Anwar dakwa Putrajaya anak tirikan negeri Pakatan
Kerajaan Persekutuan Umno-Barisan Nasional menganak-tirikan negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat dalam pengagihan peruntukan sungguhpun Selangor dan Pulau Pinang menjadi tonggak utama ekonomi Malaysia, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Sebagai contoh, Selangor menyumbang RM16 bilion setahun kepada Kerajaan Persekutuan tetapi hanya diberikan RM400 juta setahun atau 2.9 peratus…ini adalah jumlah yang tidak munasabah,” kata Anwar kepada TV Selangor.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan wacana berjudul Federalism: Keadilan Dalam Pengagihan Kekayaan Negara di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam.
“Amat jelas bahawa beberapa prinsip asas Perlembagaan bersabit hak-hak negeri semakin terhakis…bukan sahaja yang membabitkan Sabah dan Sarawak tetapi juga di negeri yang ditadbir oleh PR,” katanya.
Anwar berkata sebelum pilihanraya umum 2008, negeri-negeri seperti Selangor yang ditadbir oleh BN menerima dua kali ganda peruntukan daripada apa yang diberikan ketika ini.
Beliau yang juga ketua umum PKR berkata perlembagaan Malaysia memperuntukan bahawa jumlah peruntukan untuk negeri harus berasaskan formula tertentu termasuk jumlah kepadatan penduduk.
"Yang kita pertikaikan ialah, mereka (kerajaan pusat) tidak mempunyai kaedah yang tetap dan rasional. Jika negeri itu diperintah oleh Pakatan Rakyat, maka peruntukan disekat, malah untuk Pulau Pinang jumlah peruntukan adalah lebih kecil" kata Anwar.
Pulau Pinang menyumbangkan hasil cukai RM2.5 bilion kepada kerajaan persekutuan dan merekodkan Keluaran Dalam Negara Kasar RM48 bilion pada tahun lalu. Namun peruntukan Putrajaya untuk kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat itu hanya sekitar RM150 juta.
Anwar berkata beliau peka kepada keperluan kerajaan pusat membela nasib penduduk di negeri-negeri yang kurang maju dan justeru itu memerlukan peruntukan yang lebih tinggi.
“Saya menerima prinsip itu. Tetapi jelas mereka (kerajaan pusat) tidak mempunyai kaedah pengagihan yang rasional dan konsisten. Jika negeri itu ditadbir oleh Pakatan Rakyat, peruntukan serta merta disekat.
“Kami terima hakikat bahawa BN adalah kerajaan pusat dan mempunyai kuasa untuk menguruskan dana awam dan dasar-dasar tetapi mereka harus mengiktiraf mandat penduduk di negeri-negeri (pimpinan Pakatan),” katanya.
Menurut Anwar, ini bukan soal menyusup kuasa kerajaan persekutuan dalam pengagihan peruntukan, namun amalan berkenaan jelas tidak telus dan konsisten.
“Tidak logik jika negeri-negeri Pakatan diberikan hanya 2.9 peratus dan negeri-negeri pimpinan Umno-BN diberi 20 peratus. Saya menekankan pengagihan peruntukan harus berlandaskan sistem yang rasional dan berpaksi kepada ketelusan dan prosedur kewangan yang ditetapkan.
“Tidak apa jika negeri-negeri miskin diberi peruntukan lebih, namun di Selangor juga bukan semua rakyatnya berpendapatan tinggi. Justeru mereka juga harus dibantu. Kita seharusnya memberi pertimbangan kepada kawasan-kawasan di mana penduduknya di pinggirkan,” katanya.MalaysiaKini
Senarai Blog...Geng
-
Umur 7 tahun sudah bergelar tunangan orang - KOSMOTangkap layar video yang memaparkan majlis pertunangan pasangan kanak-kanak berusia tujuh tahun di Madura, Jawa Timur. - TIKTOK @z0yaahmadJAKARTA – Se...Sejam yang lalu
-
PMX SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA DEMI RAKYAT MALAYSIA DAN MANUSIA SEJAGAT - Di sebalik fitnah-fitnah jijik dan keji yang dilemparkan oleh musuh-musuh politiknya, Anwar Ibrahim yang kini diamanahkan sebagai PM ke 10 terus ist...3 jam yang lalu
-
Kepedulian seorang pemimpin - *CATATAN MALAM* *Na'im dan isteri ditengah gelandangan.*MENJADI pemimpin bukan mudah seperti mana dibayangkan. Ia mempunyai tanggungjawab yang berat dan...3 hari yang lalu
-
JKR Pahang: Kerja Pembaikan Jambatan Bailey Di Jalan Kuantan - Segamat Bermula Awal Minggu Depan - *PEKAN*: Kerja-kerja pembaikan jambatan Bailey di Seksyen 102, Laluan Persekutuan 12 Jalan Kuantan-Segamat yang mengalami kerosakan akan bermula awal mi...4 hari yang lalu
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...Sebulan yang lalu
-
SUDAH TIGA KALI CETUS KONTROVERSI, APAKAH DAP MAHU SABOTAJ ANWAR? - Hanya dalam tempoh yang cukup singkat sebelum berakhirnya tahun 2023 ini, sudah tiga kontroversi dicetuskan oleh DAP berkaitan Melayu dan Islam di negara...3 bulan yang lalu
-
-
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI - #SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham Islam ya...2 tahun yang lalu
-
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri... - Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... * https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 * klik banner yang kami beri ini... *Testimoni klik s...2 tahun yang lalu
-
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2 - Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas.... Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...2 tahun yang lalu
-
Midea 9.5KG Top Load Fully Auto Washing Machine MFW-EC950 / MFWEC950 - *Berminat nak oder KLIK SINI*2 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...3 tahun yang lalu
-
-
Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia - *WaLlahu 'Alam* *KHALID SAMAD* www.khalidsamad.com3 tahun yang lalu
-
Senarai kerusi berdasarkan parti hasil persetujuan Pakatan Harapan - Kerusi parlimen yg akan ditandingi PPBM 1. Arau 2. Pdg Besar 3. Langkawi 4. Jerlun 5. Kbg Pasu 6. Jerai 7. Pendang 8. Baling 9. Pasir Puteh 10. Bachok 11. J...6 tahun yang lalu
Categories
1MDB
Agama
AHLI PAS
AirAsia
Ajaran Sesat
Amanah
Anwar
arak mas
Bantah GST
Bantah GST 1 mei
BantahObama
BebaskanAnwar
Berita Dunia
Berita Hot!!
BERITA PAGI
Berita Semasa
Berita sukan
BERSIH
BERSIH 4.0
CELAKA
CERAMAH
Dakwah..
DAP
Datuk Husam Musa
DEKLARASI RAKYAT
Dunia Islam
Fitnah
Fitnah 2
FITNAH UMNO
G18
GST
Harapan Baru
himpunan
Hudud
Iklan
iNFO PAGI
IS
Isu Semasa
Kajian
keadilan
Kedah
Kelantan
kerajaan
Kerajaan Haram
Khalid Samad
Live
Luar Negara
Malaysiaku
MAT SABU
MB Selangor
MH17
MH370
MINYAK NAIK..
NGO ISLAM
Nik Omar
Pakatan Harapan
Parlimen
PAS
PAS TERENGGANU
PASMA
Pemimpin umno curi duit rakyat
PH
PKR
PR
PR 2.0
PRK
PRK Bukit Gelugor
PRK Kajang
PRK Pengkalan Kubur
PRK Teluk Intan
pru14
Rafizi Ramli
Rakyat
Rasuah
Reformasi 2
Sahabat Anwar
Salahuddin Ayub
SAMM
Sebarkan
Selangorku
SPR
SPR Tipu
Terengganu
TGHH
TGNA
Tokoh
TPPA
Ulama
Ustaz Azhar Idrus
Popular Posts
-
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ...
-
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar k...
-
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan seba...
-
Mat Sabu: Malaysia & Myanmar The Most Undemocratic In Southeast Asia Iklan Penaja Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Did...
Selasa, Mac 15, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...