Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Januari 07, 2011

Pkr perlu berkerja lebih kuat lagi

Tindakan Jeffrey keluar PKR proses ‘pembersihan’, kata SU Agung

January 07, 2011
Saifuddin berkata beliau menghormati pilihan mereka. — gamabar fail
PENAMPANG, 7 Jan — Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution mempertahankan pendiriannya bahawa kehilangan Datuk Dr Jeffrey Kitingan membawa impak minimum terhadap parti.

Sebaliknya, kata beliau, PKR melihat proses ahli keluar parti itu sebagai satu proses “pembersihan”.
Jeffrey, bekas naib presiden PKR, telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 31 Disember lalu.

Saifuddin turut mengulas 27 ahli pasukan petugas Kadazandusun dan Murut PKR yang mengumumkan keluar dari parti itu untuk menyokong Jeffrey dalam United Borneo Front (UBF).
Dipetik Bernama, Saifuddin berkata beliau menghormati pilihan mereka untuk memilih platform baru yang tidak bersifat politik dan mendokong kepada agenda “local”.

Tambahnya beliau, daripada senarai nama yang keluar itu, kira-kira sembilan daripadanya telah pun digantung sebelum ini kerana kesalahan disiplin di atas isu penubuhan Parti Cinta Sabah.
“Yang lebih saya tumpukan apakah ia memberikan impak besar kepada parti.
“Setelah saya mendapatkan maklum balas daripada pimpinan serta akar umbi dari kesemua cabang, mereka nyatakan impak di cabang-cabang itu minimum.

“Bermaksud pemergian tokoh-tokoh ini tidak diiringi oleh beramai-beramai anggota parti keluar,” katanya selepas mesyuarat bersama para ketua dan wakil-wakil cabang PKR negeri untuk membincangkan pemilihan ketua PKR Sabah di sini.

Saifuddin juga menjelaskan dalam tempoh 12 tahun parti tersebut wujud, mereka sudah pernah kehilangan “nama-nama besar” yang didakwa menggugat keutuhan parti tersebut namun keputusan pilihan raya memberikan indikator lebih objektif.

“Jadi (kalau nak soal) keluar ramai tak? Ramai...tapi semakin keluar semakin kukuh kedudukan parti, contoh lebih banyak kerusi (DUN dan Parlimen). Kita belajar daripada pengalaman 12 tahun itu,... (yang) keluar itu rupanya satu proses pembersihan dan kekuatan parti semakin meningkat,” tambahnya lagi.TheMalaysiaInsider

Komen : Pkr perlu berkerja lebih kuat lagi, signal PRU13 makin hampir... perlu terus turun bertemu ahli dan rakyat di bawah, beri penerangan kebaikan menyokong Pakatan Rakyat pada PRU13 ini....Dengan terus berkerja pasti PR akan mencipta kemenangan bergaya pada PRU13 ni..

    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...