Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Mac 20, 2011

Singkirkan BN Demi Kesejahteraan Masyarakat Pribumi Sarawak


KUCHING 20 MAC : Pimpinan Pakatan Rakyat menyifatkan sudah sampai masanya rakyat Sarawak berubah bagi menjamin keadilan terhadap kaum Penan yang sentiasa berdepan pelbagai 'ancaman' yang dihalalkan Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Ketua Menterinya Tan Sri Taib Mahmud.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat Sarawak Baru Bian menyifatkan, kerajaan Taib tidak pernah membantu masalah rakyat pribumi Sarawak sebaliknya bersekongkol dengan pihak berkuasa dan kroni demi kepentingan masing-masing.

"Dalam isu mengenai kes penganiyaan seks terhadap wanita Penan, kerajaan negeri tidak mengambil langkah proaktif tapi tidak menganggap serius malah sehingga ke tahap menyalahkan mangsa. Pihak polis juga tidak menjalankan tanggungjawab. Sepatutnya mereka buat siasatan sebelum keluarkan kenyataan tapi mereka keluarkan kenyataan terlebih dahulu," kata beliau dalam majlis penyampaian kenderaan kepada Masyarakat Penan di sini hari ini.

Pada September 2009, Laporan Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan Bagi Menyiasat Dakwaan Penderaan Seksual Terhadap Wanita Kaum Penan di Sarawak yang ditubuhkan oleh Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat mengesahkan bahawa penderaan seksual dan eksploitasi kaum wanita Penan di Sarawak sememangnya berlaku.

Namun perkara ini aktif dinafikan dan disenyapkan oleh pentadbiran Taib.

Ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jien turut menganggap perkara ini ialah jenayah kemanusiaan dan rakyat Sarawak perlu bertindak bagi memastikannya tidak berulang.

"Apa yang kita buat terhad. Untuk menghalang jenayah sebegini dari berlaku ialah untuk mengubah kerajaan. Dengan mengubah kerajaan mampu menghalang ia dari berlaku lagi," kata Chong yang juga ADUN Kota Sentosa.

Beliau turut mendesak rakyat Sarawak menentang Barisan Nasional dan bukannya Taib seorang sahaja kerana keadaan tidak akan berubah jika ia tidak dilakukan.

"Baru tadi saya dengar dari Malaysiakini hari ini Taib Mahmud mungkin akan bersara. Tapi apapun, jika dia bersara BN masih memerintah. Dan lagipun, dia  tidak beri sebarang tempoh masa bila dia hendak bersara. Jadi apapun jangan letak harapan Taib meletak jawatan," kata beliau ketika ditemui Tv Selangor semalam.

Sementara itu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap penindasan semakin meruncing dan mahu rakyat Sarawak melihat pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor dan negeri lain.

Khalid turut menyampaikan sumbangan RM60 ribu bagi pembelian dan penyelenggaraan kenderaan kaum Penan itu.

"Inilah masanya. Jangan tunggu lebih lama lagi.
"Sekarang kita tengok Menteri Besar dari Selangor boleh turun ke Sarawak untuk minta anda buat perubahan. Bukan untuk kami tapi untuk anda,"ujar beliau lagi.TVSNEWS

Komen : Rakyat sarawak apa tunggu lagi!!! ini lah masa untuk mambuat perubahan!!!!  Selamatkan sarawak!! berubah demi maruah!! sokonglah pakatan rakyat!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...