Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Januari 18, 2011

Ayuh!!! Pakatan Rakyat berkerja bersungguh-sungguh!!

Sukar menang di Tenang, kata Kit Siang

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata tidak mudah bagi Pakatan - DAP, PKR dan PAS - untuk memenangi Pilihan Raya Kecil DUN Tenang pada 30 Januari nanti.

Ini kerana Tenang terletak di Johor yang merupakan kubu kuat BN.

"Namun, jika kita dapat mengurangkan lagi majoriti Umno dan BN, itu sudah menjadi satu kemenangan untuk kita," katanya dalam ceramah sempena pengumuman calon PAS bagi pilihan raya kecil itu, di Labis malam tadi.

Kejayaan di Tenang, katanya akan menjadi penentu ukur sokongan kepada parti pakatan dalam usahanya untuk menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Pada majlis itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Ketua Muslimah PAS Labis, Normala Sudirman, 38, yang merupakan bekas guru sebagai calon pilihan raya kecil Tenang.

Dalam pilihan raya umum ke-11, PAS menerusi calonnya Mohd Saim Siran memperoleh 2,138 undi dan jumlah undi kepada parti itu meningkat kepada 3,875 undi dalam pilihan raya umum ke-12.

Pengundi di Tenang terdiri daripada 50 peratus Melayu, 38 peratus Cina dan 12 peratus India.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha, 59, dari BN pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis. --Bernama

Komen : Ayuh!!! Pakatan Rakyat berkerja bersungguh-sungguh!! tidak mustahil dengan penerangan yang baik kepada pengundi pakatan rakyat akan memcapai  kemenangan sebagai contohnya di sibu..... kepda pengundi tenang jom selamatkan malaysia..Undilah Pakatan Rakyat.
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...