Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Januari 06, 2011

Boleh diisytihar darurat

KOTA BHARU - Pas Kelantan bimbang pergolakan berkaitan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor, menyebabkan tercetus krisis perlembagaan yang boleh membawa negeri berkenaan diisytiharkan darurat.

Pengarah Pilihan Raya Pas Negeri, Abdul Fatah Harun berkata, krisis perlembagaan pernah berlaku di Kelantan pada 1977, apabila undi tidak percaya dibuat kepada Menteri Besar ketika itu, Datuk Muhamad Nasir yang membawa kepada pergolakan dalam Kerajaan Negeri.

Menurutnya, tindakan itu menyebabkan Kerajaan Pusat mengambil tindakan drastik dengan mengisytiharkan darurat sekali gus melumpuhkan kuasa Menteri Besar dan seluruh barisan kepimpinan Kerajaan Negeri.

“Ini menyebabkan kuasa tidak akan berada di tangan Kerajaan Negeri, Kerajaan Pusat boleh melantik pentadbiran baru dengan peruntukan kuasa darurat.

“Ini peristiwa yang harus dipelajari dan diteladani, Kerajaan Negeri Selangor harus mengambil iktibar kerana krisis perlembagaan akan menyebabkan perkara ini berulang, jika ia berlaku implikasinya sangat buruk,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Abdul Fatah berkata demikian ketika mengulas pergolakan pelantikan Mohd Khusrin itu hingga membawa kepada krisis perlembagaan kepada negeri tersebut.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tuku mendakwa, Barisan Nasional (BN) boleh melakukan tindakan tertentu sehingga menyebabkan Kerajaan Negeri Selangor tumbang.

“Walaupun agak jauh untuk difikirkan tetapi ia boleh berlaku jika tidak dikawal, persoalannya, adakah PKR tidak bimbang perkara ini terjadi?” katanya.

Ditanya sejauh mana penerimaan PKR dengan pelantikan Mohd Khusrin, katanya, sepatutnya perundingan dilakukan antara Kerajaan Negeri dan Pusat bagi mengelak kes itu berlarutan.

“Saya rasa dalam soal ini kedua-dua pihak mesti berunding dan wujudkan situasi menang-menang. Jika ia berlaku masalah ini akan selesai,” katanya.SinarHarian

Komen : MB Selangor perlu segera!! buat sidang dun untuk kembalikan kuasa Sultan dan MB...Biar rakyat, sultan tengok siapa sebenarnya yang derhaka kepada sultan.... kemenangan pasti di pihak yang benar.....Lawan Sampai Menang!!!!!! takbir!!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...