Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Februari 05, 2011

Tok Guru Sahut Cabaran Ulama Umno!!!!! Panas!!!

Nik Aziz sahut cabaran ulama UMNO

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyahut cabaran Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Profesor Mohd Noor Deris untuk berdebat berhubung dakwaan beliau membuat kenyataan yang merosakkan akidah selain memecahbelahkan umat Islam.

Nik Aziz berkata, debat adalah cara terbaik bagi menyelesaikan kekusutan sekali gus memberi kefahaman kepada umat Islam.

“Saya setuju kerana apabila berlaku kekusutan, kita diminta berdebat dengan cara baik bagi mencari jalan penyelesaian.

“Boleh (berdebat), tidak menjadi masalah asalkan kita menjadikan al-Quran sebagai ‘orang tengah’,” katanya selepas mengimami solat hajat pada Program Solat Hajat Selamatkan Siswa dan Rakyat Mesir Bersama Tok Guru di Medan Ilmu di sini, semalam.

Menurutnya, setiap perkara yang berlaku perlu dirujuk kepada Allah SWT yang menurunkan al-Quran serta mengirimkan Nabi Muhammad SAW.

Dalam satu kenyataan disiarkan media kelmarin, Mohd Noor yang juga bekas ahli Pas menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja Melayu supaya mengkaji beberapa kenyataan Nik Aziz yang dilihat bercanggah dengan syarak selain menjejaskan kestabilan politik dan keselamatan negara.

Antara lain, Menteri Besar Kelantan itu didakwa pernah mengeluarkan kenyataan sesiapa yang mengundi Pas masuk syurga dan tidak mengundi Pas disifatkan sebagai jahiliah ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor baru-baru ini.

Bagi Mohd Noor, kenyataan itu tidak boleh dibiarkan kerana ia akan menyebabkan ramai orang mati kerana murtad atau keluar dari Islam.

Sehubungan itu, beliau mencabar Nik Aziz untuk berdebat secara terbuka mengenai perkara itu.

Menurutnya, Nik Aziz kerap kali melakukan fitnah antaranya dengan mengatakan Malaysia bukan negara Islam, UMNO tidak mahu Islam dan imam UMNO tidak sah diikuti.SinarHarian

Komen : Apakah debat yang di minta oleh ulama umno akan jadi kenyatan?? Cabar sudah di sahut, rakyat akan menanti..... Adakan ketua umno malaysia merestui debat ini...... Debat ekonomi pun takde telor!!!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...