Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Januari 15, 2011

Syabas!!!! DSAI, Umno tidak akan berani untuk berdebat

Debat Buku Jingga: Najib Tak Perlu Gusar, Kata Anwar
 
Ditulis oleh Radzi Razak


KEMAMAN 15 JAN : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak perlu gusar menerima pelawaan berdebat dengan beliau jika beliau yakin dengan dasar-dasar ekonomi yang diperkenalkan oleh Kerajaan UMNO-BN lebih baik daripada Buku Jingga Pakatan.

Perbahasan terbuka tanpa sebarang saringan akan membolehkan rakyat menilai kewibawaan program 100 hari Pakatan Rakyat yang ditawarkan jika gagasan itu menawan Putrajaya, tambah Najib.

Buku Jingga adalah dokumen Pakatan Rakyat yang menetapkan pelan tindakan ekonomi dan sosial gagasan pembangkang itu termasuk rancangannya dalam 100 hari pertama selepas menawan Putrajaya.   

"Datuk Seri Najib kata biar rakyat nilai kedua-dua, tetapi ruang untuk rakyat baca buku Jingga itu sangat terbatas. Dalam amalan demokrasi dan kerana Datuk Seri Najib tunjuk keyakinan dengan dasar dia, sebaiknya diadakan perbincangan terbuka kalau dia tak nak sebut debat pun di khalayak umum atau di depan media," komen Anwar pada sidang media pelancaran Hari Kebangkitan Rakyat PAS ganti UMNO di Kampung Geliga di sini.

Kelmarin, Najib menolak pelawaan berbahas dengan Anwar kerana kononnya tidak nampak hasil perdebatan itu dan sebalikknya mahukan rakyat membuat penilaian sendiri.

Program 100 hari Pakatan Rakyat memerlukan peruntukan kira-kira RM19 bilion untuk memastikan lebuhraya negara bebas dari bayaran tol dan imbuhan untuk guru ditingkatkan manakala subsidi untuk rakyat membeli keperluan asas dinaikkan.

Program itu juga menetapkan bahawa bayaran royalti untuk negeri-negeri akan ditingkatkan kepada 20 peratus manakala khidmat wi-fi percuma akan diperluaskan.
Peruntukan RM19 bilion itu diperolehi dengan membanteras pemberian kontrak kepada syarikat kroni, manakala subsidi untuk syarikat konsesi korporat dikurangkan serta ketirisan negara yang berjumlah RM28 bilion dibendung.

Menurut Anwar, adalah wajar bagi Najib menerima pelawaan berdebat dengan beliau kerana Presiden Umno itu kerap memperlekehkan dasar PR, khususnya program 100 hari itu.
"Saya tak lihat pun keperluan beliau untuk bimbang berbahas. Beliau ada ratusan pakar ekonomi untuk membantu. Untuk rakyat (perkara ekonomi) ini sangat penting," kata Anwar lagi.

Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat berkata jika Najib masih enggan berbahas dengan beliau mengenai ekonomi negara, beliau berharap Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin sanggup berdebat dengan  Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli atas isu sama.

Sementara itu, Presiden PAS Datuk Hadi Awang menganggap perbahasan yang ditolak oleh Najib itu adalah amalan yang menyuburkan demokrasi dalam usaha menyampaikan maksud dan mesej jelas kepada rakyat.
"Debat ni amalan biasa di United Kingdom, Amerika Syarikat dan negara lain yang mengamalkan demokrasi," kata beliau.TVSNEWS

Komen : Syabas!!!! DSAI, Umno tidak akan berani untuk berdebat khasnya PM. Nama je PM malaysia tapi tak ada telor....Takut bini....kaha ha ha.... 


    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...