Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Januari 30, 2011

Tentera Allah Datang Bersama PAS di Tenang??

Umno "Mengelabah"...Kini Tentera Bersama Pas di Tenang..??

Tentera Allah datang daripada pelbagai bentuk,maka salah satunya ialah air,iaitu hujan yang Allah turunkan mampu memusnahkan segala sesuatu yang ada dibumi ini hanya dengan sekelip mata sahaja.

Mungkinkah ini yang berlaku di DUN Tenang,apabila hujan lebat yang turun sejak dari awal pagi menghalang laluan keluar lantas menyukarkan para pengundi untuk keluar mengundi terutamanya dikawasan Ladang (Felda) dan kampung-kampung yang menjadi kubu kuat Umno semakin ditenggelami air.

Mungkin juga inilah amaran Allah kepada Umno dan BN yang melakukan kezaliman terhadap Parti Islam PAS apabila mereka secara terang-terangan menghalang para petugas PAS untuk memberikan penerangan dan bertemu dengan para pengundi di kawasan ladang ini,yang dianggarkan mempunyai hampir 350 pengundi.

Kita sedia maklum bahawa di sinilah kubu kuat Umno yang menjadi harapan mereka untuk memenangi PRK DUN Tenang dengan majoriti tinggi.Sekiranya keadaan ini berterusan dijangkakan hanya 60% keluar mengundi sedangkan Umno mengharapkan paling kurang 80% keluar mengundi untuk mengekalkan kecemerlangan mereka sebelum ini.

Jabatan Meteorologi pula meramalkan cuaca pagi ini mendung manakala hujan lebat pada sebelah petang yang menjadikan umno semakin senak perut,lantas jabatan bomba dikerah bersiap sedia dengan bot bagi membawa para pengundi yang terperangkap dan putus hubungan ketempat mengundi sebelum jam 5.00 petang.

Sumber : SINI
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...