Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Januari 02, 2011

Ayoh!!! Rakyat Malaysia Boikot Media Pengapul

 Cetus Perkauman, NUJ Gesa Pengarang Utusan Diambil Tindakan



KUALA LUMPUR 2 JAN: Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia dalam perutusan tahun baru 2011 mengesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Pengarang dan pengarang-pengarang di Utusan Malaysia yang jelas cuba mencetuskan pertikaian perkauman di negara ini berikutan beberapa isu perkauman yang dimainkan.

Menurut Presidennya, Hata Wahari, kegagalan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap Ketua Pengarang dan pengarang-pengarang di Utusan Malaysia menunjukkan mereka juga terlibat dalam agenda untuk mencetuskan pertikaian perkauman di negara ini oleh sebuah akhbar yang boleh dianggap sebagai akhbar rasis dan tidak bermaruah.

Utusan Malaysia yang pernah edarannya mencapai 350,000 sehari kini hanya menjadi alat propaganda kerajaan dan memainkan isu-isu perkauman serta cuba mencetuskan pertelingkahan di antara kaum di negara ini.

Tambah Hata, Ketua Pengarang dan pengarang-pengarang di Utusan Malaysia sebenarnya adalah pengarang yang tidak mempunyai prinsip, harga diri dan maruah kerana hanya hendak mempertahankan kedudukan dengan gaji puluhan ribu ringgit oleh sebab itulah sentiasa tunduk kepada tuan-tuan politik yang hanya mahu mempertahankan kuasa mereka dengan menggunakan Utusan Malaysia sebagai alat propaganda.

Sehubungan itu, NUJ Malaysia menyeru ketua pengarang dan pengarang-pengarang di Utusan Malaysia agar kembali kepada matlamat utama penubuhan akhbar itu pada awal penubuhannya.

"Akhbar arus perdana agar tidak menjadi alat propaganda kerajaan, parti politik dan individu tertentu untuk kepentingan peribadi," katanya yang juga wartawan Utusan Malaysia.

Dalam perutusan itu juga, Hata mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pengamal media di negara ini dan diharapkan tahun ini kita akan dapat menikmati kebebasan media yang sebenar bagi memastikan orang ramai mendapat maklumat yang benar dan seimbang.

Menamakan akhbar seperti Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian dan The Star beliau menyeru supaya akhbar ini kembali kepada fungsi dan matlamat sebenar media iaitu untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai. 

"Kejatuhan edaran akhbar media perdana seperti yang di umumkan oleh Audit Bureau of Circulations (ABC) jelas membuktikan bahawa orang ramai terlalu muak dengan isi yang disajikan di dalam akhbar-akhbar tersebut yang bukan sahaja tidak membina minda tetapi penuh dengan propaganda buruk serta akhbar-akhbar ini boleh dikategorikan sebagai akhbar murahan tidak mempunyai harga diri serta maruah kerana para pengarang mengenepikan serta menguburkan nilai-nilai murni tujuan asal akhbar itu diterbitkan," jelasnya TVSNEWS

Komen : Kami menyeru kepada rakyat malaysia supaya boikot akhbar- akhbar ini dan termasuk media TV-TV yang tidak seimbang dalam melaporkan berita-berita...
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...