Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, April 19, 2011

Mampus!!! Najib Kali Ni..!!!

Skandal Scorpene: Suaram lantik hakim bebas di Perancis 

KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) pada mesyuarat 18 April lalu, memutuskan untuk melantik seorang hakim bebas di Mahkamah Perancis bagi membicarakan kes dakwaan rasuah pembelian dua kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.

Pengarah Urusetia Suaram, Cynthia Gibrael, berkata tiga peguam yang mewakili Suaram, Joseph Breham, William Bourdon dan Renaud Semerdjian telah dimaklumkan untuk mendapatkan seorang hakim bebas di Perancis bagi mengendalikan kes itu.

“Siapa hakim bebas itu, akan diketahui dalam dua tiga minggu lagi,” kata Cynthia kepada KeadilanDaily, hari ini.

Gambar Hiasan
Melalui pelantikan hakim bebas itu, beliau berkata, mahkamah Perancis akan diberi kuasa untuk memanggil atau mendapat maklumat dari mereka yang terlibat untuk diambil keterangan.
“Sama ada mereka yang terlibat ada di Perancis atau di negara luar tidak timbul kerana mahkamah boleh menggunakan pelbagai peruntukan antarabangsa untuk memanggil saksi bagi memberi keterangan,” kata peguam itu.

Awal april lalu, laman web Rue89 berpangkalan di Perancis mendedahkan kes mahkamah di negara itu yang menjalankan pendakwaan berhubung bayaran komisyen pembelian dua  kapal selam Scorpene antara Armaris dengan Perimekar Sdn Bhd.

Armaris merupakan syarikat pembina kapal selam kelas diesel jenis Scorpene yang juga anak syarikat firma pertahanan Gergasi Perancis, DCN (Direction des Constructions Navales) dengan usahasama firma Sepanyol Agosta.

Perimekar Sdn Bhd adalah syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda, Mazlinda Makhzan. Abdul Razak yang terlepas dari kes pembunuhan kejam warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Abdul Razak adalah bekas penasihat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam keterangan Rue89, Armaris membuat kenyataan tidak pernah terlibat membayar  Perimekar Sdn Bhd 114 juta Euro (RM493.53 juta) tetapi sebenarnya ia dibayar kerajaan Malaysia sendiri.
Perjanjian pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai berbillion dollar itu dimeterai Najib selaku Menteri Pertahanan pada 2002.

Pada April tahun lalu, seorang ahli perundangan Perancis, Joseph Breham menfail aduan di mahkamah Perancis berhubung skandal pembelian dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia.
Mengikut perundangan Perancis, amalan memberi komisyen adalah jenayah berat.KeadilanDaily
    

4 ulasan:

  1. Ala si Cynthia berani tunjuk taring kat pemimpin melayu aje. Cuba kalau kena dengan pemimpin cina dan india senyap macam tikus jatoh keberas. Biasalah orang2 melayu PKR dan PAS kecut telor bila geng PR mengutuk melayu.Samanlah PKR macamlah mahkamah Malaysia nak layan lawyer Perancis. Bodoh punya serani macam Sang Rajunatapa membuka kota melaka kepada majapahit. Hancur...hancur negara ada PKR macam Cynthia.

    BalasPadam
  2. marah pula kita nak cari keadilan

    BalasPadam
  3. memberi atau menerima komisen adalah salah bagi undang-undang, kerana Perancis telah menandatangani konvensyen Organization for Economic Cooperation and Development (OECD) yang melarang komisen bagi sebarang urusniaga pembelian senjata.

    BalasPadam
  4. Di bawah konvensyen OECD 2000 di mana Perancis merupakan ahli, mana-mana individu rakyat Perancis ataupun syarikat Perancis yang didapati terlibat dalam perjanjian korup dengan kerajaan asing boleh dihukum 10 tahun penjara dan didenda 150,000 Euro.
    sbb tu mahkamah perancis nak siasatla bodoh...lepastu kita pun bole la dapat kebenaran pasal kes altantunya ttg sapa yg arah polis bangang gi letup c4 tu...kes tu xsettle lagi pada aku sbb yg bunuh jer yg dihukum....yg arahkan sapa....bodoh...dahla bodoh...sombong lak tu

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...