Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Februari 18, 2011

Tun (Mamak) : Semakin Tua Semakin Menjadi-jadi...

PAS cabar Mahathir kemuka bukti Nik Aziz salah tafsir Islam

February 18, 2011

Dalam entri terbaru di blognya kelmarin, Mahathir menggesa Nik Aziz, Mursyidul Am PAS berhenti daripada menyalah guna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri.
KUALA LUMPUR, 18 Feb – Pemimpin-pemimpin PAS mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad kemukakan bukti yang mengatakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyalah guna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri. “Saya cabar beliau (Dr Mahathir) untuk kemukakan bukti yang mana kenyataan Nik Aziz selama ini bertentangan dengan ajaran Islam dan merugikan orang Islam.
“Tolong kemukakan bukti yang mana satu, kalau ada bukti baru boleh cakap,” kata Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Jelas beliau, PAS mempunyai banyak bukti yang menunjukkan Dr Mahathir dan Umno menghina Islam, agama rasmi negara ini.

“Kita ada banyak bukti, selama ini Dr Mahathir dan Umno ada kuasa tapi tidak melaksanakan tanggungjawab untuk mengangkat martabat rakyat dan Islam.
“Selama 53 tahun Umno memerintah tapi mereka gagal, jadi saya minta supaya Dr Mahathir kemukakan bukti dulu sebelum nak keluarkan apa-apa kenyataan,” katanya.

Dalam entri terbaru di blognya kelmarin, bekas perdana menteri menggesa Nik Aziz, Mursyidul Am PAS, yang juga Menteri Besar Kelantan berhenti daripada menyalah guna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri.

“Saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri.

“Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.,” kata bekas perdana menteri ini dalam jawapan panjang lebar menjawab tulisan Nik Aziz awal bulan ini.

Justeru, Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno memberitahu Nik Aziz, “bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihan raya.”

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar pula berkata, Dr Mahathir tidak sepatutnya menyalahkan Nik Aziz dalam perkara tersebut.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, Dr Mahathir perlu memperbaiki diri daripada bercakap soal agama Islam.

“Banyak pendedahan yang kita buat sebelum ini menunjukkan Dr Mahathir yang salah tafsir Islam, banyak kenyataan yang beliau keluarkan tidak bersandarkan kepada ajaran Islam.

“Jadi Dr Mahathir perlu perbaiki diri daripada kata Tok Guru (Nik Aziz) salah tafsir Islam demi kepentingan politik,” katanya.

Jelas Mahfuz, apa yang dibagkitkan Nik Aziz selama ini tidak bertentangan dengan ajaran Islam, malah turut digalakkan.

“Politik ada dalam Islam, apa yang beliau (Nik Aziz) buat selama ini ikut Islam.
“Saya tidak nampak apa-apa yang dibangkitkan beliau selama ini bertentangan dengan ajaran Islam, tiada satu pun, malah tiada tindakan yang diambil terhadap beliau,” katanya.

Katanya, jika Nik Aziz menyalah guna dan menyalah tafsir Islam sudah pasti jabatan agama akan mendakwa beliau kononnya membawa ajaran sesat.

“Tapi tiada tindakan yang diambil, tidak pernah beliau disenaraikan sebagai pembawa ajaran sesat.
“Kalau ada sudah tentu beliau ditangkap,” katanya.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib berkata, bukan Nik Aziz yang salah tafsir Islam tapi Dr Mahathir sendiri yang tidak tahu Islam.
“Bukan Nik Aziz tapi Dr Mahathir sendiri yang tak faham Islam atau beliau sendiri memang tak faham apa itu Islam.

“Dr Mahathir tak faham Islam ... beliau memang tak faham sungguh, beliau tak belajar Islam sebab kalau faham Islam, mesti beliau tahu Islam mengamalkan politik, ekonomi, pendidikan dan banyak lagi.

“Tapi apa yang keluar dari mulut beliau ini seolah-olah menunjukkan beliau tidak tahu Islam, bagi saya beliau cakap atas dasar yang beliau sendiri tak faham,” katanya.

Awal bulan ini, Nik Aziz menjawab tuduhan Dr Mahathir ke atasnya dengan menegaskan, Umno yang selama ini “menzalimi orang-orang Melayu” dan menafikan beliau menjadi punca perpecahan orang Melayu Islam negara ini.

Sehubungan itu Nik Aziz berkata, Dr Mahathir sudah mula dijangkiti penyakit “Melayu Mudah Lupa” yang pernah disebutnya satu ketika dahulu, ketika menjadi perdana menteri dan presiden Umno.TheMalaysiaInsider

Komen : Apala.. orang tua(mamak) ni.... Kalau dah tuduh bagi la bukti.....Sudah la mamak duk diam2 boleh tak....semakin tua semakin menjadi2 la pulak....
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...