Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Februari 05, 2011

Umno Guna Tun Mahathir, Tipu Rakyat Malaysia.

Guna Mahathir Untuk Perdaya Rakyat



SHAH ALAM 4 FEB :Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya tidak mudah termakan mainan politik Umno-Barisan Nasional(BN) dalam usaha meneruskan cengkaman kuasanya di negara ini.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, modus operandi yang digunakan kerajaan Umno-BN masih sama walaupun pucuk pimpinannya bertukar tangan.

Watak yang dimainkan masih sama sehinggakan tidak sukar untuk membaca sandiwara yang ditonjolkan, kata Nik Nazmi, mengulas komentar sinis yang dilemparkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa rakyat Malaysia mesti mengakui negara ini adalah milik orang Melayu dan oleh itu, mereka mesti menerima budaya dan bahasa masyarakat itu.

Beliau berkata demikian dalam majlis wacana anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Wilayah Persekutuan Selasa lalu.

Menurut Nik Nazmi, tindakan Tun Dr Mahathir yang secara terus-terusan membakar sentimen Melayu walaupun di akhir karier politiknya, membawa petanda jelas, ada agenda yang dibawakan oleh pemimpin veteran itu.

Tun Dr Mahathir secara konsisten lewat kebelakangan ini mempertikai dan menuduh pihak-pihak tertentu cuba memecah-belahkan Melayu.

"Saya rasa dari awal lagi apabila Tun Mahathir bersama Perkasa dan memberikan komen-komen (yang) selama ini pun jelas menunjukkan bahawa beliau sendiri lebih menumpukan untuk memainkan sentimen Melayu. Jadi ini memang sebahagian daripada taktik biasa Barisan Nasional," tambah Nik Nazmi.

"Tun Mahathir rekodnya jelas. Ada sumbangan dia tetapi banyak juga yang dilakukan kepada masyarakat, jurang antara Melayu miskin dan kaya, skandal-skandal yang berlaku pada zamannya, semua perkara itu boleh kita imbas semula tetapi yang pentingnya rakyat Malaysia perlu bergerak ke depan. Kita jangan terperangkap dengan mainan mereka," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, perbezaan pendapat dan haluan yang ditampilkan dalam Umno-BN adalah untuk memastikan setiap watak berjaya mengumpulkan penyokongnya yang tersendiri namun akhirnya disatukan di bawah gagasan yang sama.

"Ada seorang yang akan membawa penderian sebegini dan akan mendapat sokongan daripada kumpulan sebegini, ada yang akan membawa pendirian begitu dan akan mendapat sokongan daripada kumpulan yang sebegitu. Dengan cara begitu, kumpulan yang kononnya moderat dan yang ektrem Melayu seperti Perkasa dapat bersatu," kata Khalid.

Namun ujarnya, taktik lama itu yang turut dimainkan oleh Tun Dr Mahathir, tidak lagi berbekas di hati rakyat yang sudah lama dahagakan perubahan.

" Mereka sedang memainkan peranan yang telah dipersetujui antara mereka dan perkara pokok yang ingin saya sebutkan ialah, perkara yang mereka cakapkan tidak boleh dipakai. Yang mana yang ekstrem Melayu pun satu lakonan, yang moderat hendakkan 1Malaysia juga satu lakonan. Dua-dua berlakon untuk kekalkan kuasa," jelas Khalid samad lagi.TVSNEWS

Komen : Tahniah!!! kepada ulasan Yb Khalib dan Nik Nazmi Pukulan maut untuk umnobn yang terdesak dan gila kuasa...      
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...