baru nanti kelangkabut.sediakanlah calon-calon yang berkelayakan.masa 10 hari berkempen terlalu singkat.Apapun tahniah kepada Pakatan kerana berjaya mengurangkan kerusi bn.
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...